"Bapak susah gila soalan dia weh! Ya Allah, kbat betul soalan dia sampai tahap aku rasa macam erghhh amende siaaa jammed kepala otak aku."
"Yeke kbat? Atau kau tak study sebab tu kau kata soalan dia terlalu kbat untuk kau jawab?" Usik Ain dengan sengihan.
"Eh cantik sikit ehhh aku study okey. Kau tahu tak soalan ramalan yang cikgu bagi yang kononnya masuk exam tak keluar mat. Satu soalan pun tak keluar wehhh gila stres aku. Nasib baik aku terdetik nak baca tajuk yang lain juga."
Rungutan demi rungutan yang Ain dengar daripada Fatin tentang exam sejarah dan geografi. First day exam dah nak pecah kepala otak, belum kertas yang lain lagi.
Bunyi pintu bilik air terbuka menarik perhatian Ain. Susuk tubuh Fariz yang bertuala paras pinggang menyapa pandangan matanya. Namun, cepat-cepat dia larikan matanya daripada menatap badan sasa Fariz itu. Fuhhh perut Fariz ada six pack! Mengancam!
"Tu lah time cikgu mengajar kau tidur. Bila cikgu tanya ada soalan ke tak kau tak nak tanya. Aaaa padan muka kau, hahahaha..." Bahan Ain lalu ketawa mengekek. Seronok dapat membahan Fatin yang dilanda kestresan itu. Muahahahaha...
"Kau biadap ya. Sampai hati kau gelakkan aku..."
Makin kuat Ain ketawa. Bukan senang dapat mengusik Fatin. Selalu dia je yang kena. Jadi dia nak manfaatkan peluang yang ada ini.
Fariz menoleh ke arah Ain yang ketawa tidak henti itu. Amboi, kemain suka. Apa lah yang diboraknya itu.
Siap pakai baju, dia mendekati Ain yang sedang duduk berbual di atas katil. Tanpa berkata apa-apa dia merebahkan kepalanya atas paha Ain. Wajahnya disembam pada perut Ain.
Ain keras kejung. Jantungnya berdegup kencang. Segala bebelan Fatin sudah tidak lagi dia dengar. Perlahan-lahan dia melihat ke bawah. Mata Fariz sudah terpejam rapat.
Dah lena kah?
Bibirnya mengukir senyuman kecil. Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katil untuk mencari keselesaannya. Sebelah tangannya yang tidak memegang apa-apa mengusap lembut rambut Fariz yang masih basah.
Wajah Fariz yang sedang lena itu ditatap. Jelas raut wajah Fariz kelihatan penat. Mungkin sebab itu Fariz ingin tidur sebentar.
"Woi mak cik kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"
Ain terkejut. Matanya terkerbil-kerbil.
Lupa pula dia sedang on call dengan Fatin, hahaha....
"Ya dengarlah, dah puas membebel? Daripada kau membebel baik kau study. Esok paper apa?" Suaranya diperlahankan agar tidak mengganggu tidur encik suami.
"Perhhh menghalau nampak? Nak sweet-sweet dengan encik abang ke tu? Haishhh sendu siaaa hidup aku. Aci tak lepas PT3 aku nak masuk minang Abang Ziyad?"
Memang bertuah si Fatin ni. Elok sembang pasal PT3 laaa sempat juga nak selit nama Ziyad. Gatal sungguh anak Puan Murni ni.
"Bukan menghalau lah senah. Kau tu nak exam esok bawa-bawalah study sikit. Ini tidak sibuk fikir pasal anak teruna orang. Kau nak Abang Ziyad tapi Abang Ziyad nak kau ke?"
"Of courselah dia nak aku. Aku cantik apa, meletup gebaboom gitu. Alaaa chill lah bagi aku rehatkan minda aku yang stres jawab paper tadi hilang. Malam nanti boleh study juga. Esok pagi sebelum nak jawab exam pun sempat lagi."
"Ish ish ish teruk punya perangai."
"Hehehehe biasalah aku kan hahahaha..."
Ain mencebik.

ANDA SEDANG MEMBACA
INDAHNYA SABAR √√
Fiksi Remaja[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...