BAB 25

82 6 0
                                    

Selepas beberapa minggu sejak kejadian itu.Kayla mula tetap dingin.Langsung tak kesah dengan persekitarannya.Exam pun sudah tamat.Dia hanya duduk di balkoni dan hisap vape kesayangannya.

Nak bercakap dengan Naim pun dia tidak.Naim sahaja yang beria memujuknya.Sekali lagi Kayla masuk hospital dua minggu lepas kerana penyakitnya itu.Kata doktor makin teruk.Itu yang dirisaukan oleh orang terdekat,tapi baginya itu berita gembira.

Kayla masih dengan Vapenya tanpa menghiraukan Naim yang sedang berada di bilik tersebut.Naim hanya memerhati Kayla menghisap vape.Dia hanya membiarkan gadis itu dingin dengan.

Seperti biasa,dia akan duduk dan fokus dengan kerjanya.Pasal Haji Athar?langsung tiada dia jumpa atau mencari tahu tentang mertuanya itu.Adam sudah mula berkerja dengan dia.Idris seperti yang dia mimpikan.Dia berkerja sebagai arkitek.

Pagi itu,Naim duduk di penjabat sambil mengurus kerjanya.

Sebaik sahaja kak Rose keluar dari penjabatnya selepas menerangkan satu persatu projek yang akan mereka lakukan,Telefon di meja kerja Naim berdering.Naim merengus geram.Haih masa ni jugak nak berbunyi.

"Assalammualaikum.Ya saya?hah? Baik lah saya akan ke sana sekarang."Naim menuntup telefonnya lalu mencapai kot hitamnya itu.

'Apa pulak yang Dina buat ni ?!'

♥︎♥︎♥︎

"Menurut dari junior mereka,mereka nampak yang Mikayla and the geng ni hisap Vape di belakang dewan Sekolah.Dia dengan empat sekawan dia tu sudah selalu sangat buat kes di sekolah ni.Ingatkan dah berhenti,tapi mula balik."Kata Cikgu Salsabila sambil memandang wajah selamba Kayla yang duduk di sebelah Naim itu.

"Mikayla.Awak sedar tak awak tu perempuan?awak sepatutnya berubah.Bukannya berubah semakin teruk.Tak kesian ke tengok abang awak ni.Nak kena pergi sekolah jemput awak.Tambahan pula dia sebok berkerja.Tolong faham sedikit"kata Cikgu Salsabila lagi dengan serius.

"Encik Naim,saya dapat tahu dari semua cikgu yang mengajar Mikayla,Mikayla langsung tak jawab exam dan nilai nya kosong sahaja.Mohon didik adik encik ni betul-betul"

"Maafkan saya,cikgu.Saya tak tahu pula yang Mikayla ni nakal macam ni.Saya akan cuba sebaik mungkin untuk didik dia dengan baik"kata Naim.Kayla menjeling tajam kearah Naim.Cikgu Salsabila menggangguk faham.

"Menurut pengetua,nak sahaja Mikayla ini di buang sekolah kerana kes dia yang berlambak tu,Tapi saya masih percayakan Mikayla yang Mikayla boleh berubah.Kali ini sahaja saya bagi peluang.Ini borang Mikayla,Sila tanda tangan.Mikayla akan digantung sekolah selama tiga minggu."Kata Cikgu Salsabila serius lalu menghulurkan satu kertas dan pen kearah Naim.

Naim dengan wajah serius menanda tangan kertas tersebut.Takut pula Kayla melihat wajah serius Naim itu.Dia ingin di buang sekolah seperti yang lain,bukan digantung !

Selepas itu,Naim dengan serius menghantarkan Kayla pulang.Di dalam kereta,mereka hanya diam sahaja.Kayla malas hendak menegur wajah serius Naim itu.Seram pun ada.

Tiba-tiba kereta itu berhenti secara mengejut disebuah kedai.Kayla yang terserentak itu merengus kasar menoleh kearah Naim.

Buk!

Naim menutup pintu kereta itu dengan kasar setelah turun dari kereta.

"Dah tua tu,tak payah lah nak bertambah"Marah Kayla lalu berpeluk tubuh sambil memejam mata.Tidur lagi bagus.

"Mikayla.Awak sedar tak awak tu perempuan?awak sepatutnya berubah.Bukannya berubah semakin teruk.Tak kesian ke tengok abang awak ni.Nak kena pergi sekolah jemput awak.Tambahan pula dia sebok berkerja.Tolong faham sedikit"

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now