BAB 11

82 11 0
                                    

Datin Kisyah tersenyum melihat menantunya yang sedang makan dengan lahap itu.Pak Hassan membawakan Kayla bubur ayam pagi tadi.

"Makan jangan gelojoh sangat Kayla"Kata Datin Kisyah lembut lalu mengelap sisi bibir Kayla yang kotor itu dengan tisu.

"Ibu so sweet..."kata Kayla lalu menunjukkan ibu jarinya.Datin Kisyah tersenyum.Begitu juga Makcik Mawar dan Aina.

"Amboi kau,Kay.Masuk hospital terus berubah jadi manja ni,kenapa?"Usik Aina yang sedang duduk bersama Makcik Mawar.Makcik Mawar sedang mengupas kulit epel untuk Kayla.

"Salah ke?"tanya Kayla perlahan.Dia tidak mengakat kepalanya

PAK !!

Makcik Mawar menepuk kuat bahu Aina lalu memberi tatapan tajam kearah anaknya itu.Mulut asyik terlepas cakap je kan.

Datin Kisyah memandang kembali kearah Kayla.

"Kayla okey?"tanya Datin Kisyah.

Kayla memandang kearah Datin Kisyah lalu memberikan senyuman palsu.Ya.Penuh dengan kepalsuan.

"Okey je"kata Kayla perlahan.

Naim masuk kedalam bilik wad lalu memandang kearah ibunya.

"Haa Naim !mana ayah ?"tanya Datin Kisyah.Naim duduk disebelah katil Kayla.

"Ayah tengah borak dengan Pak Hassan dekat luar"kata Naim.

"Bila kamu dua nak balik rumah ibu,Naim?"tanya Datin Kisyah kearah anak lelakinya.

"Naim tak tahu lagi,Ibu.Ibu kenalah tanya pendapat Kayla juga"kata Naim lalu mengambil air untuk kayla yang masih menjamah makanannya itu.

Aku pulak kena !

"Dina,nah air"panggil Naim lembut lalu dengan perlahan dia menyuakan air untuk Kayla.

"Kayla tak de masalahkan nak tinggal dengan ibu ?lagi pun ibu bosan duduk rumah sorang-sorang.Ayah kamu tu sekejap pergi berbual dengan kawan-kawan dia"kata Datin Kisyah lalu memandang kearah Kayla.

Kayla terdiam.

"Kayla fikir lah dulu.Abang tak paksa kayla nak balik ke tak"kata Naim.

"Aku nak tinggal dengan ibu"

Naim memandang kearah Kayla.Kayla yang berwajah serius itu hanya memandang kearah jarinya.

"Betul ke ni,Kayla?"tanya Naim lagi.Kayla meregus kasar.Tidak suka ditanya berulang kali.

"Lepas Kayla keluar dari hospital,Kayla nak pindah rumah ibu"kata Kayla lagi.Cukup lah dia sakit hati kerana ini untuk sekian kalinya orang tua nya tidak melawat dia.

"Thanks,Kayla"ucap Datin Kisyah lalu memeluk tubuh kecil Kayla itu.

Kayla terdiam.Tidak pernah dia rasakan pelukan tersebut.Pelukan dari seorang Ibu !

Makcik Mawar tersenyum melihat Kayla yang sedang kaku itu.Seperti tahu akan perasaan Kayla pada masa itu.

Dato Fairuz dan Pak Hassan masuk kedalam wad itu.Tapi yang membuat mereka terkejut ialah Imam Syafirin turut bersama mereka.

Kayla hanya terdiam melihat Imam Syafirin.

"Eh Imam !"Naim bangun lalu menyalam tangan Imam Syafirin itu.Lalu dia duduk kembali di sebelah isterinya.

"Tak sangka pulak Imam akan lawat Kayla dekat sini"kata Aina teruja.Ingat mereka sahaja yang ingin melawat Kayla,rupanya ada orang lain juga.

Naim menoleh kearah Isterinya apabila lengan bajunya ditarik perlahan.

"Kenapa Dina?"tanya Naim lembut.

"Nak jaket Ustaz"kata Kayla perlahan tanpa menoleh kearah Imam Syafirin yang sedang berdiri di hadapannya.

Naim tersenyum.Mungkin Isterinya kesejukan kerana aircond.Naim menanggalkan jaket yang di pakainya lalu menyarung ke tubuh isterinya.

"Macam mana keadaan kamu,Mikaylah.Sehat?"

Tanya Imam Syafirin lalu tersenyum manis kearah Kayla.Tapi Kayla malah memberi tatapan tajam kearah Imam Syafirin.Semua yang berada dalam wad itu terdiam melihat mereka berdua.

"Kalau dah duduk dekat sini,berarti sakit lah,ingat orang sihat je boleh duduk sini?"sindir Kayla sinis.

"Dina.."tegur Naim.

Imam Syafirin yang masih tersenyum itu membuatkan Kayla makin membenci.

"Aku nak ada Ibu dan Makcik Mawar je dalam ni"kata Kayla dingin lalu memegang tangan ibu mertuanya.

Mereka situ sudah mulai berpandangan.Kenapa?

Mereka disitu mulai keluar,tapi tidak dengan Naim.

"Dina nak ape-ape ke?"tanya Naim lembut tapi tidak dihiraukan oleh Kayla.Naim keluar dari wad itu setelah Datin Kisyah memberikan tatapan tajam padanya.

Makcik Mawar mula duduk disebelah Kayla.Kayla sudah berbaring lalu menutupi wajahnya dengan tangan.Disebalik lengan itu,dapat Datin Kisyah melihat parut disitu.Hatinya tiba-tiba rasa sebak.

♥︎♥︎♥︎

Naim melihat Imam Syafirin yang sedang duduk ditaman hospital tersebut.Entah kenapa dari jauh dia dapat melihat Imam Syafirin termenung sambil pipinya mengeluarkan air mata.Ade something ke?

Naim perlahan berjalan kearah Imam Syafirin.

"Assalammualaikum,Imam"

♥︎♥︎♥︎

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now