BAB 5

103 14 1
                                    

Naim bangun dari lenanya.Jam sudah menunjukkan pukul 4 setengah pagi.Naim duduk disofa sambil memerhati selimut di badannya itu.Sejak bila dia pakai selimut dan bantal ni.Perlahan-lahan Naim mengukir senyuman sambil menoleh kearah Kayla yang sedang lena tertidur itu.

Naim bangun lalu menuju ke bilik air.Dia membersihkan diri.Usai membersihkan diri,Naim memakai jubah coklet.Naim menghampiri Kayla.Dalam diam dia memerhati Kayla yang sedang tidur itu.Cantik.Tapi kulit Kayla yang pucat itu membuat Naim termenung lama.Kenapa dengan gadis itu?orang lain putih tapi tak seputih Kayla.Warna Kulit Kayla agak putih hingga menampakkan uratnya.

"Dina..."

Naim memanggil nama Kayla perlahan.Tiada respon.Dengan lembut Naim menepuk bahu Kayla.

"Dina...bangun lah,solat subuh."kata Naim.

"Erhmm."Kayla meregek kecil bila bahunya ditepuk lembut.

"Jom solat dengan abang."kata Naim lagi.Dia memerhati wajah isterinya yang masih memejam mata itu.

Kayla meregus."Cuti."

Naim menggangguk perlahan.Dia tahu 'Cuti' itu hanya lah satu alasan.

"Kalau macam tu,abang pergi surau dulu lah.Nanti Dina bangun mandi ye.Hari ni Dina sekolah."kata Naim lalu menuju ke pintu bilik.Dia terus keluar dari bilik itu.

Setelah Naim keluar,Kayla bangun dari tidurnya.Dia bangun lalu memerhati pintu bilik itu.Perlahan Kayla menuju ke kamar mandi lalu membersihkan diri.

ꕥꕥꕥ

"Naim,Abang.Baru balik dari surau ke?Jom lah sarapan sama-sama."kata Hajah Ina sambil menyediakan makanan di atas meja.

"Baik Mama."kata Naim lalu duduk di meja makan itu.Haji Athar juga turut duduk sambil memerhati Isterinya yang sedang menuangkan air kopi untuknya dan Naim.

"Mana Kayla?"tanya Haji Athar mendatar.Hajah Ina menoleh kearah Haji Athar yang sedang memandangnya serius itu.

"Masih dekat atas mungkin."kata Hajah Ina perlahan.

"Biar Naim panggilkan."kata Naim lalu bingkas bangun dari kerusinya.Belum sempat dia hendak naik,isterinya terlebih dahulu turun.

Kayla sudah lengkap berpakaian sekolah.Dia menoleh sekilas wajah Naim lalu melangkah pergi.

"Dina,jom breakfast dulu."kata Naim lalu cepat-cepat menarik tangan Kayla.Kayla menepis perlahan.

"Tak pe.Aku dah kenyang."kata Kayla.Haji Athar langsung tidak menoleh kearah anaknya.Wajah nya dingin sahaja sambil menikmati sarapan.

"Tapi Dina belom makan lagi.Makan dulu ya."Pujuk Naim.

"Kau makan jelah."Kayla tanpa memperdulikan Naim,terus melangkah keluar lalu memakai kasut sekolahnya.

"Kalau macam tu,biar abang hantarkan Dina kesekolah."Naim  mengikuti langkah Kayla yang menuju ke motorsikalnya itu.

"Tak payah.Aku masih mampu tanggung hidup aku sendiri."kata Kayla lalu meninggalkan Naim seorang diri disitu.Naim mengeluh.

Kayla memberhentikan motorsikalnya di warung Pak Hassan.Lebih baik dia serapan dahulu.Dia takut perutnya berbunyi ketika di kelas nanti.

ꕥꕥꕥ

"Pak Hassan!"panggil Kayla dari luar warung itu.Dia duduk di meja luar.Senang dia nak ingat dunia.

"Assalammualaikum,Kayla.Kenapa lah setiap hari terjerit-jerit ni.Tak tercabut ke anak tekak kamu tu nanti."Bebel Pak Hassan sebaik sahaja berdiri di sebelah Kayla.

"Waalaikummussalam,Pak Hassan.Tak de yang tercabut nye.Anak tekak saya ni lain macam sikit.Boleh tukar-tukar kalau sakit."kata Kayla sambil tersengih.Pak Hassan mengelengkan kepalanya.

Naim Hasyash -og-Where stories live. Discover now