Fariz yang baru keluar daripada bilik air tersenyum apabila melihat pakaian kerjanya sudah siap digosok dan di gantung di ampaian. Pasti Ain gosok sewaktu dia tengah mandi.
Kelibat Ain tidak kelihatan dalam bilik. Pasti ada di bawah. Tengah masak mungkin?
Segera dia bersiap untuk ke sekolah. Hari pertama ke sekolah setelah cuti sakit sekali gus menjadi suami orang.
Tidak perlu berlama-lama, dia segera turun ke bawah setelah mencapai barang-barangnya. Bau ayam goreng menyapa hidungnya.
Betul tekaannya, Ain sedang masak.
Bibirnya mengukir senyuman.
"Selamat pagi Ain." Ucapnya sambil menyinsing lengan kemejanya hingga paras siku.
Ain yang sedang lap peluh terkejut apabila Fariz berada di belakangnya.
"Hah? Hah selamat pagi juga." Balasnya dengan gugup. Aroma minyak wangi yang dipakai oleh Fariz menusuk ke dalam hidungnya.
Suami siapa yang wangi ni?
Fariz melihat apa yang dimasak oleh Ain. Ada ayam goreng dengan sambal telur mata. Kobis goreng pun ada. Uish kenyang lah dia.
"Ustaz nak minum apa?" Soal Ain setelah siap menghidang makanan untuk Fariz. Dia agak tergesa-gesa kerana Fariz akan menghantarnya ke madrasah sebelum pergi kerja. Sebab itu selepas solat subuh terus dia mandi dan turun masak sarapan untuk Fariz.
"Takpe saya boleh buat sendiri. Awak nak minum apa?"
Ain terkedu apabila Fariz mengelap peluhnya dengan tisu.
Fariz hanya senyum saja sambil mengelap peluh yang mengalir di sekitar wajah dan leher Ain dengan lembut.
"T-tak kisah asalkan bukan coffee ya us-... erkk a-a-abb-abang..." Terbelit-belit lidahnya.
"Hah? Apa? Tak dengar. Ulang sekali lagi." Dia tak salah dengarkan? Ain panggil dia abang kan? Kan? Kan?
Ain berdehem kecil. Haish, kau boleh Ain. Fighting!!!
"Tak kisah asalkan bukan coffee."
"Ada sambungan lagi kan?"
"Hah? Erkk ma-mana ada sambungan."
Fariz menyengetkan wajahnya agar dia dapat melihat wajah Ain dengan jelas. Merah sudah wajahnya, hahahaha...
"Yeke? Saya rasa tadi awak ada sebut sesuatu yang membuatkan hati saya berdegup kencang dan ada berjuta ekor rama-rama berterbangan dalam perut saya. Can you say it again?" Pinta Fariz dengan nada yang romantis.
Naik meremang bulu roma Ain mendengarnya. Waduh waduh waduh.... Boleh cair macam ais krim dia begini.
"Ehem... A-aaa..."
Ternaik-naik kening Fariz mahu mendengar panggilan keramat itu keluar dari mulut Ain.
"Abang!" Ain memejam matanya sambil mengemam bibirnya. Malu weh!
Tersenyum-senyum Fariz mendengarnya.
"Say it again, sayang..."
Makin memerah wajah Ain jadinya.
Ya Allah, dah kenapa dengan Fariz nak sweet-sweet ni? Tak pasal-pasal author yang kena marah sebab terlalu sweet.
"Abang Fariz..."
"Ya sayang..."
Ain kejung. Perutnya terasa keras sahaja.
Oksigen! Mana oksigen? Dia perlukan oksigen sekarang ni!

YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Teen Fiction[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...