Azura 12

7.8K 62 12
                                    

Hari Ahad menjelang tiba. Azura bersiap-siap untuk kembali ke pulau. Masa untuk bersama keluarga juga hampir tamat. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Selalunya jika dia pulang ke pulau pada hari Ahad, dia akan menaiki feri terakhir jam 7.00 petang. Namun hari ini dia ada temujanji bersama Azian, teman baiknya.

Namun setibanya di pulau, dia menerima mesej daripada Azian yang menyatakan anaknya demam dan perlu dibawa ke klinik.

"Xpe Zee, aku ambik grab. Bawak anak g klinik dulu ye." Azura membalas mesej dari Azian.

"Hmmm...baby lapar x? Mama teringin nak makan macam-macam ni..hehe" Bisik hati Azura sambil memegang perut. Dia membuka aplikasi Grab lalu menunggu jika ada pemandu yang berdekatan.

Tanpa disedari, sepasang mata sedang memerhatikan gelagatnya dari jauh. Siapa lagi kalau bukan Zulkarnain, lelaki berhidung belang yang senantiasa mencuba untuk memenangi hati Azura sedangkan dia juga berstatus suami orang.

Zul menghidupkan keretanya lalu memandu ke arah Azura yang sedang duduk di bangku kawasan menunggu.

Zulkarnain membunyikan hon sambil melambai-lambai tangannya pada Azura.

"Cik nak ke mana?" Soalnya sambil berseloroh pada Azura yang masih terpinga-pinga. 

Azura hanya menggelengkan kepala. Tanpa disuruh, Zul keluar dari kereta lalu membuka pintu bahagian penumpang hadapan. Diambilnya beg Azura lalu dimasukkan ke dalam bonet. Azura tiada pilihan melainkan terpaksa akur. Dia tahu Zulkarnain seorang yang suka mengarah, dan pasti ada dramanya jika dia tidak menurut arahan Zul nanti.

"Apa khabar Zue..lama tak jumpa kan?" Zul tersengih.

"Baru je jumpa hari tu kan..ada-ada je u ni.." Azura menjawab sambil mencubit lengan Zul.

"Jom I bawak U makan..Nasi Kukus Ayam Berempah?" Zul memberikan cadangan yang tidak mampu ditolak olehnya.

Azura hanya mengangguk sambil menyuruh Zul fokus pada pemanduannya. Sebenarnya mereka berkenalan agak lama. Ceritanya bermula ketika Azura ingin membeli keretanya beberapa tahun lepas. Zulkarnain banyak memberikan kredit kepadanya hingga dia mampu memiliki kereta tersebut. Pertemuan mereka semakin kerap semenjak daripada hari tersebut memandangkan Zul juga tinggal sendirian di pulau. Isterinya pula tinggal sendirian di tanah besar.

Pada awalnya, Azura selesa berkawan dengan Zul, namun setelah hubungan mereka dihidu oleh isteri Zul, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tidaklah juga dia terhegeh-hegehkan suami orang, namun Zul hanyalah sebagai teman dikala sunyi sahaja baginya.

"Zue, family semua sihat?" Zul memecah kesunyian. Hanya beberapa orang sahaja yang ada di restoran selera pantai timur tersebut.

"Alhamdulillah..wife Zul?" Soal Azura kembali.

"Hmmm..ntah la..malas fikir, bikin I sakit kepala. Biasalah, orang dah tak percaya kita kan." Jawab Zul dengan nada yang tenang.

Ironinya, perbuatan dia yang keluar makan bersama Azura pada hari ini juga masih boleh dikira sebagai curang, tidak langsung membantu dalam mengembalikan kepercayaan isterinya terhadap dirinya.

Maka begitulah lelaki, manis mulut dalam bicara. Didepan katanya lain, dibelakang terus menerus mendusta.

Makanan mereka tiba. Zul menjemput Azura makan sambil mereka terus berborak. Ternyata lelaki bernama Zulkarnain ini bijak dalam bermain kata-kata. Pandai berbuat jenaka. Maklumlah anak mamak dari Tanjung, pasti ada sahaja celotehnya. Azura terhibur malah kekenyangan juga. Tiba waktu untuk membayar, dimarahinya Azura kerana ingin membayar untuk mereka berdua. Azura hanya akur lalu mengucapkan terima kasih.

"Sorry for being a jerk." Dia merujuk kepada kejadian tempoh hari ketika dia cuba mengambil kesempatan terhadap Azura.

"It's okay. I tau U sangap.." jawapan jujur dari Azura. Zul tersipu-sipu malu.

Zul terus memandu. Hari sudahpun malam, mereka tiba di dadapan bilik sewa Azura yang terletak di tingkat atas deretan rumah kedai.

Zul cepat-cepat keluar dari kereta dan membuka pintu untuk Azura..

"Thank you Zul, ambik I then belanja makan lagi."

"No no..thanks to you Zue..for everything.." sayu pula ayat Zul ketika menghantarnya ke pintu naik ke tingkat atas.

Serba salah juga hati Azura. Dia faham bahawa Zul itu sedang berperang dengan nafsunya sendiri.

"Zul..!" Azura memanggil Zul yang sudah kembali ke keretanya.

"Ya  Zue kenapa sayang...?" Zul berlari-lari anak kembali kepada Azura.

"U nak temankan I tak malam ni..?"

Zulkarnain menelan air liurnya..

Azura Where stories live. Discover now