Azura 2

12.5K 78 1
                                    

Azura membuka matanya. Telefon bimbitnya di unlock lalu satu persatu mesej yang masuk dibaca. Matanya yang tadi masih mengantuk kini mulai cerah.

Mesej ditaip

"Mama sayang semua juga. Hugs"

Kemudian dia mengambil sekeping gambar selfie dengan senyuman, lalu ditekan 'send'.

Dia kemudiannya bangun dari katil dan mencapai tuala yang tergantung di dinding.

Selesai mandi, dia terus menyiapkan diri untuk ke pejabat. Untung baginya kerana jarak antara bilik sewa dan pejabatnya hanya beberapa ratus meter sahaja. Jika dia rajin, dia hanya akan berjalan kaki disepanjang deretan kedai dan sampai di pejabat dalam masa 5 minit sahaja.

"Zue, amacam malam tadi? Dapat  Tak?"

Tanya Azian sambil ketawa kecil. Azian merupakan sahabat baiknya yang dikenali semenjak dia memulakan kerja di pulau peranginan ini.

"Eh kau nie.." Azura mencebikkan mulutnya.

"Ada la..rahsia..hehe"

"Jom kita  makan dulu..Baby lapar ni"

Azura mengusap-usap perutnya sambil tersenyum.

Kandungannya kini mencecah 4 bulan bermakna alahannya mulai kurang, maka nafsu makannya kembali seperti dahulu. Cuma dia perlu makan dengan lebih kerap agar kandungannya mendapat nutrien secukupnya.

Betapa gembiranya hati apabila dia mula-mula mengetahui yang dirinya hamil.

Begitu juga suaminya. Yang sekarang tinggal di tanah besar. Hanya yang pernah melaluinya sahaja faham betapa sukarnya berjauhan dengan suami kerana tuntutan kerja. Apatah lagi dia berbadan dua.

Mujurlah ada Azian, peneman dirinya dikala dirinya tidak mampu ke klinik sendirian. Juga teman di pejabat, kerana ada sahaja mata dan mulut-mulut yang sibuk merisik khabar tentang rumah tangga dan lifestyle nya disini.

Bagaimanapun setiap hujung minggu Azura akan pulang ke pangkuan keluarga demi melepaskan rindu terhadap anak-anaknya. Terima kasih kepada kerajinan si suami dan orang tuanya yang sudi menjaga anak-anaknya, Aniq dan Danial.


Azura Where stories live. Discover now