Bab 31

79 6 1
                                    

Aina menuju ke kelasnya.Dia lupa membawa botol airnya semasa bermain bola jaring tadi.Petang itu dia ada latihan bola jaring.Beg dia letakkan di loker kelas.

Petang itu,Kila tidak ikut berlatih kerana mengikuti ibunya ke kenduri.Nak Kayla temankan?Kayla tidak datang ke sekolah hari ini.Masih dalam hukuman.Di pertengahan jalan Aina mengeluh.

Sampai dalam kelas,Aina agak terkejut melihat Tasya yang duduk di mejanya itu.Apa pulak minah ni kat sini?

"Hai Aina.."Sapa Tasya dengan suara lembutnya.Aina memandangnya hairan.

"Kau buat apa dalam kelas ni?kelas kau kat hujung,bukan sini."Kata Aina kasar.Dah lah duduk diatas meja dia pula tu.Tanpa memandang Tasya.Aina menuju ke lokernya.

Tasya memandang Aina dengan pandangan menyampah.Kemudian dia tersenyum sinis melihat Aina seakan-akan mencari sesuatu.

"Aku sebenarnya nak cakap something dekat kau."kata Tasya dengan suara yang dibuat-buat lembut.

"Cakap jelah.."

Tasya meregus geram.Kalau bukan kerana plan dia dan Ilham,pasti dia tak akan buat-buat baik depan Aina.

"Aku sebenarnya nak jadi kawan kau boleh?"Tanya Tasya.Aina memandang Tasya hairan.

"Kau salah makan ke pagi tadi?tiba-tiba jer."kata Aina.

"Aku serius lah.Aku nak minta maaf sebab selalu cakap kasar dekat kau and selalu cari pasal.So,sekarang aku datang nak cakap sorry je."kata Tasya sambil membuat muka simpatinya.Dalam hati nak termuntah pun ada kerana melontarkan kata-kata yang tak tentu ikhlasnya.

"Kau sepatutnya minta maaf dekat Kayla,bukan aku.Kau selalu cari pasal dekat dia,bukan aku.Dan kau yang dengki tak tentu pasal dekat Kayla,Bukan Aku."Aina sengaja menekan ayat paling lastnya kearah Tasya.

Tasya terkedu.

"Dia tak datang sekolah kan?so,tak salah aku nak say sorry dekat kau dulu."Tasya cuba mempertahankan niatnya.

"So,tak salah aku nak say sorry dekay kau dulu.Inglish tak menentu ada hati nak jadi minah salih dalam kelas ni."bisik Aina sendiri sambil mengikut gaya percakapan Tasya.

Kalau nak diikutkan,ingin saja Tasya menarik kuat tudung Aina.Tahap kegeramannya sudah berkemuncak.

"Eh!tu bukan botol air aku ke?asal boleh dekat kau pulak?"tanya Aina bila melihat botol airnya yang dipegang oleh Tasya itu.

Tasya memandang botol air berwarna pink ditangannya.

"Tadi aku tengok dekat meja guru,so aku ambiklah."Tasya cuba mencari alasan.Botol itu dia baru ambil sendiri dari loker Aina.

"Bak sini botol air aku.Mati kehausan aku nanti.Haih dah lah pegang lama-lama.KUMAN tau tak !"Aina merampas kasar botol airnya.

"Apehal kau ni ?! Aku dah ikhlas ambik dan berkawan dekat kau tau tak ?!"marah Tasya geram sambil memerhati Aina yang sedang meneguk rakus air minumannya.

"Aku tak suruh kau ambik pun.Dan aku tak ingin berkawan dengan kau sebab kau tak Say Sorry dekat Kayla."Aina menyungging sinis.Ingat dia tak nampak ke yang Tasya sebenarnya tidak ikhlas dengan ucapannya tadi.

Tasya meregus kasar.Tapi,dia kembali tersenyum sinis melihat Aina memegang kepalanya.

"Ergh..!Apehal dengan aku ni?"Aina mengeram kesakitan bila tiba-tiba kepalanya terasa bagai dicucuk sesuatu.

"Kau buat ape dekat air aku Hah !"tengking Aina kearah Tasya yang tertawa sinis itu.

"Itu akibatnya kau sombong sangat dekat aku."kata Tasya sinis.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now