Bab 41

618 65 8
                                    

"Hahahahahahahahaha...."

Ain merengus geram. Suara gelak Fatin yang tiada tanda-tanda mahu berhenti itu membuatkan dia mencebik.

Eh eh suka pula dia ketawakan orang.

"Weh dah dah lah tu gelaknya, tak kelakar bengong." Ujarnya dengan nada tidak berpuas hati.

"Hahahahaha hahahahaha hahahahaha..."

"Fatin! Aku tutup call karang."

"Hahahaha alaaaa jangan lah macam tu tapi hahahaha kelakar bodoh! Hahahaha Ya Allah terhiburnya aku dengar cerita kau ni hahahahahaha...."

"Fatin Nur Athirah Binti Samsudin."

"Ya saya, Nur Ain Nuha Binti Karim."

Ain berdecit apabila Fatin masih lagi mahu menyakatnya. Ada yang kena lepuk kejap lagi ni.

"Dah lah bye."

"Eh eh okey-okey aku dah tak gelak dah. Kau ni chill-chill sudah lah. Asyik nak marah je. Muka cepat berkedut nanti ustaz cari bini baru padan muka kau."

"Biarlah dia nak cari bini baru ke apa bukannya aku kisah pun." Balas Ain dengan nada geram. Masih geram dengan Fatin yang suka buat dia geram.

"Amboiii iyela tu tak kisah, sekali dapat madu yang meletop mahu menangis kau nanti hah. Masa tu kau jangan cari aku nak mengadu nasib. Tak kisah konon."

"Kau ni eeeiii tak baiklah buli aku macam ni." Ain berwajah monyok. Rasa menyesal pula cerita kejadian pagi tadi pada Fatin. Ingatkan dapatlah semangat ke apa alih-alih kena bahan dengan member sendiri. Hampeh betul.

"Laaa bila masa pula aku buli kau? Ada ke aku sentuh-sentuh kau? Takde kan? Aaaa jangan fitnah aku ya Puan Ain."

"Memanglah kau takde sentuh aku tapi kau sentuh mental aku."

"Eh aku ada bau sesuatu lah."

Ain berkerut hairan.

"Bau apa?" Soal Ain.

"Bau orang cemburu."

Ain berdecit. Ni yang malas ni. Suara Fatin yang ketawa mengekek itu amat menjengkelkannya.

"Eh kau ada mana? Rumah ke?" Soal Ain seraya menukar topik perbualan mereka berdua. Kalau dibiarkan memang sampai malam Fatin tidak berhenti ketawa. Apa yang kelakar sangat pun dia tak tahu lah. Mudah sangat terhibur.

"Aku tengah jalan-jalan ni hah. Saja nak ambil angin. Kau tahu kan bulan depan nak PT3 dah, nervous sehhh..."

Membulat mata Ain. Sungguh dia terlupa tentang exam besar itu. Entah kenapa dia pun ikut nervous sama walaupun dia sudah tidak lagi bersekolah. Rindu pula nak belajar sama-sama dengan Fatin.

"Eh ha'ah kan aku lupa gila bulan depan dah nak PT3. Bestnya korang, jealous pula aku." Dia teringin sangat nak ambil exam tersebut tapi mustahil. Pelajaran pun dia sudah jauh kebelakang.

"Otak kau best, kau sedap lah tak ambil exam. Patutnya aku yang kena jealous dengan kau. Hah tak pun macam ni, kau menyamar lah jadi aku. Kau jawab exam, aku duduk rumah goyang kaki. Amacam? Bernaskan idea aku."

"Ha'ah bernas sangat tu. Tapi sebelum tu kita kena operate muka dulu lah. Kos rawatan kau sponsor. Lepas tu Ustaz Fariz hempuk kau sebab ajar aku benda mengarut."

"Ceh, tahu lah dah kahwin. Bapak sendu siaa hidup aku. Weh, aku nak masuk minang Abang Ziyad boleh tak? Aku pun nak kahwin juga! Kau tolonglah adjust Abang Ziyad tu dekat aku."

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now