Azura 1

18.9K 96 1
                                    

'Babe, sini la..kenapa I tengok u malam ni macam runsing je?"

Ikmal mencuit pipi Azura. Dipeluknya tubuh genit wanita yang dicintainya itu serapat yang mungkin. Sambil matanya tidak lepas memandang permainan futsal yang sedang berlangsung di hadapan mereka.

Azura mengelamun jauh mengimbau kembali saat remajanya yang begitu ranjau dan berduri. Tiada siapa yang tahu remuk redam hatinya terhadap makhluk bernama lelaki.

Dilemparkan senyuman manisnya lalu dilentokkan kepalanya pada bahu Ikmal.

"Tak ada apa-apa awak. Jom kita balik, esok saya kerja."

Ikmal akur lalu bangun meninggalkan perlawanan futsal yang masih dalam permainan.

Tidak banyak bicara yang muncul dari bibir Azura malam Ini. Sepanjang perjalanan mereka, Azura hanya khusyuk mendengar lagu yang berkumandang dicorong radio kereta Ikmal.

"Okay..dah sampai.." Ikmal memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah kedai lalu turun lalu bergegas membuka pintu dibahagian penumpang hadapan. Azura melangkah keluar dan Ikmal seperti biasa cuba untuk mengucup pipi kekasih hatinya itu namun Azura kelihatan seperti tidak membenarkannya. Ikmal akur lalu menyambar tangan kanan Azura dan menciumnya persis seorang gentleman.

Azura melangkah naik tangga ke bilik sewanya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai tersebut. Pintu dibuka lalu kuncinya digantung pada keybox. Satu persatu persalinannya dibuka hingga hanya tinggal pakaian dalamnya sahaja. Lalu dia berdiri dihadapan cermin dan memerhatikan tubuh badannya yang semakin hari semakin dimakan usia.

Setelah seketika, tangan kanannya membuka cangkuk baju kanannya lalu ditanggalkan, menyerlahkan buah dadanya yang masih tegang dan membulat. Buah dada inilah yang menjadi kegilaan ramai lelaki diluar sana.

Azura kemudian merebahkan tubuhnya di atas katil. Matanya terpejam menikmati saat rehlah yang begitu menyamankan.

"Tut...Tut..."

Telefon bimbitnya berbunyi.

Azura mencapainya lalu membuka mesej.

"Kami semua rindukan mama :-)"

Azura Where stories live. Discover now