BAB 39

53 6 0
                                    

Sekarang Kayla hanya duduk diam sambil matanya memandang keluar jalan raya yang kini disesaki kereta.Ada traffic jam di hadapan. Biasalah kalau dah petang memang akan banyak kereta orang yang baru nak balik dari kerja. Tapi ni masuk bulan ramadhan, semestinya ramai lagi yang ke bazaar ramadhan.Dan jadilah macam ni. Kesesakan lalu lintas.

Naim disebelah pula fokus dengan pemanduannya. Sesekali matanya mencuri pandang  isterinya yang ada disebelah. Pakaian Kayla lebih menarik perhatian Naim dari jalan raya yang sesak itu. Mana tidaknya,Kayla hanya memakai hoodie yang agak kebesaran berwarna hitam, topi hitam dan kepala hoodie yang menutupi rambut perangnya. Hoodie itu tertutup hingga ke leher.Sekali pandang seperti bertudung sahaja gadis itu. Dan Kayla turut menggunakan seluar palazo berwarna coklat. Menarik sungguh.Bila dilihat segi pakaian Naim, mereka menggunakan warna yang sama. Hoodie hitam dan seluar slack kelabu.So sweet.Naim tersenyum sendiri.

Kayla seperti seseorang yang matang sahaja dari segi attitudenya yang pendiam dan dingin itu. Tidak seperti gadis remaja yang lain.

"Kenapa?"tiba-tiba Kayla bersuara apabila perasan Naim sedari tadi tersengih sendiri.

"huh?"Kayla mengakat keningnya melihat reaksi Naim itu.

"Ustaz dah kenapa senyum sendiri?"Kayla kembali bersuara dengan geram.Tak kan tak dengar kot suara dia, sedangkan sekarang mereka hanya berdua didalam kereta.Cermin kereta pun tertutup.Kalau berbisik dalam kereta sudah dapat didengari juga.

"Tak da. Dina cantik macam tu."Jawab Naim sambil tersengih. Kayla kembali terdiam. Dia memandang dirinya di cermin sisi kereta itu.Sangat tertutup walaupun tidak mengenakan tudung.

"Tapi lagi cantik kalau Dina guna tudung terus."Kata Naim lagi.Kayla memandang kearah Naim. Tau sangat apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

Bukan dia tidak mau bertudung, tapi dia tidak mahu jadi bualan orang kampung hanya kerana dia berubah sebab kahwin dengan Ustaz. Lebih-lebih lagi pandangan orang sekeliling terhadap dirinya. Rasa bersalah timbul didalam dirinya.Dia sangat tidak sempurna berbanding dengan Naim.

"Sorry."

Naim tidak menjawab.Matanya terpandang kearah traffic light  yang ada dihadapan. Tepat hendak belok ke kanan,sudah menyala lampu merah. Itu lah jalan yang hendak ditujuinya.Dia ingin membawa Kayla ke salah satu restaurant yang berdekatan dengan pantai untuk berbuka nanti. Lebih-lebih lagi disana ada surau berdekatan.Tapi bila melihat panjangnya kereta berbaris menunggu green light,Naim terus bersabar.Tangan Kayla dicapai dan digenggam lalu diletakkan dipahanya. Dia mengusap lembut tangan gadisnya itu.

"Abang dah janji akan tunggu Dina, kan? Abang tak nak paksa Dina.Tapi Dina kena tau,menutup aurat itu ada kewajiban kita sesama islam.It's okey. Take your time, sayang."Kata Naim lembut kearah isterinya.Diamnya Kayla sambil terharu.

Melihat sahaja lampu isyarat sudah bertukar, Naim terus memandu ke tempat yang ingin ditujui. Sebaik sahaja sampai, Naim terus memakir keretanya ditempat parking kereta. Kemudian mereka berdua sama-sama keluar dari kereta tersebut. Kayla memandang kesekeliling pantai. Ada beberapa buah gerai, suarau dan restaurant. Ramai juga orang yang beriadah mula beransur beredar. Mungkin sedar nak maghrib, ada juga yang masih disitu. Melihat
sunset.

"Jom, Dina. Kita beli kuih muih untuk berbuka nanti..."terserentak Kayla apabila Naim memegang tanganya. Kemudian mereka sama-sama melangkah kearah beberapa gerai yang menjual kuih muih itu.Kayla memerhati lagak penjual dan pembeli disitu.

Mereka berdua melangkah ke sebuah gerai..

"Sayang nak beli apa untuk berbuka nanti?.."Naim memandang wajah isterinya yang seakan-akan termenung itu. Dia melambai tangannya dihadapan wajah Kayla membuatkan gadis itu tersedar.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now