Azura 7

9.6K 73 3
                                    

Pagi ini Azura ke KK untuk checkup kandungannya yang kini sudah 6 bulan. Seperti biasa, setelah mengambil urine sample, dia menuju ke penimbang.

"64 kg..Hmm..sihatnya baby mama."
Bisik hatinya sambil mengusap-usap perutnya.

Matanya memerhati keadaan disekelilingnya. Selalunya kalau temujanji jam 3 petang tidaklah ramai. Ada yang datang bersendirian sepertinya.  Namun ada juga yang datang ditemani suami masing-masing. Baginya, dia sudah terbiasa walaupun ada mata-mata yang memerhati seakan-akan aneh melihat seorang ibu datang check up sendirian di klinik.

Selesai checkup, dia kembali ke bilik sewanya. Mujurlah kedudukan klinik dan bilik sewanya dekat, lebih kurang sama jaraknya ke pejabat.

Sedang dia berehat-rehat, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Assalamualaikum Zura, ni saya Zul."

Aduhhh. Apa pulak si Zul ni, getus hatinya.

Azura bangun sambil membetulkan baju t shirtnya lalu membuka pintu.

Terkejut dia apabila melihat wajah Zulkarnain yang muram dan bersedih. Tanpa diduga, Zul memeluk Azura dan mendorong badannya masuk ke dalam bilik.

Mahu saja Azura menampar Zul, namun dalam hatinya yang sedang berkata-kata itu, Zul pun melepaskan dakapannya perlahan-lahan. Perasaan marah dan geram Azura tadi bertukar menjadi simpati.

Zul pula pandai memujuk dan meraih belas kasihan.

"Duduklah dulu Zul. Kenapa ni?"

Soal Azura memulakan bicara.

"Zura..my wife.." terketar-ketar bibirnya menutur kata.

Rupa-rupanya Zul dan isterinya bergaduh. Puncanya kerana cemburu. Zulkarnain seorang yang boleh dikatakan full package. Ada rupa, kerja yang stabil dan peramah pula orangnya. Namun begitu, kehidupan perkahwinannya diuji kerana isterinya disahkan mandul. Setelah hampir 10 tahun berkahwin, Zul pernah menyuarakan hasratnya untuk mempunyai zuriat sendiri. Mungkin itulah punca mereka sering dingin semenjak beberapa bulan ini.

"Thanks Zura. And sorry for coming to you like this." Lega rasanya hati Zul setelah menceritakan permasalahannya.

"Its okay Zul. I faham. "
Azura bangun dari tilamnya  lalu menjenguk-jenguk ke luar jendela.

" Hari pun dah nak senja ni Zul, baik u balik dulu..nanti apa pulak kata orang kalau tengok kita berdua-duaan cmni." Kata Azura.

Zul mengangguk lalu bangun menuju ke pintu. Matanya liar memerhati pelusuk kamar Azura yang tidak seberapa ini. Azura agak malu namun dia hanya mampu tersenyum.

Zul mendekatinya lalu memeluk erat Azura.

"Zura, thanks again. If you need anything, just let me know." Lalu dia mengucup-ngucup pipi dan dahi Azura. Azura sempat menghalang sebelum Zul cuba mencium mulutnya.

"Sempat lagi.." marahnya di dalam hati.

Zulkarnain berlalu pergi. Azura menutup pintu biliknya lalu dikunci kemas. Sambil menghelakan nafasnya yang panjang, dia berharap agar dapat berpindah segera ke tanah besar untuk bersama keluarganya.

Azura Where stories live. Discover now