BAB 2

135 15 0
                                    

"Oi Kayla.Kau asal termenung je ni"

Aina menepuk kuat bahu sahabatnya itu.Pukul 4 petang sudah diajak keluar lepak.Pening dengan sahabatnya itu.

"Kau bodoh ke ape?main terjah macam tu.Nak makan penembuk?"kata Kayla kasar.Dia menjeling tajam kearah Aina.

Aina tersengih.

"Pergh garang nau"kata Aina.Dia membetulkan tudungnya.

"Kau berkurung dalam peti ais ke,Kay?"tanya Aina selamba.

Kayla berkerut dahi.Ape pulak minah ni merepek?

"kenapa?"tanya Kayla.

"Tak.Aku cuma nak cakap yang kau ni dah serupa vampire.Putih betul.Entah-entah kau ni vampire tak?"kata Aina.Dia buat muka terkejut.

Ketika itu mereka dua duduk di pondok kecil yang berada di sawah padi milik Haji Athar.

"Pala hotak kau vampire!!bagus kau duduk diam-diam sebelum aku tebuk kepala kau"kata Kayla dengan kasar.

Aina cuma tersenyum.Sudah masak dengan perangai sahabatnya itu.

Pada petang itu,angin menyapa lembut ke wajah Kayla.Sengaja dia memanggil Aina ke situ kerana dia perlu kan seorang teman.

"Esok sekolah start kan?"tanya Kayla.Aina mendiamkan diri.Soalan Kayla hanya dibiarkan saja.

"Oii aku tanya kau ni"

"Kau cakap ngan aku ke?"tanya Aina buat-buat bodo.

"Yelah.Tak kan aku cakap dengan katak pula"Kayla meregus.Asal Aina ni bodo sangat.

"Tadi kau suruh aku diam."kata Aina selamba.

Kayla tidak memperdulikan Aina.Dia mengambil vape miliknya lalu menyedut.Aina hanya terdiam memerhati tingkah laku Kayla.Dah banyak kali dia tegur Kayla supaya tidak menyedut vape lagi,tapi jawapannya 'Vape je kot..aku mati pun bukan orang kesah'.Perghh

"Aku dekat sebelah kau ni Kay,Selamba badak kau hembus asap tu kat muka aku"kata Aina.Kayla hanya ketawa.

"Sehat"kata Kayla sambil tersenyum sinis.

"Sehat untuk masuk neraka"kata Aina pula.Nak sangat lawan kata pedas dengan dia kan.Di persilakan.

"I have a problem right now"kata Kayla serius.

Aina terkejut.Ini kali pertama Kayla menyatakan yang dia punya masalah.

"Masalah ape?"tanya Aina ragu-ragu.

"Tak de"kata Kayla.Aina mengeluh.Inilah perangai yang tidak disukai oleh Aina.Dah cakap,tapi tak terus terang.

"Cakap jelah"Paksa Aina.

"Aku cakap tak de kan?so tak delah"Kayla meregus.

"Kay,kau ni ade sembunyikan something ke?"tanya Aina.

"Aku kena paksa kahwin lah bodo"kata Kayla mengeluh.

"Hah?!"

"Kau tak payah lah terjerit macam tu"Marah Kayla.

"Betul ke,Kay?"tanya Aina.Dia memandang tepat ke wajah Kayla yang sedang termenung itu.

"Hmm"Jawab Kayla ringkas.

"Dengan siapa?"tanya Aina lagi.Kayla masih berdiam diri.Otak dia tengah penat berfikir.

Aina juga turut terdiam.Dia tidak mau memaksa Kayla untuk berterus terang kerana dia kenal Kayla.Kayla adalah sahabatnya dari kecil.Kayla seorang yang sangat keras kepala dan suka menyimpan rahsianya sendiri.Dulu Kayla tidak seperti ini.Dia dulu seorang yang lembut dan peramah.Tapi suatu hari,Aina merasa dia mengenal orang yang berbeza.Ya.Sikap Kayla yang lembut bertukar menjadi kasar.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now