"Zura, boleh datang ke bilik saya tak?" kedengaran suara Haji Ramlan, bos Azura dihujung talian.
Azura bingkas bangun lalu menuju ke pejabat Tuan Haji. Dia mengetuk pintu yang dibiarkan terbuka.
"Assalamualaikum Tuan Haji ."
"Waalaikumsalam, masuklah..buat apa tercegat disitu." Lembut suaranya.
Azura pun melangkah masuk kemudian duduk di atas kerusi menghadap bosnya.
"Ada apa tuan haji panggil saya?" Tanya Azura dengan penuh kesopanan. Entah mengapa, perasaannya berasa tenang apabila melihat Haji Ramlan.
"Sebenarnya saya cuma nak tau keadaan awak kat sini. Semuanya okay ke?" Soal tuan haji sambil tersenyum. Dia menganggap semua staf ditempat kerja sebagai ahli keluarga biarpun berbeza agama dan bangsa.
"Alhamdulillah semua okay tuan haji..kawan-kawan banyak membantu, jadi saya tak rasa kekok sangat. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk jabatan kita." Azura tekun menjawab tak ubah seperti seorang murid yang menjawab kepada gurunya.
"Baguslah kalau macam tu. Saya anggap Azura macam anak saya sendiri. Kalau ada apa-apa masalah, Azura boleh direct jumpa saya, sebab saya tengok dalam profil, Azura seorang ibu tunggal. " ujar Haji Ramlan.
Azura hanya mengangguk sambil tersenyum kelat. Sebolehnya dia tidak mahu kisah peribadinya dicampur adukkan dengan kerja. Namun, ternyata bosnya itu terlebih dahulu melakukan homework. Tuan Haji mengakhiri perbualannya dan Azura kembali ke meja kerjanya. Dia mahu menyiapkan kerja yang tertangguh kerana esok hari minggu. Dia telah berjanji dengan anak-anaknya untuk membawa mereka jalan-jalan di persisiran pantai pada waktu petang.
Malam itu, sesudah makan malam Azura sedang mencuci pinggan di dapur sambil bersembang dengan Umi. Tiada insan yang lebih dekat dengannya melainkan Umi dan anak-anak. Setiap cerita pasti disampaikan kepada Umi, dan Umi juga faham akan situasi dan tekanan hidup sebagai seorang ibu tunggal kerana Umi juga pernah melaluinya.
"Zura...kalau Zura rasa sunyi, penat..Zura carilah teman..yang baik dan sudi terima cucu-cucu Umi. Umi ni dah tua, tak lama lagi dah nak pergi. Umi nak tengok Zura kembali bahagia sebagai sebuah keluarga. " Umi cuba memujuk Azura sambil mengupas buah limau.
Azura menutup tab air sinki sambil merenjis-renjis air yang bersisa di tangannya. Dia kemudian mencapai gelas berisi air putih lalu duduk disebelah ibunya.
"Zura okay la Umi. Zura tak ready lagi untuk terima mana-mana lelaki. Zura nak jaga Umi dan besarkan anak-anak. Soal jodoh, biarlah yang Maha Esa menentukan. " Ringkas dan padat jawapan Azura, membuatkan Umi tersengih. Dia tahu isi hati anaknya itu, cuma dia inginkan kepastian.
Azura bangun lalu memeluk ibunya. "Emmuahh" Sebuah ciuman singgah ke pipi Umi, lalu Azura meminta izin untuk masuk ke bilik. Zulaikha sedang merengek-rengek, memberikan isyarat kepada mama nya agar mendodoikan dia sehingga tidur. Manakala abang-abangnya telah tidur keletihan. Azura mengangkat Zulaikha dari baby coat lalu memangkunya di atas katil. Dia menyelakkan baju t shirtnya lalu menyusukan Zulaikha sehingga dia terlena. Perlahan-lahan Azura mengangkat Zulaikha dari pangkuannya lalu diletakkan kembali ke dalam baby coat.
Setelah itu, dia menuju ke almari baju dan menukar pakaiannya kepada baju tidur sebelum merebahkan badan di atas tilam. Dia memejamkan mata sambil menarik nafas panjang. Badannya terasa lemah, pinggangnya sakit dan dirinya terasa begitu lelah. Dia tidak mahu mengalah. Dia lebih sayangkan anak-anak melebihi dirinya sendiri. Biarlah dia berkorban seperti lilin yang menerangi segenap ruang hidup anak-anaknya.
Keesokan harinya, seperti yang dirancang Azura membawa Umi dan anak-anak untuk beriadah di persisiran pantai. Terdapat banyak aktiviti disediakan di sana seperti permainan layang-layang, istana pasir serta sukaneka. Riuh rendah suara Aniq dan Danial bermain layang-layang. Adakalanya iman Azura diuji dengan kerenah mereka berdua apabila bergaduh, namun semuanya hilang setelah melihat mereka tersenyum dan ketawa kepadanya.
"Assalamualaikum." Kedengaran suara lelaki seperti dikenalinya. Azura menoleh ke belakang.
"Hmmmmm..." Getus hatinya sambil dia menghela nafas panjang.
"Apa khabar Azura, mak cik. Saya Zaid, teman sekerja Azura." 3 dalam 1 salam perkenalan oleh Zaid. Umi membalas ucapan salam lantas Zaid membuka bicara ringkas sebelum Umi meminta izin membawa Zulaikha kepada abang-abangnya.
"Sembang-sembanglah dulu ye, mak cik nak tolak stroller Zulaikha ke sana dulu." Umi memberi isyarat kepada Azura agar jangan meninggalkan Zaid keseorangan.
"Zura, saya mintak maaf. Saya tak sepatutnya cakap macam tu kat awak tempoh hari. Saya takut awak salah faham. Apa yang saya cuba katakan masa tu ialah kita rakan sekerja. Jadi, kita kena sama-sama sebagai satu team dan saya harap awak tak mengelakkan diri lagi. " Zaid menyusun kata penuh adab dengan suara yang jelas.
"Okay, terima kasih. Tapi perlu ke awak ikut saya sampai ke sini?" Soal Azura sambil merenung wajah Zaid.
"Ooo..bukan...bukan saya follow awak ke sini tapi anak-anak yang ajak. Tu, bukan main seronok diorang dapat main layang-layang. " Zaid menunjuk ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang leka bermain layang-layang sambil diawasi oleh seorang wanita bertudung labuh.
"Yeke...sorry saya salah sangka pulak." Azura tersipu-sipu malu.
Zaid meminta izin untuk kembali kepada anak-anaknya lalu beredar meninggalkan Azura. Mata Azura tertumpu kepada Zaid dan anak-anaknya. Jelas nampak keakraban dan kasih sayang didalam lingkungan hidup mereka sekeluarga.
"Keluarga bahagia. Ramai anak, isterinya pun cantik dan sopan macam ustazah. Seronoknya.." Bisik hati Azura.
"Ahh kau ni jangan memandai, tak baik kacau rumahtangga orang." Hatinya yang satu pihak lagi berkeras kembali. Lamunannya terhenti disitu.
"Mama, adik nak main lagi..." Aniq merayu-rayu sambil memukul-mukul pinggang Umi. Pasti dia belum puas bermain. Namun hari semakin gelap, senja bakal melabuhkan tirainya.
"Kesian cucu Tok Umi, nanti kita datang lagi ye. Main dengan kawan-kawan baru. " Umi rancak bercerita sambil memujuk Aniq dan Danial.
"Mama, kenapa Tok Umi cakap diorang anak yatim piatu? Abang anak yatim je..tak de piatu pun kan mama?" Danial menyoal ibunya.
"Kawan-kawan baru abang tadi ke?"
Soal Azura sambil menghidupkan enjin keretanya.
"Sebab Tuhan lebih sayangkan ibu dan ayah diorang abang...kasihankan..sebab tu Tok Umi sedekahkan duit untuk diorang tadi kat Acik Zaid, kawan mama.." Umi menjawab sambil tersengih dengan sengaja.
"Siapa Umi!?" Azura menarik kembali handbrake yang baru dilepaskan.
"Tuuu..." Umi dan Danial menunjuk jari kehadapan.
Sebuah van putih melintas lalu. Zaid Riezman memandunya, kelihatan dirinya melambai-lambai tangan sambil dituruti anak-anak syurga di tempat duduk belakangnya.
Azura membaca tulisan yang ada pada sisi badan van tersebut.
"Rumah Anak-Anak Yatim Raudhatul Iman."
Azura mengangkat kening.
"Mungkin.....? hmmm..tak lah kot..Zura, don't ever think about it!"
Dia kemudiannya membelokkan kereta lalu. meneruskan perjalanan pulang ke rumah..