Azura 11

8.1K 62 7
                                    

Cahaya mentari menyinari pagi Sabtu yang penuh berkat. Azman bangun awal, menyiapkan sarapan serta membasuh pakaian kotor yang ada di dalam mesin basuh. Bibirnya tersenyum setelah mendapat kepuasan seks malam tadi. Sekian lama dia tidak merasai kenikmatan bersenggama bersama suri hatinya.

Malah sejak mempunyai anak, kehidupan seks mereka tidak seperti dulu. Di awal perkahwinan, segalanya terasa seperti di syurga. Hidup ditemani si bidadari, namun setelah Azura melahirkan anak pertama dan berpindah tempat kerja ke bahagian pulau, kehidupan mereka mula berubah. Kerap kali Azura membentak dan enggan melayani nafsu syahwatnya. Hinggakan terkadang dia merasakan seperti Azura sudah tidak sayang akan dirinya.

Pernah juga dia menemukan chat-chat Azura bersama lelaki lain, namun dia menganggap perkara itu biasa kerana kerja Azura di barisan hadapan perkhidmatan selalunya akan berinteraksi dengan ramai pihak. Dia juga tahu sifat isterinya yang ramah dan mudah mesra itu mungkin menyebabkannya ramai kenalan. Yang penting baginya hanyalah anak-anak tidak diabaikan oleh ibu mereka.

Azman kembali ke kamar, kelihatan Azura sedang bersiap-siap untuk mereka bersama-sama ke rumah Umi. Anak-anak sedang menunggu ketibaan ibu yang sangat dirindui.

"Cantik tak sayang?" Dengan nada bergurau Azura menduga Azman.

"Cantik..comel..dari zaman anak dara sampai sekarang tak pernah berubah pun abang tengok."

Tinggi menggunung pujian Azman.

Namun, itulah Azura dimatanya. Kulitnya yang mulus dan bersih,  kuning langsat. Bibir yang kecil dihiasi bahagian atasnya dengan bulu-bulu halus mirip kumis lelaki. Kening matanya yang terletak cantik, tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis. Pandangan matanya pula, pasti jatuh hati buat mana-mana lelaki yang memandangnya.

"Sweet talker nye suami sayang ni..jom abang, sayang dah siap." Azura menggantung pujian Azman padanya dalam nada bergurau. Begitulah wanita, walau dipuji dikatanya penipu. Tidak dipuji, dikatanya pula tidak sayangkan daku.

Setibanya mereka di rumah Umi, Aniq dan Daniel sedang bermain-main di dalam rumah sambil siaran televisyen memaparkan cerita kartun kanak-kanak.

"Mamaaaa! Mamaaaa! Mamaaaaaaaa!"

Teriak kedua-duanya sambil melompat dan menari di ruang tamu. Azura meluru masuk dan memeluk kedua-duanya sambil mencium pipi mereka. Begitulah keadaannya setiap kali Azura balik ke rumah dihujung minggu. Kecerian pasti terpancar di wajah anak-anaknya.

"Mama, tengok ni...Tok Umi beli mainan..." Aniq, si adik menunjuk-nunjuk mainan kereta yang dibeli oleh neneknya kelmarin. Daniel juga bergegas ke meja makan mengambil mainannya.

"Daniel ada jugak...niiiii....!" Kapal terbang mainannya di layangkan ke udara.

"Man, masuklah dulu. Umi dah buatkan air." Kedengaran suara Umi memanggil Azman masuk. Azman cepat-cepat membuang puntung rokoknya di tanah lalu dipijak-pijak.

Dia berjalan masuk ke rumah menyertai isteri dan anak-anaknya. Mereka berehat-rehat dan menikmati luncheon di rumah ibu mertuanya itu. Umi hanya tinggal bersendirian setelah bapa mertuanya meninggal dunia 3 tahun yang lepas. Baginya yang sudah kematian ibu, Umi menjadi tempatnya menumpang kasih. Dia dan Azura banyak di bantu Umi dalam hal anak-anak sekiranya perlu. Semoga Umi sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Usai makan tengah hari, mereka meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang ke rumah, Azman membawa keluarganya ke pasaraya berdekatan untuk membeli - belah keperluan dapur. Walaupun jarak antara rumah Umi dan rumah mereka dekat, dia tidak mahu bergantung sepenuhnya pada Umi untuk menguruskan anak-anak. Mungkin kerana minatnya pada memasak ataupun kerana anak-anaknya lapar, dapur rumah mereka sememangnya sentiasa berasap.

Anak-anaknya juga suka jika dibawa ke sini kerana terdapat taman permainan mini di dalamnya. Masuk juga percuma.

Azman membuka walletnya.

"Sayang...ni ada duit sikit, sayang teringin nak makan apa-apa tak? Abang tengok anak-anak kat sini..sayang pergilah tengok-tengok apa yang ada kat food court tu.." Azman menghulurkan sekeping not RM 20 kepada Azura.

"Thank you abang.." Azura tersenyum sambil menyimpan wang tersebut di dalam beg duitnya. Mata Azman tertumpu pada beg tangan Azura yang lusuh. Mujur dia sempat menjahitnya tempoh hari. Apabila keadaan mendesak, pelbagai kemahiran dan idea timbul bagi menjimatkan wang.

"Tak pe abang, nanti ada duit sayang beli baru. Gaji abang kan banyak kita guna untuk perbelanjaan dan bayar hutang..." Dia tidak malu untuk membawa beg itu ke mana-mana kerana beg itu dibeli oleh Azman. Dia sangat menghargainya.

Dari jauh, Azman memerhatikan gelagat isterinya. Dia tahu betapa isterinya sangat sukakan masakan panas claypot jika ke sini.

"Tutt..tut..tutt.." Bunyi mesej masuk ke telefon bimbitnya. Mesej daripada kawan karibnya Nabil.

"Man, jadi tak buat part time jual burger dengan aku malam esok?"

"Jadi geng. Confirm."
Azman membalas mesej tersebut lalu menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Nafas panjang dihela. Bibirnya mengukir senyuman melihat Azura yang sedang menikmati Mee Claypot. Anak-anak pula sedang leka bermain-main. Baginya, cukuplah dengan anak dan isteri sentiasa ceria dan senang hati, kerana itulah kebahagiaan hakiki baginya.

Azura Where stories live. Discover now