BAB 10

88 13 0
                                    

"Trauma kecederaan otak sederhana ke teruk termasuklah tanda-tanda dan simptom-simptom yang berlaku pada kecederaan ringan, simptom-simptom ini mungkin muncul dalam lingkungan masa beberapa jam hingga hari selepas berlaku kecederaan kepala."

"Antara gejala yang paling teruk seperti Cik Mikayla alami ialah tidak sedarkan diri buat beberapa minit hingga beberapa jam,Sakit kepala yang kerap atau bertambah teruk,berulang kali muntah atau merasa mual,anak mata mengembang,terdapat cecair jernih keluar daripada hidung atau telinga Ketidakupayaan untuk bangun daripada tidur dan Lemah atau kebas pada jari tangan dan jari kaki"

"Ini akan bertambah teruk apabila Cik Mikayla jatuh sakit seperti demam panas atau bersin kuat.Saya sarankan Tuan untuk menjaga Cik Mikayla dengan baik.Saya rasa Cik Mikayla sudah lama mengalami keadaan begini,tapi dia memilih untuk menyembunyikan."

Kata-kata Doktor Amar tergiang giang difikiran Naim.Naim memerhati Isterinya yang sedang berbaring lemah di katil hospital itu.Antara punca utama dari yang dihadapi Kayla adalah Hentakan kuat dikepala.

Naim mengeluh.Tangannya mengusap perlahan kepala Isterinya.Kesian melihat keadaan isterinya itu.

Pintu bilik itu dikuak dari luar.

"Naim !!"

Naim menoleh kearah Datin Kisyah dan Dato Fairuz.Dia berdiri lalu menyalam tangan kedua orang tuanya.

"Macam mana keadaan Kayla ?"tanya Datin Kisyah.Dia duduk di tepi katil Kayla lalu memegang tangan Kayla.Sejuk.

"Kayla dari tadi sudah tidak sedar diri,dan dokter kata dia mengalami trauma yang teruk"kata Naim perlahan.Dato Fairuz menepuk perlahan bahu anaknya.

"Sebab kejadian itu kah?"tanya Datin Kisyah.

"Mungkin"

"Naim,keluar sekejap.Papa nak cakap something dekat kamu"kata Dato Fairuz.Naim menggangguk lalu keluar bersama Dato Fairuz.

Datin Kisyah terdiam melihat keadaan Kayla itu.Terbit rasa sedih di hatinya.Ingin sahaja dia memarahi kedua besannya kerana tidak datang menjenguk anaknya sendiri.Tapi kerana ingin menjaga hati besannya itu,dia diamkan sahaja.

-Pukul 5 pagi-

Kayla terbangun dari tidurnya.Selepas pingsan semalam,dia diberika ubat tidur.Mungkin kerana ingin dia rehat secukupnya.

Kayla terpandang Naim yang sedang menunaikan solat subuh di dalam bilik wad tersebut.Kayla mengeluh.Kenapa hantar dia kesini?jadi lelaki itu tau lah apa yang dia alami selama ni.

Selepas habis menunaikan solat subuh itu,Naim membaca doa dan doa untuk isterinya.Dia menyimpan sejadah di sofa bilik itu lalu memandang kearah Isterinya.Terkejut melihat Kayla sudah terbangun sambil memerhati dia.

"Dina dah bangun ?"Naim duduk disebelah Kayla.

"Soalan jenis ape kau tanya ni ?"walaupun perlahan tapi kedengaran kasar.

"Kenapa tak solat dekat surau ?"tanya Kayla kearah Naim.Soalan itu membuatkan Naim tersenyum.

"Abang nak jaga Dina"

Kayla terdiam.Dia bersandar di kepala katil lalu memandang kearah baju yang dipakainya.Baju pasakit ?

"Ibu dan ayah datang semalam.Jenguk Dina.Perawat yang tukar baju Dina"kata Naim.Macam tau-tau je.

"Ouh"

"Ustaz tidur mana semalam ?"tanya Kayla perlahan tanpa menoleh kearah Naim.

"Abang tak tidur"kata Naim sambil tersenyum lembut.Gembira melihat isterinya seolah-olah mengambil berat tentangnya.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now