BAB 27

81 7 0
                                    

Hajah Ina termenung jauh di taman.Matanya sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis.Rasa bersalah mula menimpanya.Teringat akan kedua mertuanya.Kini,anaknya pula dijadikan mangsa.Selepas Haji Athar dilucutkan jawatan ketua kampung menjadi bekas ketua kampung,semuanya berubah sekelip mata.

Haji Athar jarang berada dirumah.Meninggalkan dia seorang diri bersama Makcik Leha.Semalam,ditengah-tengah malam dia mendengar perbualan Haji Athar dan seseorang.Agak misteri tapi dia hanya mampu berdiam diri.

"Susah sangat ke kau nak bunuh orang tua tu?!bagi bagi kerja senang je,bukan susah pu.Aku yang bayar gaji kau bukan orang tua tu !!"

"Astghfirullahalazim"

Bunuh?

"Aku nak kau laksanakan tugasan ni sebelum dia jumpa anak kurang ajar tu!faham?!"

"Cucu dan datuk,dua-dua menyusahkan ! Aku dah bagi kau kahwin dengan anak dato dan datin tu sebab nak kikis harta dorang.Kau pula dapat senang lenang orang back up kau.Datuk dia pun satu.Kau tunggu Hazman ! Aku akan pastikan aku dapat dokumen tu ! Kau ingat aku tak tau kau menyamar?"

Hajah Ina mengeluh.Suami nya masih tidak pernah berubah.Dia rasa bersalah dan takut sekarang.Tidak tahu ingin buat apa.Cuma mampu dia dan mendengar.

"Tasya ! Aku nak mintak tolong dekat kau,boleh?" Ilham memandang kearah Tasya.Lelah mengejar langkah gadis itu.

"Kau nak aku tolong apa?"Ilham mula membisikkan sesuatu ditelinga Tasya.

Akhirnya,kedua-dua tersenyum sinis.

Manakala disisi lain pula,Kayla duduk sendiri bangsal sambil menikmati permandangan sawah padi dihadapannya.Sesekali dia menguak rambutnya yang terkena angin itu.Matanya tertumpu ke sawah padi namun pikirannya melayang jauh.Dia ke sawah padi hanya berjalan kaki.Motor? Heh.Rindu pulak dengan motorsikalnya yang tengah tersadai di rumah Haji Athar itu.

Keluhan kecil dilepaskan oleh gadis itu.Sekejap pikirannya melayang ke motorsikal kesayangannya,sekejap fikirkan apa yang baru terjadi tadi bersama Naim.Sekerang dia kena gantung sekolah.Jadi,dia akan berkerja di kedai Makcik Mawar sahaja lah.

Hubungan Makcik Mawar dan dia tak dalah rapat sangat dahulu.Tapi disebabkan satu kejadian,dia mula rapat dengan Makcik Mawar.Aina? lepas Makcik Mawar bawa dia kerumah Makcik Mawar dahulu.Aina sering mengajak dia main masak-masak.Haha.Itu yang dah mula rapat dari dulu sampai sekarang.

Masuk ke sekolah menengah,Aina memperkenalkan dia dengan Salleh,Kila dan Amirah.Pada mulanya,Kayla buat tak endah saja dengan mereka,sebab dia bukannya suka bila ada orang rapat dengan dia tapi disebabkan terlebih peramahnya tiga orang monyet itu,dia pun mula berkawan dengan mereka haha.

Hmm...

Hanya kerana satu kejadian buat dia tidak suka orang lain mendekatinya...

Dia kurang kepercayaan...

Hanya kerana satu kejadian...

Dia ingin bertemu dengan 'abang' yang telah menyelamatkannya.

Siapa lelaki itu sebenarnya?

Kayla mengeluh.Sekarang dia dah berkahwin dengan Ustaz Naim.Perlu ke dia cari orang yang telah menyelamatkannya dulu? Tapi orang itu langsung tak muncul setelah menghantarnya ke hospital dulu.

'Kau gila Kayla !! Cari orang yang tak pernah nak cari kau balik ??"Gumam hati Kayla dengan kasar.

kejadian lima tahun lalu menerjah ke ingatannya tiba-tiba.Dia benci itu !

-Flashback-

5 tahun lalu

"Papa,mama ! tengok ni.Mikayla dapat nomber satu dalam kelas."kata budak perempuan itu sambil mengibas-ngibas sehelai kertas di hadapan kedua ibu bapanya.

Dia cuba untuk menarik perhatian Mama dan papanya walaupun dia tau itu tidak akan berhasil.Dia ingin mereka bangga dengannya.

Hajah Ina mengabaikan anaknya yang sedang melompat-lompat keriangan itu.Dia lebih fokus dengan majalah hiburan di tangannya.

Kayla tidak berputus asa.Dia menuju ke papanya yang fokus dengan laptopnya itu.

"Papa tengok ni.Kayla dah dapat keputusan cantik.Papa,Mama jom keluar jalan-jalan."Kayla membuat wajah comelnya.Hakikatnya dia takut melihat wajah serius dan beku dari kedua ibu bapanya itu.

Kayla cuba memanjat untuk duduk diriba papanya.Belum apa-apa lagi badan kecilnya sudah didorong kuat ke lantai.Kepalanya terhentak kuat dilantai.Air matanya sudah mulai jatuh ke pipi.

"Kau ni kenapa hah budak ?! Tak tengok ke aku tengah buat kerja ni ?!"tengking Haji Athar sambil berdiri bercekak pinggang di hadapan anak gadisnya yang sudah tersedu-sedan menangis.

Melihat wajah bengis dari papanya,makin kuat dia menangis.

"Hish kau ni kan menyusahkan aku je !"

Tubuh kecil itu disepak dengan kuat berkali-kali.Hajah Ina hanya memandang menyampah kearah Kayla.

Tiba-tiba leher Kayla dicengkam kuat oleh Haji Athar.Terapung badan kecil gadis itu sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

"Keputusan kau bagus? Kau ingat aku bangga? dengan keputusan tu kau ingat kau boleh bagi balik harta aku?"

Harta? harta apa yang dikatakan oleh Haji Athar ini?

"Papa...Sa..sakit.Lepas..kan Kay."Rayu Kayla tersekat-sekat.

"Kau nak keluar sangat kan?nah sekarang kau keluarlah !" Tubuh kecil itu dilempar begitu sahaja di hadapan rumah itu.

"Aduh !" Sakit badannya bila di hempas dilantai simen luar rumah itu.

"Keluar lah kau sekarang.Jalan puas-puas !"Haji Athar terus mengunci pintu rumah.

Kayla berlari ke pintu rumah sambil mengetuk pintu rumah yang sudah terkunci itu.Hari sudah pun malam.Dia dikunci dari luar.

Lama dia berada di luar rumah itu,dia terfikir hendak ke kedai Pak Hassan.Dengan langkah yang longlai.Perut nya terasa senak.Sangat sakit.Itu adalah pertama kali dia disepak beberapa kali.Kecuali di tolak dengan kasar.Apa salah dia?

Tiba di kawasan yang agak gelap,membuatkan Kayla merasa agak seram.Satu pun tiada penduduk kampung berkeliaran kerana hari sudah pun malam.

"Jauh jugak kedai Pak Hassan ni."Gumam kayla perlahan.

Entah kenapa dia merasa seperti ada yang mengikutinya dari belakang.Kayla sudah merasa sedikit takut.Dia mempercepatkan langkahnya.Makin laju dia melangkah,makin dekat bunyi langkah kaki yang mengikutinya.

Baru sahaja Kayla ingin membuka langkah seribu,lengan Kayla direntap kuat dari belakang dan hidung nya di tutup dengan sesuatu.Permandangan Kayla menjadi gelap untuk seketika...

                                                    -Tamat-

Uhukk tipu je...jangan marah...hhehe

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now