"Bro, jauh menung." Zaid menoleh ke belakang. Terasa pundaknya di tepuk. Di tersenyum sipu.
"Haikal."
Dia menyapa temannya yang baru tiba. Dia dan Haikal merupakan housemate. Kebiasaannya mereka akan bertemu di kedai makan untuk makan malam setelah masing-masing pulang dari tempat kerja.
Haikal merupakan seorang Pembantu Perubatan di sebuah hospital swasta. Mereka berkenalan ketika mula-mula menjejakkan kaki ke rumah sewa Kak Ita, tuan rumah sewa yang mereka diami sekarang.
"Nasi goreng tom yam dengan teh o panas." Haikal menempah makanannya. Suasana malam itu agak dingin, begitu juga bilangan pelanggan yang datang.
"Zaid, aku ingat minggu depan weekend nak g camping. Join group camping. Jom la bro, ramai aweks. Hihi." Haikal ketawa sambil membetulkan kerusinya.
"Kat mana?" Soal Zaid. Memandangkan kedua-dua mereka masih bujang dan single, setiap kehadiran wanita adalah diibaratkan seperti kuntuman bunga yang mekar di taman sedia untuk dipetik.
"Air Terjun Kelah, port baik tu. Last kita pergi bulan 7 hari tu kan? Ala...Amy, ingat tak?" Haikal sengaja mengungkit kisah lucu yang berlaku ke atas Zaid ketika mereka ke sana dahulu. Kedua-duanya ketawa kecil sambil menunjukkan isyarat diam.
Apa yang terjadi pada waktu itu ialah sepasang suami isteri menyertai trip tersebut. Si isteri bernama Amy, tidak putus-putus cuba untuk mendekati Zaid. Sedangkan suaminya ada di tempat yang sama.
Itulah perkara yang paling dia risaukan berlaku acapkali menyertai aktiviti outdoor secara berkumpulan. Siapa sahaja yang menolak godaan, namun Zaid bukan persis lelaki yang begitu. Menangguk di air yang keruh. Apatah lagi isteri orang.
"Cari penyakit tuu.." Dia ketawa sambil menumbuk bahu Haikal. "Tapi okay, aku join. Pape nanti kita gtau Kak Ita, sebab dia pesan kalau nak pergi mana-mana weekend bagi tahu dia dulu." Ujarnya lagi.
"Ala...Kak Ita ni pun..mengalahkan mak-mak." Haikal menghela nafas panjang. Dia agak rimas dengan perilaku begitu, namun demi menghormati tuan rumah terpaksa juga dia akur.
"Okay bro.Yang penting kita boleh pergi. Tepu dah ni kepala otak, kepala yang bawah pun dah tumpul ni." Dia berseloroh.
"Yelah tuuu.." Zaid mencelah. Pada hal dia tau Haikal sering melakukan hubungan terlarang dengan staf wanita di tempat kerjanya. Sering dia nasihatkan temannya itu, pandai makan pandailah simpan. Risikonya hubungan sulit di tempat kerja ibarat menabur pasir di piring makan sendiri.
* * * * * *
Azura baru selesai menidurkan anak-anaknya. Zulaikha juga nyenyak tidur disampingnya. Lega rasanya dapat berbaring sambil meluruskan kaki dan badan. Kedinginan malam terasa, lantas dia mencapai remote aircond dan merubah tetapan suhu.
"Hmmm..abang, Zura rindukan abang."
Dia memeluk bantal sambil cuba memejamkan mata. Satu per satu nemori indah bersama arwah suamimya Azman melintas diruangan mindanya. Dia menarik nafas dalam. Terasa tenang dan damai. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup membawanya ke alam mimpi yang indah.
"Kringggg!" "Kringgg!"
Jam 6 pagi. Bunyi jam loceng di handphone menyedarkan dirinya dari tidur. Azura bangun sambil memalingkan badannya ke arah Zulaikha.
"Hmmm..masih tidur..mama mandi dulu lah." Jam 3 pagi tadi bayi nya itu sudah terjaga, setelah diberikan susu dan ditukarkan lampin barulah dia menyambung tidur.
Ketika melangkah turun dari katil, ternyata ada kesan darah pada cadar tilamnya. Dia menghela nafas panjang. Patutlah terasa sakit kepala malam tadi, rupanya dia datang haid.
Lantas dia terus mandi dan bersiap-siap untuk menguruskan anak-anaknya."Aniq..janganlah kacau adik.." Azura menegur. Dia mencapai beg Aniq lalu mendukung anaknya itu menuju ke pintu pusat asuhan.
"Bye abang. Jangan nakal-nakal tau, nanti mama datang jemput." Dia menyerahkan Aniq kepada penjaganya kemudian melambaikan tangan.
Setibanya dia di pejabat, kelibat Zaid yang sedang membuat kopi di pantry mencuri tumpuannya. Setelah meletakkan beg di meja, Azura menuju ke pantry untuk santapan pagi atau juga mengalas perut.
Termenung sebentar dia di depan coffee maker. Menarik nafas panjang. Mencari tenang setelah ribut pagi dengan kerenah anak-anak.
"Hai Zura." Zaid menyapa. Senyuman manis jejaka nan seorang ini sentiasa menceriakan harinya.
"Hai..." Azura membalas sapaan Zaid sambil menyapu peanut butter di roti.
"Zura okay ke?" Soal Zaid.
"Alhamdulillah Im okay. Zaid?" Soalnya kembali.
"Sama juga, sihat." Jawab Zaid.
"U look nice." Halus suaranya menyambung jawapan.
"Hmm???" Azura merenung Zaid, mencari kepastian.
"Eh takde pape. Hehe.." Zaid tersenyum kambing, lalu meninggalkan Azura sendirian di pantry.
"What the hell...!" Zaid menepuk dahinya.
"Morning Zaid." Alyssa masuk dan menemani Azura yang sedang bersarapan.
"Diamm.." Azura mencubit pinggang Alyssa, menegahnya daripada membuat gurauan nakal tentang di dan Zaid.
"Aduhhh..hmm..melepas lagi..." Getus hati Zaid sambil berlalu pergi.
Kedengaran suara ketawa mereka berdua.
Dari jauh, Azura mencuri pandang Zaid yang duduk di meja kerjanya. Alangkah indahnya jika dapat hidup berpasangan.
Bukannya dia tidak mahukan kasih sayang dan belaian seorang lelaki, namun kisah hidupnya serta keadaan diri dan keluarga yang menjadi penghalang utama. Dia tidak sanggup mengambil risiko menerima mana-mana lelaki buat masa ini. Dengan status dirinya sebagai "widower", siapalah yang sanggup menerimanya.
Lelaki hanya mahukan kepuasan diri, seks dan memenuhi ego diri. Ramai wanita ibu tunggal yang terlalu cepat menilai, membuka pintu hati menerima padah kerana tersalah langkah. Anak-anak disakiti, ibu pul diperlakukan seperti hamba. Kisah-kisah begini membuatkan dirinya takut. Bukannya dia tidak mahu. Fitrah manusia memerlukan teman hidup, teman fitrah dan tempat menumpang kasih sayang.
Ada kala dirinya terlalu rindu akan belaian seorang lelaki. Rindu akan hangatnya pelukan seorang insan bergelar suami. Namun, biarlah semua itu diatur oleh yang maha Esa. Sebagai hamba, dia hanya mampu berdoa. Berdoa agar dirinya terhindar dari manusia-manusia yang rakus dan berniat jahat.
Bersambung..