Ilman mengesat air matanya yang jatuh mengalir. Dia tertawa kecil. Rasa macam bodoh pula menangis depan bekas ustaznya dan adik Ainul. Dia menangis air mata darah sekali pun masa tidak dapat diundur semula.
Wajah kecewa Ilman direnung lama sebelum dia bersuara.
"Awak nak berkahwin dengan Ainul atas sebab awak nak bertanggungjawab sahaja kah?" Soal Fariz.
Ilman menggeleng.
"Saya cintakan Ainul. Punca saya mengandungkan Ainul pun sebab saya cemburu bila Ainul asyik cakap nak rampas ustaz dari Ain. Dia sakit hati bila Puan Suri asyik bercerita tentang kebahagian ustaz dengan Ain dekat Ainul. Berbuih-buih mulut saya nasihatkan dia tapi dia tetap dengan dendam dia. Saya tak fikir panjang terus buat benda tu dan ya saya berjaya. Ainul pun dah lupa hal ustaz dengan Ain sebab terlalu risau dengan apa yang akan berlaku dalam hidup dia lepas ini. Sorry Ain, aku buat kakak kau macam tu. Aku buat macam tu sebab aku tak nak hilang dia. Aku betul-betul cintakan dia."
Ain terkejut mendengar kenyataan tersebut. Sampai macam tu sekali Ainul bencikan dia? Ainul hampir mahu merampas Fariz daripadanya? Matanya dipejam seketika.
"Kalau itu yang awak katakan saya akan cuba tolong awak."
Ilman memandang Fariz dengan wajah tidak percaya.
"Be-betul ke ustaz?"
Fariz senyum sambil mengangguk kecil.
"Ustaz tak marah saya ke?"
"Kenapa saya perlu marah?"
Soalan berbalas soalan.
Ilman menggaru kepalanya.
"Sebab saya dah buat dosa besar." Tuturnya perlahan.
"Tapi awak dah bertaubat. Saya bukan Tuhan untuk menghukum awak, Ilman. Sebarang kerja Tuhan manusia tiada hak untuk melakukannya."
Terharu Ilman mendengarnya.
"Jomlah kita pergi jumpa ibu dengan ayah mertua saya."
"Sayang nak ikut boleh?" Pinta Ain dengan pandangan redup.
"Sayang okey ke?" Bukan dia tak nak bagi tapi dia takut emosi Ain diusik oleh Encik Karim. Dia masih tidak boleh menerima segala kata-kata yang dilemparkan oleh Encik Karim pada Ain dulu.
Ain senyuman nipis.
"Sayang okey je."
"Kalau sayang okey, abang pun tak kisah. Jom lah dah petang ni."
Mereka bertiga pun melangkah ke arah kereta Fariz setelah Fariz mengambil barang-barang peribadinya. Setelah itu, Fariz memandu menuju ke rumah Ain. Mereka bertiga langsung tidak bercakap apa-apa. Diam sahaja.
"Abang, berhenti sekejap. Sayang nak beli cendol tu." Dia menunjuk ke arah kedai yang menjual cendol di tepi jalan masuk simpang kawasan taman perumahannya.
"Mengidam ya?" Usik Fariz. Petang-petang macam ni sedap juga makan cendol.
"Hehehe ternampak pula." Sengih Ain malu-malu.
Fariz tergelak. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di depan kedai itu.
"Biar abang yang beli." Fariz menanggalkan seatbeltnya lalu membuka pintu.
"Abang, beli enam tau! Dua tu asing!" Pesan Ain sedikit kuat.
Membulat mata Fariz.
"Banyaknya sayang..."
"Untuk orang dekat rumah sekali lah." Cebiknya. Nak cakap dia makan banyak lah tu.
Fariz gelak mengekek. Saja je nak mengusik. Tak perlu Ain pesan dia sendiri akan beli banyak untuk ke rumah ibu mertuanya.

YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Ficção Adolescente[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...