Bab 37

530 55 38
                                    

"Allahuakhbar, terbabas." Terkocoh-kocoh Ain keluar daripada bilik menuju ke bawah menuju ke ruang dapur. Sungguh dia terlajak bangun mahu membasuh selimut Fariz yang berada dalam mesin basuh.

"Eh Ain, nak ke mana laju-laju ni?" Tegur Umairah dengan pelik apabila melihat Ain tergesa-hesa menuju ke dapur.

"Erkk nak basuh baju." Jawabnya dengan jujur.

"Oh, nak basuh baju ke? Umi dah basuh tadi rasanya umi tengah jemur kat luar tu."

Ain terkejut.

"Iya ke?"

"Ha'ah, kenapa? Ada baju yang Ain nak basuh ke?" Soal Umairah dengan aneh.

"Aaa takde hehehe ingatkan nak basuh baju tapi terlajak bangun pula. Saya nak tolong buat apa yang patut. Segan saya takde benda nak dibuat."

Umairah tertawa kecil. Comel pula tingkah Ain dia lihat. Patutlah kawan-kawannya suka kenenkan Ain dengan Fariz. Dah lah comel, baik, sopan pula tu. Mereka pun senang dengan kehadiran Ain dekat sini.

"Ain jangan risau lah. Takde apa yang nak disegannya. Kita kan keluarga. Kalau semua Ain nak buat, habis kami nak buat apa? Bosanlah kami Ain." Seloroh Umairah tidak mahu Ain berasa segan pada mereka.

Ain sengih menayang gigi.

"Awak nak ke mana?" Soal Ain pada Umairah.

"Saya nak pergi surau. Harini ada kelas taranum."

"Oh yeke? Maaf kacau masa awak."

"Hahahaha takde apa lah, saya pergi dulu ya." Pamit Umairah sebelum melangkah ke ruang tamu. Rupa-rupanya Hawa, Nadhirah, Khaulah, Nusaibah dan beberapa orang lagi sedang menunggu Umairah untuk pergi kelas taranum bersama-sama.

Seronok Ain melihat mereka yang amat mencintai ilmu agama daripada mencintai dunia. Entah bila lah dia akan jadi seperti mereka.

In Syaa Allah, mungkin satu hari dia akan jadi seperti mereka.

Elok je dia masuk dapur, Umi Ana sudah pun berada di tepi pintu sambil memegang bakul kain yang sudah kosong.

"Umi..." Sapa Ain dengan senyuman.

Umi Ana membalas senyuman Ain.

"Ain, umi nak ucap terima kasih ya sebab tolong Fariz malam tadi. Sungguh umi tak sedar yang umi terlelap dekat dalam bilik umi lepas umi solat sunnat." Tutur Umi Ana pada Ain yang sedang mengambil air di dalam peti sejuk. Dia tahu pun sebab Fariz yang cerita padanya saat melihat tompokan muntah pada selimutnya yang berada dalam mesin basuh.

"Eh takde apa lah umi. Apa lah sangat yang Ain buat berbanding jasa Ustaz Fariz dan umi pada Ain. Ain hanya mampu tolong apa yang Ain mampu je umi."

Tersenyum Umi Ana dengan sikap rendah hati Ain itu. Jujur dia sudah berkenan dengan sikap Ain yang rendah hati, sopan dan lembut itu. Tak ramai anak gadis di luar sana yang mempunyai akhlak sebaik Ain.

Ada tapi tak ramai. Boleh dikatakan dalam sepuluh orang hanya ada dua orang sahaja yang seperti Ain.

"Umi..." Suara serak yang garau itu membuatkan Ain dan Umi Ana berhenti berbual.

"Fariz nak makan?" Soal Umi Ana apabila wajah pucat Fariz menyapa pandangan matanya.

Fariz mengukir senyuman nipis sambil mengangguk kecil. Saat matanya bertentang dengan mata Ain, dia mengukir senyuman buat si gadis itu.

Ain cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Wajahnya mula merona merah. Tiba-tiba fikirannya teringat di mana dia menampal cool fever pada badan Fariz yang tidak berbaju. Lagi merah wajahnya. Malu!

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now