Ain menguap kecil sambil menggosok matanya. Kuyu saja matanya kerana kurang tidur untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya yang perlu dia hantar pada hari ini.
Dia berjalan menyusuri koridor bawah menuju ke belakang blok rumahnya di mana tempat biasa dia dan yang lain-lain menunggu van sekolah.
Sampai saja di tempat menunggu van, hanya kelihatan Bob saja yang berada di ruang menunggu itu. Siti serta budak-budak lain tiada di situ. Hmmm, kejap lagi sampai lah tu.
Ain melangkah menghampiri Bob. Wajahnya berkerut hairan. Dia melihat wajah Bob seperti muram saja. Ada masalah ke?
Dia duduk di sebelah Bob tetapi masih ada jarak antara mereka berdua.
"Bob, kau kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Ain ingin tahu. Tak pernah-pernah dia melihat Bob seperti ini.
Bob tersentak. Dia menoleh ke sebelah kanannya. Hampir saja dia melatah apabila Ain duduk di sebelahnya.
"B-bila kau sampai?" Soalnya sedikit gugup.
Ain ketawa kecil.
Bob terpesona melihat senyuman di wajah Ain itu. Comelnya...
"Tu lah termenung je kerja kau sampai aku datang duduk sebelah kau pun tak perasan. Baru je aku datang." Balas Ain dengan ketawa kecil. Kelakar melihat wajah Bob yang terkejut itu.
Bob tersengih.
"Kau kenapa? Muram." Tanyanya buat kali kedua.
Bob kembali muram. Keluhan kecil dilepaskan. Dia menggeleng kecil.
"Takde apa lah. Kau jangan risau. Biasa lah pagi-pagi ni takde mood nak pergi sekolah. Tu je." Jawab Bob dengan sengihan.
Ain mengangguk kecil. Faham sangat situasi macam tu. Pagi-pagi memang mood ke laut. Padahal tak ada apa pun yang berlaku.
"Amboi, kemain dating berdua korang ya!" Jerkah Siti sambil menepuk bahu Ain dengan kuat.
Ain berdecit sakit.
"Sakit lah gila!" Ain menggosok lembut bahunya. Siti kalau pukul orang memang tak bertempat. Ringan je tangan tu naik memukul. Geram pula rasa.
Siti tersengih.
"Sorry... "
Ain mencebik.
Sorry-sorry, sorry naik lori!
Tak lama kemudian, Fitri serta budak-budak lain pun datang ke arah mereka.
"Huwarghhhh mengantuknyaaaa...." Fitri menguap besar. Dia mengecilkan matanya untuk melihat jalan yang dia lalu supaya tidak tersadung.
"Eeiii menguap tu tutup mulut lah. Hodoh betul rupa." Tegur Rizwan apabila Fitri menguap di sebelahnya.
Fitri hanya buat bodoh saja. Dia terlalu mengantuk rasa nak tidur semula.
"Kau apehal muka mengantuk sangat ni? Layan PUBG sampai empat pagi ke bro?" Soal Halim dengan kening terangkat.
Fitri tersengih. Benar dan tepat sama sekali, hehehehe....
Halim menggeleng kecil. Faham sangat Fitri yang gila game. Main tak ingat dunia. Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni? Handphone je dekat tangan. Nasib baik jenis bergaul dengan orang. Kalau tak hmmm mati je lah dengan handphone tu.
"Selamat pagi Cik Mat!" Sapa Siti dengan ramah apabila kelihatan Cik Mat yang merupakan pemandu van mereka jalan menuju ke arah mereka. Lebih tepat lagi ke arah vannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/288095981-288-k623225.jpg)
YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Teen Fiction[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...