Bab 70

570 60 2
                                    

"Abang, bangun... Subuh dah ni..."

Wajah Fariz diusap lembut mengejut sang suami daripada lena yang panjang.

"Ermmm lima minit..." Rengeknya. Wajahnya disembam pada dada Ain dan sambung tidur semula. Dia mengantuk. Sangat-sangat mengantuk!

Ain menggeleng kepala.

Itu lah borak tak ingat dunia. Pukul dua pagi baru Fariz ajak tidur itu pun Alif yang membebel pada Fariz. Diorang berlima mahu pulang tetapi Fariz asyik menahan. Katanya dah lama tak lepak macam ni tapi tak kena masa pula.

Tok tok tok

"Ain.. Fariz.. dah bangun ke?" Suara Umi Ana kedengaran di luar.

"Dah umi." Jawab Ain sedikit kuat sekali gus membuatkan Fariz terjaga daripada lenanya. Dia menutup mulut sebelum menguap besar. Matanya masih kuyu. Masih berat dan masih mahu sambung tidur.

"Pukul berapa sayang?"

"Pukul 6:15a.m. Abang bangun ya kita solat subuh jom. Abang nak pergi kerja lagi karang lambat pula." Ain bermain rambut Fariz yang lembut itu.

"Hmmm subuh kiss?" Bibirnya dimuncungkan.

Ain blur.

Subuh kiss?

Fariz tersengih melihat Ain blur seperti itu.

Chuppp

Ain tergamam. Terkerdip-kerdip matanya melihat Fariz yang tersenyum lebar memandangnya.

"Baru semangat nak bangun. Thank you sayang." Fariz mengenyit matanya sebelum bangun menuju ke bilik air untuk mandi.

Hilang saja kelibat Fariz, Ain memegang bibirnya yang masih terasa hangat. Wajahnya perlahan-lahan merona merah.

"Baby, walid makin nakal lah." Tuturnya sebelum dia tertawa kecil.

Selesai saja Fariz mandi dan berwudhuk, giliran Ain pula untuk membersihkan diri. Mereka solat subuh bersama-sama.

"Fariz, buat apa lama-lama dalam bilik tu? Cepat, nanti lambat sampai sekolah."

Fariz memuncung.

Ain menggeleng kepala melihat telatah Fariz pagi ini. Ada orang tak nak pergi kerja ni. Amboiiii biasa dia tuuu..

"Abang.... Umi dah panggil tu. Abang lambat karang."

"Hmmm malas lah sayangggg... Abang nak ponteng sehari boleh tak? Abang betul-betul malas lah sayang hurmmm... Penattt..." Rengek Fariz seakan-akan anak kecil. Dia sudah lengkap berpakaian kerja cuma hatinya tidak mahu gerak pergi kerja.

Entah kenapa berat je hati dia nak pergi kerja. Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang dirinya daripada pergi bekerja. Tapi dia tak tahu kenapa.

Wajah Fariz ditekup lembut. Tergelak Ain melihat Fariz yang kelihatan sedih itu.

"Abang ni tak baik tau ponteng-ponteng kerja. Mana boleh macam tu, abang pergi kerja ya? Nanti sayang buatkan puding roti favourite abang tu." Pujuk Ain.

Mata Fariz bersinar-sinar.

Puding roti?

"Betul ni?" Kecur liurnya apabila dia membayangkan puding roti tersebut. Sudah lama dia teringin mahu makan puding roti buatan Ain tapi dia tahan saja kemahuannya itu disebabkan keadaan Ain yang tidak mengizinkan.

"In Shaa Allah..."

"Hehehe i love you, sayang..."

"I love you, more..."

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now