Azura 8

8.4K 65 1
                                    

"Assalamualaikum abang..feri baru gerak ni..anak-anak ikut abang tak tu?"

"Tak sayang..abang tinggal diorang dengan Umi." Kedengaran suara Azman dihujun talian.

Seperti biasa, hari ini Jumaat, Azura pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga. Feri meluncur laju memasuki selat ke kuala di tanah besar. Dia ada membeli sedikit coklat untuk anak- anaknya di dalam kedai di jeti tadi.

Perutnya semakin membesar. Kandungannya sudah mencecah 6 bulan. Nafasnya seringkali mengah namun masih mampu melakukan kerja dan berulang alik ke tanah besar di hari minggu.

Dia mengusap perutnya sambil tersenyum. Sebenarnya dia tidak mengharapkan ataupun berkehendakkan anak lelaki atau perempuan. Namun, jauh di sudut hatinya dia menginginkan anak perempuan. Fikirannya mula melayang, mengenangkan anak pertamanya. Seorang puteri yang comel. Selepas melahirkan anaknya, dia merasa tidak tentu arah. Masih muda dan tidak bersedia, dia membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat. Yang pasti, anaknya kini sudah bersekolah. Mungkin sedang menjalani kehidupan yang mewah dan bahagia.

Sengaja dia mencari pasangan yang belum mempunyai zuriat, yang berpendapatan tinggi. Niatnya cuma mahukan yang terbaik buat puterinya itu. Dia dapat merasakan pada kandungan kali ini, begitu sayu dan rindu pada anak perempuannya yang sulung. Anaknya yang lahir dari benih Zack.

"Akak, kami ada jual makanan. Akak nak air, jajan atau Maggi?"

Tegur salah seorang anak muda, kru feri yang sedang menolak troli berisi makanan ringan dan minuman.

Azura hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Rajin adik-adik ni berniaga, getus hatinya. Dia meminta diri untuk ke tandas, kemudian bangun berjalan menuju ke tandas yang terletak di ruang tengah penumpang.

Perutnya yang sarat kini membuatkannya kerap merasa ingin membuang air kecil. Terasa pundi kencingnya ditekan-tekan oleh bayi di dalam perut.

Feri agak lengang hari ini. Azura berjalan perlahan-lahan sambil tangannya memegang penyandar tempat duduk. Walaupun laut tenang, tetapi feri boleh terumbang ambing bila-bila masa. Dan dia harus bersedia jika tidak mahu jatuh terjelupuk di atas lantai.

Selesai melunaskan hajat, dia kembali ke tempat duduknya yang terletak di barisan kedua dari belakang. Di tempat duduk terakhir, matanya tertumpu pada seorang anak muda yang sedang melelapkan matanya.

"Penat betul budak ni. Kru feri mungkin." Bisik hatinya.

Ketika dia ingin duduk di tempat duduknya, sengaja dia melanggar penyandar tempat duduknya sedikit kuat. Apa lagi, terkejut lah anak muda yang sedang cuba untuk tidur tadi. Azura tersenyum sendirian. Tangannya mencapai handfone nya lalu dibelek-belek galeri foto anak-anaknya.

Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang sedang memerhatikannya dibelakang.

"Haaa..! Akak yang kacau saya tidur tadi kan?" Tegur anak muda tadi sambil tersengih-sengih.

Nasib baik tak terkejut. Azura berpaling ke belakang sambil membalas senyuman.

"Penat ke dik?" Soal Azura memulakan bicara. Dia gemar menegur kru-kru feri jika berkesempatan kerana baginya merekalah hero yang tidak didendang dalam sistem pengangkutan air yang ada sekarang.

"Boleh la tahan. Hari ni kena cover trip feri lain kak, nak makan pun tak sempat." Jawab anak muda tersebut sambil menggulung earphone nya.

Dari perbualan mereka, Azura dapat merasakan anak muda ini seorang lelaki yang baik. Dia banyak bercerita tentang adik perempuannya. Betapa dia sanggup bekerja keras untuk membeli hadiah hari jadi adiknya.

"Boleh akan tengok gambar adiknya....?

"Fitri, nama saya Fitri kak.Boleh, jap ye" Jawab anak muda tadi.

"Okay Fitri. Baik namanya, mesti disenangi ramai ni. Dah ada girlfriend ke?" Soal Azura sambil tersengih.

"Haha..ada-ada je akak ni. Single is better la akak..hmm..ni pic adik saya." Fitri menghulurkan handphone nya kepada Azura.

Pandangan Azura tertumpu tepat pada skrin telefon tatkala melihat foto adik Fitri. Seperti diketuk pintu hatinya, mulut Azura terus bertanya,

"Adik kandung Fitri ke?"

Wajah Fitri sedikit berubah, namun kembali tersenyum.

"Akak ni pakai ilmu ape eh? Lain macam jugak soalan akak ni.."

Azura cepat-cepat meminta maaf. Lalu Fitri menceritakan bahawa adiknya ini bukanlah adik kandungnya, namun mereka adalah muhrim kerana menyusu dengan ibu yang sama, iaitu ibu kandung Fitri.

Kelopak mata Azura mula berkaca.

"Adik Fitri ni sekarang sekolah darjah berapa?" Soal Zura sambil membetulkan suaranya yang sedikit serak.

"Darjah 3 akak. Aik, tanya tu macam betul kenal je akak ni." Fitri mencebikkan mulutnya sambil bangun dari tempat duduk.

"K la kak, dah nak masuk channel ni, saya nak g standby kt station. Hati-hati jalan keluar feri nanti ye."Fitri meminta diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dikucupnya tangan Azura seperti adik dan kakak bersalaman.

Azura menghela nafas panjang.

"Apalah yang aku fikir tadi..hmmmm...Zura, it's not her. Stop dreaming.." bisik hati kecilnya.

Azura Where stories live. Discover now