BAB 26

73 5 0
                                    

Naim tersenyum sendiri mengingatkan kejadian tadi.Dia suka melihat wajah gelabah milik Kayla itu.Rasa comel je.Haha

Naim kembali ke penjabat setelah selesai berurusan dengan Kayla.Banyak lagi kerja yang ingin diselesaikannya.Esok petang dia ada meeting pula.Haih.

Naim mengambil iphone 13 pro max nya di meja.Satu video diputarkan.Sambil tersenyum-senyum dia mendengar nyanyian dari gadis kecilnya itu.Tidak sangka yang gadis kecilnya mempunyai suara yang merdu.Naim teringat kembali kata-kata Makcik Mawar semalam ketika dia pergi ke kedai Makcik Mawar.Ketika itu lah Aina memberinya gambar dan video gadis kecilnya itu.

-flashback-

"Kesian Makcik tengok Kayla tu ustaz.Kalau tak disebabkan lima tahun lalu,pasti dia tak akan jadi seperti itu.Dihina orang kampung,tak dipercayai ibu bapa dia"keluh Makcik Mawar mengenangkan nasib anak angkatnya itu.

Petang itu,Naim ingin membeli yang dipesan oleh Datin Kisyah.Tapi tak tahu pula akan tersangkut dan berbual dengan Makcik Mawar disitu.

"Itu semua ketentuan Allah SWT,Makcik Mawar.Ada rahsia disebalik semua tu.Dia nak menguji sejauh mana umatnya bertahan.Begitu juga Kayla.Saya sendiri bangga bila menikahi Kayla,Makcik.Walaupun dingin,tapi dia tetap sabar menempuhi segala ujian."kata Naim lembut sambil tersenyum mengingatkan gadis kecilnya.

Makcik Mawar turut tersenyum mendengar kata-kata Ustaz Naim itu.

"Kalau Ustaz nak tahu,Kayla akan selalu solat dikedai saya ni.Kadang-kadang dia akan solat dirumah saya.Dia jenis yang tidam suka menunjuk.Sekali pun dia tidak pernah tinggalkan kewajipan lima waktu itu,Naim.Bangga Makcik dengan dia.Sudah tiga Kali dia khatam Al-quran.Semua lancar bacaan dia."Akhirnya,Makcik Mawar membongkar rashsia disebalik Mikayla itu.Beg yang selalu dia bawa itu lah sejadah,telekung dan Al-quran.Satu kewajipan yang dia tidak pernah tunjuk selama ini.

Naim sedikit terkejut.Dia sangka Kayla tidak pernah solat,tapi dia salah.Astaghfirullahalazim.Dia bersangka buruk dengan Kayla kah?rasa bersalah menimpa dirinya.Patut lah Kayla sentiasa keluar rumah.Itu yang dilakukannya.

"Kenapa Naim tak bagitau Kayla tentang lima tahun yang lalu?"tanya Makcik Mawar tiba-tiba.Naim memandang kearah Makcik Mawar.

"Belum tiba waktunya,Makcik Mawar"katanya sambil tersenyum tawar.

"Assalammualaikum! Eh ustaz !"tiba-tiba Aina datang menyebabkan perbualan mereka berhenti disitu sahaja.

"Waalaikummussalam,sampai pun kau budak"jawab Makcik Mawar.Aina tersengih.

"Kebetulan betul Ustaz kat sini.Saya nak tunjuk something kat Ustaz"kata Aina lalu berdiri di hadapan Naim.Dia menyerahkan handphonenya kearah Naim.Teragak-agak Naim menyambutnya.

"Main kan video tu Ustaz"Naim terus memainkan video tersebut.

Naim memandang video Kayla yang dirakam oleh Aina.Kayla duduk di atas pentas dan bermain gitar.

"And I didn't wanna write a song
Cause I didn't want anyone thinking I still care..I don't but, you still hit my phone up
And baby I be movin' on..And I think you should be somethin'....I don't wanna hold back, maybe you should know that"Merdu sahaja suara itu menyapa ke telinganya.

"Cause if you like the way you look that much...Oh, baby, you should go and love yourself...And if you think that I'm still holdin' on to somethin'....You should go and love yourself"Video itu ditonton habis oleh Naim.

"Aina boleh bagi video ni kat,Ustaz?"tanya Naim tanpa memandang Aina.

"Boleh!tapi saya tak da nombor ustaz"

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now