BAB 15

67 8 0
                                    

Seperti biasa,selepas habis kelas kayla akan bekerja di kedai Makcik Mawar.Sebelum itu,dia sempat pulang dan membersihkan diri.Naim selepas menghantarnya terus pergi ke penjabat semula.

Wajah Naim serius sahaja.Tidak menyapanya seperti biasa.Kenapa ek?dah lah malas nak fikir.

"Haa Kayla!fikir kan ape tu?"

Makcik Mawar menegur Kayla dari belakang.Dia baru keluar dari stor kedainya,matanya terarah kearah Kayla yang sedang termenung sambil menyusun barang-barang jualan itu.

"Makcik!!Kayla lapar"

Kayla buat-buat nangis sambil memeluk Makcik Mawar.Sebenarnya dia tipu sahaja.Sebelum ke kedai Makcik Mawar,dia sudah makan di warung Pak Hassan.

Makcik Mawar tersenyum.Dia tau Kayla menipu semata-mata ingin memeluknya sahaja.Sudah biasa.

"Kata-kata manja kamu tu dah usang pun,Kayla"kata Makcik Mawar sambil membalas pelukan Kayla itu.Suka dengan pelukan Kayla.Walaupun agak dingin,tapi selesa.Kayla itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Kayla tersengih.Dia menarik Makcik Mawar kearah Kuanter lalu mereka duduk di situ.Kayla menyandar di bahu Makcik Mawar.

"Saja"kata Kayla perlahan.

Makcik Mawar tersenyum.Tau apa yang diinginkan Kayla.

"Makcik.."Kayla memegang perlahan tangan Makcik Mawar.

"Kayla nak apa-apa ke?Makcik boleh masakan"kata Makcik Mawar.Kayla menggeleng.

"Kayla cuma nak tahu kenapa Haji tak suka ada anak macam Kayla,Makcik.Kayla iri tengok orang lain"kata Kayla perlahan.

Makcik Mawar mengeluh.

"Kayla...Ingat pesan makcik dulu?walau benci manapun orang tu kat Kayla,Kayla tak perlu balas.Nak tau sebab apa?sebab Allah SWT tak suka tengok umatnya saling membenci dan bermusuhan"Nasihat Makcik Mawar perlahan sambil mengusap lembut rambut Kayla.

"Kayla tak kesah pun semua tu Makcik.Tujuan utama Kayla hanya ingin tahu apa yang mereka sembunyikan dari Kayla"kata Kayla.Makcik Mawar terdiam.Sudah banyak kali dia menasihati Kayla,tapi Kayla tetap Kayla.Seorang yang nekad dengan keputusannya sendiri.

"Makcik janji ngan Kayla,makcik takkan sembunyikan apa-apa pun dari Kayla"Kayla memandang kearah Makcik Mawar.Makcik Mawar tersenyum tawar lalu memeluk erat gadis itu.

"Makcik janji"

Makcik Mawar melepaskan perlukan lalu dia menoleh kearah jam dinding.

"Nak dekat waktu asar lah,Kayla.Kayla solat dulu kat bilik belakang tu tau.Makcik solat kat rumah"kata Makcik Mawar sambil tersenyum.Kayla tidak membalas.

"Makcik balik dulu ye Kayla"kata Makcik Mawar.Kayla hanya menggangguk.Makcik Mawar terus berlalu.

Kayla memandang kearah beg yang selalu dia bawa itu.Dia mengambil beg itu lalu masuk kedalam bilik yang tersedia di kedai itu.Itu ruang rehat sebenarnya.

Azan asar mula berkumandang.Memanggil umat islam supaya bersembayang.Menunaikan apa yang patut.Setelah beberapa minit,Azan asar berhenti dan mula terdengar bacaan suruh dari Imam.Surau yang berdekatan dengan Kedai itu sahaja.

Setelah selesai melakukan yang sepatutnya,Kayla melepaskan ikat rambutnya lalu berjalan semula ke kuanter.Dia melihat Imam Syafirin yang sedang memilih beberapa barang itu.Kayla mengetatkan mukanya.

Imam Syafirin menoleh kearah Kayla.Dia berjalan perlahan kearah Kayla dengan satu set telur di tangannya.

"Assalammualaikum"Imam Syafirin memberi salam sambil tersenyum manis kearah Kayla.

'Waalaikummussalam'

Jawab dalam hati pun jadi lah.Kayla mula memasukkan barang yang dibeli oleh Imam Syafirin ke plastik.Wajahnya tiada secelit senyuman.

"Mikayla apa khabar?"Imam Syafirin bertanya dengan lembut.Kayla tidak menjawab.

"RM15 ringgit"kata Kayla dengan suara mendatar sambil menyerahkan plastik itu kearah Imam Syafirin.

Dengan lembut Imam Syafirin menyerahkan duit ber not 50 kearah Kayla.Imam ni tak da duit kecik lagi ke?

"Baki tu,Mikayla simpan"kata Imam Syafirin lembut dan berlalu pergi.

Kayla terkejut.Ape masalah Imam ni?

"Eh Imam?!"

Kayla dengan cepat mengambil baki wang milik Imam Syafirin lalu berlari mengejar langkah Imam Syafirin.

Dari jauh dapat dia lihat Imam Syafirin ingin melintasi jalan itu.Dia berlari kearah Imam Syafirin.Langkahnya terhenti seketika bila melihat ada sebuah kereta meluncur laju kearah Imam Syafirin.

"Imam!!"

Imam Syafirin terkejut mendengar jeritan Kayla.Dia menoleh kearah kereta yang seolah-olah tidak mahu berhenti itu sedang meluncur laju kearah nya.

"Ya Allah!"

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now