Azura 5

10.3K 68 2
                                    

"Mama pergi kerja dulu ye sayang..jaga diri baik-baik dan tengok-tengokkan adik.."

Azura memeluk lalu mencium kedua-dua anaknya Aniq dan Danial sebelum keluar rumah.

Azman sedang menanti di atas motorsikalnya. Dia tahu yang Azura sangat berat hati untuk meninggalkan keluarga. Namun mereka harus bersabar hingga permohonan tukar Azura diluluskan.

Setibanya di jeti, Azura mencium pipi suaminya sebelum melangkah masuk ke balai perlepasan. Azman meletakkan motornya di bawah rimbunan pohon lalu mematikan enjin motorsikalnya.

Dari jauh dia memerhatikan Azura berlalu pergi. Berat hatinya membiarkan Azura keseorang di seberang pulau apatah lagi kandungannya sudah semakin sarat.

Azman bangun dari tempat duduk motornya kemudian menuju ke arah lobi balai perlepasan. Matanya mencari-cari Azura namun sudah tidak kelihatan. Barangkali isterinya sudah pun menarik feri.

Kesejukan pagi membuatkan suasana jeti agak suram, apatah lagi bagi pasangan yang terpaksa berpisah. Sebenarnya dia pernah bekerja di sebuah resort di pulau peranginan yang sama dengan tempat Azura tinggal sekarang. Kerja yang membolehkannya tinggal bersama Azura dan anak-anak di pulau tersebut.

Namun, dia diberhentikan kerja di atas masalah disiplin dan tingkah laku.

Perasaan menyesal kembali menghubungi dirinya. Dia melangkah perlahan menuju ke motorsikalnya sambil menyalakan sebatang rokok.

Tanpa disedari, sepasang mata sedang memerhatikan gelagat Azman.

"Bang, boleh pinjam lighter?" Terdengar suara seorang lelaki mendekatinya sambil menunjukkan isyarat menyalakan rokok.

"Boleh.." Azman menghulurkan pemetik apinya sambil memandang tepat pada wajah lelaki tersebut.

Kelihatannya seperti seorang pekerja professional. Berwajah matang, pakaian kemas dan berkaca mata. Lelaki tersebut menyalakan rokoknya lalu menghulurkan kembali pemetik api milik Azman.

Dia mengambilnya lalu menyimpan semula di dalam poket. Sambil tersenyum, lelaki tadi meminta izin berlalu pergi dan Azman pun menghidupkan enjin motorsikalnya. Dia harus segera pulang untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Azura sedang beratur untuk menaiki feri tiba-tiba merasa ada seseorang merapatkan tubuh dengannya.

"Hai awak.."

Azura kenal suara itu. Ianya milik Zulkarnain, seorang kenalannya yang juga sering berulang alik dari tanah besar ke pulau setiap hujung minggu.

"Hai Zul.."

Azura mengukir senyuman sambil melangkah masuk ke dalam feri. Hanya Tuhan yang tahu betapa bencinya dia terhadap Zul kerana dia pernah cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"I think I just met your husband."

Bisik Zul sambil tersenyum nakal setelah melabuhkan punggungnya disebelah seat Azura.

Azura hanya diam buat-buat tidak dengar apa yang diucapkan oleh lelaki hidung belang tersebut.

Perjalanan feri pagi ini terasa begitu panjang...




Azura Where stories live. Discover now