Azman melihat skrin handphone nya. Tiada mesej mahupun panggilan dari Azura malam ini.
"Mungkin penat kot..tidur awal.." pujuk hatinya. Handphone nya disimpan semula ke dalam poket seluarnya. Seperti dijanjikan, malam ini dia mula membantu Nabil di Warung Burger. Azman sanggup melakukan apa sahaja kerja yang mampu memberikan sedikit wang.
Anak-anak tidur lebih awal tadi, mujur Umi ada menemani mereka. Pada mulanya dia berasa segan, namun setelah Umi mengetahui niatnya untuk menambah pendapatan, terus dipersetujui malah Umi mendorong Azman untuk terus berusaha mencari nafkah untuk keluarga.
"Bang, Daging Special 3.." lamunannya terhenti. Seorang remaja lelaki membuat pesanan. Azman bingkas bangun dari kerusi lalu mencapai spatula dan kembali beraksi.
Azman dan Nabil merupakan sahabat baik sejak dari zaman persekolahan lagi. Malah, Nabil lah yang menjadi penasihat dan banyak membantunya ketika dia berada di dalam kesusahan. Walaupun sebaya, Nabil masih belum berkahwin. Menjadikan dia lebih beruntung dari segi kewangan dan masa lapangnya.
"Man, nanti kalau aku sibuk kat stall lain, kau tolong handle kan stall sini ye..aku serah kt kau je lah..janji customer puas hati." Nabil menepuk bahu Azman ketika mereka sedang mengemas barang-barang berniaga.
Azman memungut botol-botol kaca yang kosong lalu mengumpulnya didalam sebuah guni. Begitu juga dengan tin-tin minuman ringan. Semuanya dikumpul di belakang rumahnya. Apabila sudah penuh guninya atau terasa berat, Azman akan membawa barangan tersebut ke tempat pengumpulan barang lusuh. Di sana, dia akan menjual barang-barang tersebut. Sememangnya hasil jualan itu tidaklah banyak, namun baginya setiap sen hasil dari titik peluhnya adalah berbaloi demi sesuap nasi.
"Man, ni bahagian kau malam ni." Nabil menghulurkan dua keping not 20 kepada Azman.
"Thank you Bil, jumpa lagi nanti. Selamat2."
Azman melambai sambil menunggang motorsikalnya ke jalan raya. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Suasana mulai dingin dan jalan raya kelihatan sunyi dari kenderaan.Matanya tertumpu pada hadapan jalan, tangannya erat memegang handle motorsikalnya. Dan disaat iut fikirannya mula melayang-layang, bagaimana harus lagi untuk dia mencari wang lebih?
Bagi dirinya, cukuplah sekadar apa yang ada. Namun, bagi isteri dan anak-anak, dia tidak mampu menahan rasa. Sejak berkahwin, dia belum pernah membawa Azura dan anak-anak bercuti melainkan jika Azura yang mengajaknya. Jika sedemikian, sudah pasti semua perbelanjaan ditanggung Azura.
Sesekali jika mereka bergaduh, isu utama yang dibangkitkan semestinya soal kewangan. Ya, wang tidak mampu membeli segala-galanya namun tanpa wang, dia tidak mampu mengatur kehidupan sekeluarga. Apatah lagi kehidupan hari ini yang serba serbi memerlukan wang.
Azman malu, terasa diri sangat tidak berguna tatkala setiap keperluan keluarganya tidak mampu ditunaikan. Kerana itulah baginya setiap hasil keringat kerjanya seratus peratus adalah untuk anak-anak dan isteri.
Bukan sekali dua, namun berkali-kali dia keluar bekerja dengan hanya membawa Rm 1 di dalam wallet nya. Baginya, cukuplah not yang sekeping sebagai 'modal' hari ini. Dia sentiasa berdoa agar dengan RM 1 itu dia mampu pergi dan balik setiap hari. Jika ada barangan lusuh untuk dijual, dia akan cepat-cepat pergi ke tapak pengumpulan milik Raja. Dari orang asing, dia kini berkawan rapat dengan Raja dan yang lainnya. Mereka juga antara pengumpul dan menjual apa sahaja asalkan ada nilainya kepada Raja.
Matanya berkaca, terasa perit tekak menahan rasa. Namun, hati sesiapa juga pasti sunyi dan sedih apabila mengenangkan nasib hidup. Tanpa disedari, air matanya menitis membasahi pipi. Terasa begitu dingin tatkala terkena tiupan angin malam. Cepat-cepat dia mengesat air mata lalu meneruskan perjalanan pulang.
Harapannya cuma satu; semoga suatu hari nanti dia mampu memberikan segala-galanya kepada keluarganya dan mereka hidup tanpa dibelenggu masalah hidup lagi.
Azura terjaga dari tidur, badannya terasa begitu penat setelah teruk dikerjakan oleh Zul malam tadi. Mujur dia berjaya memujuk Zul supaya tidak langsung tidur bersamanya hingga ke pagi.
"Bahaya la..nanti kalau kantoi macam mana?" Soal Azura ketika Zul masih inginkan kehangatan asmara mereka disambung hingga ke pagi. Zul kegusaran tatkala mendengar perkataan kantoi.
Dia sudah serik, yang terakhir ketika isterinya mengamuk dia terpaksa membelanjakan ribuan ringgit untuk memujuk wanita yang halal baginya itu. Namun, dia masih tidak serik untuk berselingkuh malahan semakin berani hingga ke atas ranjang.
Azura bangun dari tilamnya, pundi kencingnya terasa pedih. Cepat- cepat dia ke tandas. Selesai mandi, dia bersiap-siap untuk ke pejabat. Sebelum beredar, dia sempat melihat skrin handphone nya. Terdapat 5 missed call dan beberapa mesej dari suaminya Azman. Dia melihat jam di dinding, lalu mendail nombor telefon Azman.
"Hello..sayang ok ke?"
Soalan pertama muncul dari hujung talian. Kedengaran suara Azman dalam kerisauan.
"Ya abang..sayang okay..sorry malam tadi sayang tertidur awal..penat sikit.." Azura begitu tenang dalam berdusta, melupai tentang perbuatannya bersama Zul malam tadi. Mereka berbual seketika dan Azman memberitahu yang dia sudah mula bekerja di warung Burger Nabil. Buat masa sekarang, dia hanya membantu Nabil pada hari Ahad. Jika semuanya berjalan lancar, dia akan meneruskan perniagaan pada malam hari biasa juga.
"Alhamdulillah...bagus la abang. Anak-anak macam mana?" Soal Azura.
"Umi mintak nak jaga diorang. Abang segan sebenarnya tapi serba salah jugak kalau nak bawa ke tempat niaga..balik pun dah lewat.." jawab Azman dengan penuh semangat. Ternyata baginya, Azura pasti berbangga dengannya kerana bersungguh-sungguh dalam mencari wang lebih.
Azura meminta izin untuk ke pejabatnya lalu memutuskan talian. Dia kemudiannya turun ke bawah dan menghidupkan enjin kereta. Setibanya dia di pejabat, ketua jabatannya sedang menanti dengan sebuah berita yang baik.
"Zura, tahniah..awak boleh balik ke pangkuan keluarga nanti. Permohonan awak telah pun lulus."
Azura menyambut baik berita tersebut namun di dalam hatinya timbul rasa sedih kerana bakal meninggalkan pulau yang menyimpan seribu satu kenangan buatnya. Namun, itu bukanlah keutamaannya. Yang penting, dia dapat kembali bersama keluarga dan melahirkan anaknya dalam lingkungan keberadaan ahli keluarga terdekat.
" I'm happy for you and Azman. Tapi sedih jugak la nanti tak ada kawan nak look around..huhu.." Azian berseloroh sambil memeluk Azura.
Sepanjang hari Azura hanya termenung memikirkan kehidupannya.
"Alhamdulillah, boleh dah kemas-kemas barang.." Azura menaip status Whatsapp nya lalu disiarkan hanya kepada kenalan di dalam kalangan penduduk pulau.
Bertubi-tubi mesej masuk namun Azura tidak mengendahkannya.
Ibarat kumbang yang berebut-rebut kuntuman bunga, begitulah kelakuan para lelaki yang mengenali dirinya.Ataupun mereka sebenarnya seperti si dubuk yang merebut bangkai dengan si pemangsa?