Bab 12

446 44 4
                                    

Ain merenung pemandangan luar tingkapnya dengan pandangan kosong. Tiada apa yang menarik perhatiannya. Dia hanya termenung jauh memikirkan apa yang telah berlaku pada hidupnya.

Kenapa hidup dia tidak seperti orang lain? Kenapa keluarga dia tidak seperti keluarga orang yang normal? Kenapa hidup dia mesti jadi begini? Kenapa? Dia memang tak layak nak rasa bahagia ke walaupun sedetik?

Air mata kembali mengalir pada wajahnya tetapi tiada sebarang esakan yang terbit di bibirnya. Dia sudah penat menangis. Tekaknya perit untuk mengeluarkan suara dek kerana terlalu kuat menjerit meminta ehsan dan merayu agar tubuhnya tidak dipukul lagi.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, ayahnya terus memukul dirinya dengan penuh amukan. Segala kata cacian dilemparkan padanya tanpa sedikit pun memikirkan perasaannya.

Penat berfikir, dia membaringkan tubuhnya atas tilam. Dia berdesis sakit sebelum memejamkan matanya.

Pedih.

Dia mahu tidur seketika. Dia berharap apabila dia bangun saja daripada tidur segala kesakitannya hilang semuanya.

Huh, angan-angan saja.

Pejam saja mata dia mula terlena. Penat kerana menangis tetapi dia lebih penat dengan hidupnya. Biarlah dia berehat untuk seketika.

"Ain tak datang ke weh?" Soal Atiqah kehairanan aabila kelibat Ain langsung tidak kelihatan sejak daripada tadi.

"Yela kut tapi takde pula dia cakap apa-apa dengan aku semalam." Fatin turut hairan sama. Lepas mereka makan malam tadi terus mereka pulang ke rumah masing-masing. Nak kata demam, Ain kelihatan baik-baik saja. Hurmmm, terlajak tidur mungkin? Tapi macam mustahil je.

"Entah-entah ponteng." Sampuk Irene yang terdengar perbualan mereka berdua. Sengaja mahu cari pasal dengan mereka.

Fatin menjulingkan matanya ke atas. Perempuan ni kalau tak cari pasal satu hari dengan mereka tak sah! Boleh gila agaknya kalau tak gaduh dengan mereka. Tak faham sungguh.

"Eh sibuk je." Jeling Khairunnissa dengan wajah yang menyampah.

"Kalau dia nak ponteng sekali pun ada masalah dekat kau ke? Ada guna anggota badan kau ke? Takde kan, so jangan nak menyibuk hal orang." Balas Raihan pula.

Fatin hanya diam tidak membalas. Malas dia nak lawan mulut dengan orang biadap. Buat sakit hati je. Dia asyik memikirkan asbab Ain tidak hadir ke sekolah.

"Bangun semuaaa!!!"

Gelabah mereka semua bangun apabila Fariz masuk ke dalam kelas dengan wajah yang tiada senyuman seperti biasa.

"Assalamualaikum semua." Ucap Fariz sebaik sahaja dia meletakkan beg dan buku-bukunya di atas meja guru.

"Waalaikumsalam Ustaz Fariz!!!"

"Alif baca doa."

"Bismillahirrahmanirrahim,
Allahummaftah 'alaina, Hikmataka wanshur 'alaina, Min khoza ini rahmatika Ya arhamar rohimin, Aamiin..."

"Aamiin aamiin ya rabb..."

"Alhamdulillah, semua boleh duduk. Siapa yang tak hadir harini?" Soal Fariz sebelum memulakan pengajarannya.

"Ain ustaz." Jawab Fatin laju.

"Kenapa dia tak datang? Ada sesiaa yang tahu?" Tanya Fariz seperti dia tidak tahu apa-apa sedangkan dia tahu punca Ain tidak datang ke sekolah. Ain demam dan...

Dia segera mengusir perkara negatif yang mula hadir dalam fikirannya. Aishhhh nauzubillahiminzalik...

"Pontenglah tu ustaz yelah harini kan presentation. Pandai dia nak lari dari presentation." Ujar Ireen dengan selamba.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now