"Rumah siapa ni?" Soal Bob dengan hairan.
Fuad dan Halim mengunyah keropok yang sempat mereka beli di kedai runcit. Fitri je takde sebab main futsal.
"Rumah manusia lah takkan rumah alien." Balas Halim melawak.
Bob memandang Halim. Haaa lawak sangattt...
"Rumah suami ex crush kau." Jawab Fatin dengan selamba. Loceng di tepi pagar ditekan.
"Apa? Kau serius lah?" Sumpah muka Bob waktu ini serupa muka beruk terkejut. Hodoh amat!
"Yes brother. Ni rumah laki ex crush kau." Sengih Siti padanya apabila Bob ragu-ragu dengan apa yang dikatakan oleh Fatin.
Mereka tak bergurau okey!
Shahrul yang tak tahu nak cakap apa hanya diam saja. Matanya melilau melihat halaman rumah di depan mereka ini. Cantik dan kemas je. Rumah siapa ni?
Tak sempat Bob bersuara, pagar rumah pun terbuka secara automatik.
Fatin masuk ke dalam umpama dia lah tuan rumah. Dia mana tahu malu, hahahahaha...
Siti turut masuk mengekori langkah Fatin yang semakin laju menuju ke pintu rumah. Suka atau pun tidak, Bob melangkah jua dengan perasaan yang berat. Shahrul pula jalan beriringan dengan Bob. Dia kurang faham sebetulnya.
Fatin cakap ni rumah suami ex crush Bob? Crush Bob dah kahwin? Bob crush dengan orang yang lebih tua daripada mereka ke?
"Assalamualaikum, puan rumah!" Ucap Fatin dengan kuat sambil mengetuk pintu.
"Waalaikumsalam, ya aku tahu lah korang dah sampai. Tak payah lah ketuk pintu macam nak roboh." Jawab Ain dengan jelingan tajam sebaik sahaja dia membuka pintu.
Fatin menayang sengih dengan wajah bersahaja.
"Tak nak jemput kitorang masuk ke? Panas ni." Siti mengipas-ngipas wajahnya yang sudah berpeluh. Jalan kaki waktu macam ni memang berpeluh lah. Pukul empat Fatin ajak keluar. Awal betul!
"Masuklah..." Ain membuka pintu luas-luas untuk mereka masuk. Matanya sempat menangkap senyuman nipis dari Bob. Seketika dia berkerut melihat Shahrul.
Siapa pula dia ni?
"Oh lupa ni Shahrul, budak baru class kitorang. Dia join sekali, kau okey kan?" Kata Fatin memperkenalkan Shahrul pada Ain.
Ain senyum kecil pada Shahrul walau Shahrul tidak nampak dia senyum di sebalik niqab yang dipakainya.
Shahrul melihat Ain dengan wajah hairan. Ni ke ex crush Bob? Tapi kenapa nampak macam baya mereka je? Rapat pula tu. Pelbagai soalan bermain dalam fikirannya.
"Aku tahu kau banyak benda nak tanya, chill je. Dia ni kawan kitorang, sahabat dunia akhirat Fatin. Kawan daripada kecik lagi. Family Fatin pun dah anggap Ain ni macam anak angkat." Ujar Halim tanpa dipinta.
"Ohhh..."
"Weh, cuba kau tengok ni!" Fuad memanggil Halim.
"Ada apa?" Soalnya sambil melangkah ke arah Fuad.
Fatin turut melangkah ke arah Fuad yang asyik melihat gambar-gambar yang tersusun elok dalam ruangan kabinet kaca.
"Perhhh style siaaa gambar ni. Gaya macam rockers pun ada." Kata Halim dengan teruja.
Gambar Fariz yang memakai bandana di kepala menarik perhatian mereka.
"Wuishhh hensem siaa laki kau, Ain! Arghhh hensem siot!!!" Fatin menjerit kecil.
![](https://img.wattpad.com/cover/288095981-288-k623225.jpg)
YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Teen Fiction[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...