Blip blip blip
Bunyi notyfication whatsapp daripada handphone Fariz menarik perhatian Ain yang sedang mengemas katil. Matanya terpaku pada handphone jenama oppo yang terletak atas meja.
Blip blip blip
Ain menjadi hairan.
Pagi-pagi lagi kemain rancak notyfication masuk. Ada apa-apa yang menarik ke?
"Haish, lantak lah." Dia menggeleng kecil. Takkan lah dia nak pecah masuk privacy Fariz pula kan? Walaupun Fariz suaminya tetapi dia tetap menghormati privacy handphone Fariz.
Klak
"Sayang dah siap kemas ke?" Tegur Fariz sambil mengelap rambutnya yang basah. Matanya menatap wajah Ain yang seakan-akan terkejut dengan tegurannya.
"Hah? Erkkk dah siap dah. Abang punya bekal ada atas meja. Pakaian abang pun sayang dah gantung."
Fariz mengangguk kecil dengan senyuman.
"Kalau sayang penat, jangan paksa diri okey?" Dia tak nak Ain bersusah payah pagi-pagi kerananya. Dia rasa macam menyusahkan Ain pula.
Lepas solat subuh masak untuk dia bawa bekal, sediakan pakaian kerjanya dan mengemas bilik sementara dia mandi untuk bersiap-siap pergi kerja.
Sepanjang mereka berdua menjadi suami isteri amat jarang dia melakukan sebarang kerja rumah kerana di tegah oleh Ain. Ain yang akan buat semua perkara tentang hal dalam rumah.
"Sayang tak pernah ada rasa penat bila perkara tu ada kaitan dengan abang. Malah sayang rasa sayang lagi happy dan semangat buat yang terbaik untuk abang." Kata Ain dengan senyuman manisnya.
Tersentuh hati Fariz mendengarnya.
"Sayang ni makin sweet lah. Geram pula abang dengan sayang ni."
Ain tergelak.
"Takdenya, dah cepatlah pakai baju tu. Sayang tunggu abang dekat bawah ya."
"Sayang tolonglah pakaikan." Pinta Fariz dengan senyuman nakal.
Langkah Ain mati. Entah kenapa bulu romanya naik meremang.
"A-abang jangan nak mengada aeee pakai sendiri." Wajahnya mula merona merah.
"Ala sayang.... Boleh laaa sayanggg..." Makin meleret-leret nadanya.
"Okey bye." Cepat-cepat Ain keluar dan menutup pintu bilik dengan jantung yang berdegup laju.
Astaghfirullahalazim... Dah kenapa suami dia ni? Seram betul!
Terkekek-kekek Fariz ketawakan Ain. Hahahaha tahu takut! Hahahaha....
Fariz segera bersiap apabila jarum jam sudah berada di nombor tujuh dan jarum panjang berada di nombor lima. Okey, dia hampir terlewat.
Ain menunggu Fariz di meja makan untuk sarapan bersama-sama. Jam di screen handphone di lihat. Hmmm, macam tak sempat je nak sarapan sama-sama.
"Sayanggggg!!!"
Terkejut Ain dibuatnya. Bunyi derapan kaki yang laju menuruni anak tangga menyapa pendengarannya. Tak sempat dia bersuara, Fariz sudah pun muncul di dapur.
"Sayang suap abang boleh? Abang dah lambat." Pinta Fariz tiba-tiba.
"Hah? Hah okey okey." Otak Ain blur tapi dia turuti saja kemahuan Fariz itu.
Sopan je Ain menyuap Fariz. Fariz mengunyah bihun goreng dengan agak laju. Sesekali dia meneguk milo panasnya. Hampir separuh baki bihun goteng dalam pinggannya, Fariz menahan tangan Ain.

YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Teen Fiction[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...