BAB 40

66 11 1
                                    

"Ni fail yang Naim minta semalam,semua dokumen ada dalam tu.."Kak Rose menyerahkan satu fail kearah Naim.Naim menyambut lalu mengangguk.Beberapa keping kertas yang ada didalam fail tersebut ditilik satu persatu.Fail itu berkenaan dengan pembinaan pusat tahfiz di sarawak.

"Ouh ya,Encik Naim.Tadi ada panggilan dari Ustaz Syed Muhaimin.Dia kata nak datang office jam 4 petang nanti."kata Kak Rose yang masih tegak berdiri di depan majikannya itu.

"Ye ke?tak tahu pulak yang Ustaz Muhaimin dah balik Malaysia..."Kata Naim sedikit terkejut.Ustaz Muhaimin tu senior Naim ketika menuntut di universiti of melbourne di Australia dulu.Mereka pernah jugak sama-sama berhijrah ke mesir,beri ceramah motivasi tentang islam di mana-mana negara sebelum ni.Ustaz Muhaimin ada program di Landon,jadi Naim tak dapat ikut.Yelah tak sanggup tinggalkan bini,stay sana pun 3 bulan.Mana nak tahan.

"Kalau tak da apa-apa lagi,Kak Rose keluar dulu lah ya."Naim mengangguk seraya melempar senyuman kearah PA nya itu.

"Sekarang jam 1 petang,mesti Dina dah balik sekolah..."kata Naim perlahan.Dia terus mengambil handphonenya yang ada di meja kerjanya itu.Contact Kayla dicari.Nak call buah hati.

Lama menunggu Kayla menjawab panggilan Naim,akhirnya suara merdu itu menyapa telinganya.

"Hmm.."

"Assalammulaikum,Sayang..."tersengih-sengih Naim memberi salam pada isterinya.

"Waalaikummussalam.Nak ape?.."jawab Kayla selamba.Sekarang ni dia tengah duduk dekat taman bunga Datin Kisyah.Datin Kisyah yang ajak dia untuk duduk disitu.Bila dapat tau Naim menelefonnya,Datin Kisyah terus meminta diri untuk ke dapur.

"Saje call Dina.Nak lepaskan rindu."Kata Naim dengan lembut.Fail dihadapannya dibelek tanpa niat.Yalah belek macam tu je.

"Nanti jumpa jugakkan?boleh tutup?.."mendengar soalan tersebut membuat Naim gelabah.Baru nak manja sikit dah nak tutup.

"Eh..janganlah,sayang.Petang ni abang balik lewat sikit.Ada meeting..."

"Ouh...jadi petang ni Ibu ajak saya ke bazar.Boleh pergi?.."entah sejak bila Kayla minta izin untuk keluar,selama ni dia main keluar je.

"Ye ke?dengan yang lain ikut jugak?"tanya Naim.

"Ayah dengan dua orang pakcik tu ikut.Boleh pergi.."tanya Kayla lagi apabila soalannya tidak dijawab oleh Naim.

"Boleh,Sayang.Bila nak pergi?."

"Jam 4 nanti.."hmm melepaslah dia.Ustaz Muhaimin nak jumpa dia,jam 4 nanti.

"Ouh.Take care,sayang."ajuk Naim lemah.Kayla hairam mendengar suara suaminya yang semakin lemah itu.

"Kenapa?awak okey?.."tanya Kayla sedikit risau mendengar suara Naim.

"Abang nak balik lah,sayang.Nak jugak jalan dengan Dina..."gembira bila Kayla tanya dia okey ke tak.Pertama kali dalam hidup.

"Hari tu kan sudah..."selamba sahaja Kayla menjawab.Tanpa dia sedari wajah Naim sudah  cemberut.Tengok arah jam,lambat lagi nak pukul 4.

"Sayang.."

"hmm.."

"Abang rindu.."

"Tak payah nak mengada.Tiap-tiap hari jumpa."tegas sahaja suara Kayla memarahi Naim.Walhal,jantungnya tengah buat senaman pantas sekarang.

"Abang tak boleh nak berjauhan dengan,sayang.Rasa macam tak cukup je cuti.Boleh abang cuti lagi?.."Naim memandang sekeliling penjabatnya.Risau ada orang dengar suara dia yang sekarang,walaupun hanya dia sahaja di situ.

"Kenapa,Kayla?"kedengaran suara Datin Kisyah menyapa Kayla.Kayla memandang Datin Kisyah yang datang bersama dulang ditangannya.

"Ibu dah datang.Nak saya bagi handphone dekat ibu ke?.."tanya Kayla.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now