Kringgggg
"Okey, itu saja untuk hari ini. Ustaz harap awak semua bersemangat untuk belajar bukannya malas. Ingat ibu ayah awak hantar awak ke sekolah untuk belajar jadi orang yang berjaya mencapai cita-cita awak sendiri." Tutur Fariz sebaik saja loceng rehat berbunyi.
"In Shaa Allah, ustaz." Jawab mereka.
"Bangun!" Razif bersuara.
Terus mereka yang seramai 25 pelajar bangun serentak.
"Terima kasih Ustaz Fariz!"
"Terima kasih Ustaz Fariz!"
"Sama-sama." Fariz pun menyandang begnya lalu keluar daripada kelas 3 Bestari. Perutnya yang berbunyi membuatkan dia berasa sangat lapar. Mujur lah memang sekarang ini waktu rehat dirinya. Langkahnya di atur menuju ke tangga untuk ke kantin.
Setelah memastikan Fariz sudah tidak lagi kelihatan di kawasan koridor kelas mereka, Fatin menjerit teruja.
"Hensem bodoh Ustaz Fariz tu arghhhhhh lelaki idaman malaya gitu!" Fatin menjerit suka. Kedua-dua belah tangannya di cantum kerana terlalu teruja.
Siapa je tak teruja apabila ada ustaz yang hensem mengajar kelas mereka kan? Lebih-lebih lagi yang berstatus bujang. Perhhhhh peratus untuk pelajar perempuan mengorat ustaz tersebut kemungkinan amat tinggi.
"Kesian Ustaz Fariz. Dah lah dikatakan hensem, kena bodoh pula tu ish ish ish teruk betul perangai pelajar yang bernama Fatin ini." Ain menggeleng kecil seraya mengusik sahabatnya itu.
Hensem?
Hmmm, pada pandangan matanya memang benar Ustaz Fariz itu hensem tapi dia langsung tidak tertarik akan kekacakkan yang di miliki oleh ustaz barunya itu. Lagi pun Ustaz Fariz itu pengajar mereka, gila apa nak mengorat pengajar mereka sendiri. Setakat cuci mata tu boleh lah.
"Ish kau ni, support lah member sikit." Cebik Fatin. Hilang terus moodnya apabila Ain berkata sedemikian. Cuci mata je, tu pun tak boleh.
"Support member buat zina mata? Memang tidaklah." Balas Ain selamba.
Fatin tersentak.
Deep weh deep!
Khairunnissa dan Atiqah menahan diri daripada menghamburkan ketawa. Setepek kena ceramah ringkas daripada Ain. Jangan di buat main dengan Ain. Sekali kena tazkirah daripada Ain, terdiam terus.
"Cikgu Johan on the way guys!" Ujar Amru yang ternampak Cikgu Johan yang sedang jalan menuju ke arah koridor bahagian kelas mereka.
"Perhhh on time sungguh Cikgu Jojo tu datang."
"Bila je dia tak on time? Tapi kalau lambat memang lambat betul masuk mengajar." Kata Siddiq.
"Itu lah tu." Sokong Alif.
"Tapi aku suka sebab takkan belajar hahahaha...." Gelak Fatin di ikuti Khairunnissa dan Atiqah. Ain hanya menyungging senyuman senget sahaja. Nampak sangat pemalas, ish ish ish...
"Teruk betul perangai korang ni. Kan tadi Ustaz Fariz baru je cakap ibu ayah hantar kita pergi sekolah untuk berjaya bukannya datang sekolah jadi malas nak belajar." Tegur Ireena yang terdengar perbualan mereka berenam.
"Eh tiber menyampuk apa hal?" Kerut Fatin dengan wajah yang jelas kurang senang dengan Ireena yang tiba-tiba saja menyampuk perbualan mereka.
Minta perhatian ke apa?
"Takde hal saja cakap kut lah lupa apa yang Ustaz Fariz cakap tadi. Manusia kan kena saling ingat mengingati antara satu sama lain." Balas Ireena dengan sinis.

YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Teen Fiction[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...