"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?"
Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku.
Genre::
angst, brotherhood, friendship, little fantasy
main role; haruto, asahi, yedam, jihoon
start; 1/12/2021 end; ?
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
01 : about his liife
Haruto bersandar pada dinding sambil memandang sekumpulan pelajar yang sedang bertanding baketball.
Sepatutnya dia ikut bertanding juga namun kerana kemalangan yang menimpanya satu minggu lalu...kakinya patah.
Dan terpaksa dia bertongkat selama beberapa minggu bersama perban yang melilit kaki kanannya.
Tak ingin berlama di sana, Haruto mengangkat kakinya untuk pergi dari sana. Tongkat yang menjadi kaki ketiganya digengam erat.
"Hei, bukankah dia senior yang jatuh tangga di tingkat tiga tu..."
"Ya kot."
"Haruto namanya..kan?"
"Pelan sikit suara kau, dia boleh dengar tu..."
Haruto hanya mengabaikan bisikan para pelajar yang berselisih dengannya di koridor kelas.
Sorot matanya jatuh pada seorang lelaki yang baru saja keluar dari bilik disiplin dengan wajah tampannya yang penuh dengan kesan lebam menandakan dia baru saja selesai bergaduh.
Pandangan mata mereka bertemu lama.
Lelaki itu-Asahi.
Abang tirinya.
Lelaki itu tampak seperti ingin menyapanya namun nampak ragu ragu.
"Hai...Asahi."
Haruto berjalan mendekatinya dengan senyuman canggung, cuba untuk bertegur sapa selayaknya seperti adik beradik.
"Erm...hai."
Balas Asahi balik sambil menggosok lehernya dengan senyuman nipis.
Haruto mengigit bibir bawahnya, jika boleh jujur...dia masih lagi tidak percaya yang dia mampunyai seorang abang.
Dan sialnya, dia tidak tahu hendak berbicara seperti apa dengan Asahi.
"A-aku pergi dulu ya." Pamit Asahi ragu ragu yang dibalas anggukan dari sang adik.
Dan saat Asahi ingin melangkah pergi, sorot mata Haruto jatuh pada lengan baju Asahi yang dinodai darah segar.
Walaupun agak samar samar, Haruto dapat lihat ada kesan goresan pisau di balik baju uniform putih Asahi.
Haruto ingin bertanya tapi dia takut.
Takut untuk masuk campur urusan abang tirinya.
......
Pemuda tiang itu turun dari bas dengan riak wajah penuh kekosongan. Haruto meninggalkan tempat perhentian bas awam dengan helaian nafas yang berat.
Dia tidak ingin pulang ke rumah saat ini.
Haruto berjalan dengan santai di kawasan jambatan besar, dia memandang tiang jambatan itu dengan pandangan tidak terbaca.
Haruto masih ingat lagi-di sini tempat ibu kandungnya mati bunuh diri kerana terjun ke dalam dasar laut.
"Agaknya macam mana perasaan eomma masa panjat pagar tu?"
Guman pemuda itu pada tiang jambatan yang agak tinggi.
Entah atas dorongan apa tapi Haruto rasa ingin mencuba walaupun dia memang takut sangat dengan tempat tinggi.
Jika dia jatuh semasa panjat tiang jambatan, dia mungkin akan terus mati dan lemas di dasar laut.
Tongkat yang berada di dalam gengamannya di sandar pada tiang pagar.
Tangan kanan Haruto memegang erat tiang jambatan lalu kaki panjangnya memanjat pagar jambatan dengan jantung yang tidak berhenti berdisko.
Dia berdiri di atas pagar jambatan dengan perasaan takut, kakinya terasa pedih mengingatkan yang ianya masih belum sembuh sepenuhnya.
"Jadi ini perasaan melihat laut dari jarak yang tinggi..."
Guman Haruto sambil melebarkan pandangannya ke bawah, sorot matanya jatuh pada air laut yang agak dalam.
Ianya agak menakutkan.
"WOI, TURUN! JANGAN BUAT KERJA BODOH!"
Bahu Haruto terhinjut ke hadapan saat suara dari belakang meneriakinya dengan nada suara yang lantang dan juga panik.
Dan setelah itu Haruto dapat merasakan yang tubuhnya ditarik turun oleh seseorang.
Seorang lelaki yang mengenakan baju serba putih memandangnya dengan pandangan cemas.
"Kau gila, hah? Kau rasa bunuh diri tu jalan yang bagus?!"
Soal lelaki asing itu.
Rasanya orang ini salah faham. Dia mungkin fikir yang Haruto ingin bunuh diri.
Yelah kan, orang waras mana yang panjat pagar jambatan dengan alasan dia ingin mencuba saja.
Haruto terasa deja vu. Selalunya babak begini berada di dalam webtoon, novel ataupun drama.
Hidup ni agak klise dan itu menyakitkan.
Jihoon-orang yang menarik Haruto turun itu menghela nafas lelah. Dia memandang tongkat milik Haruto yang disandar pada pagar jambatan.
"Apa yang kau fikirkan, hah budak? Panjat tiang jambatan dengan kaki yang patah. Dah tak sayang nyawa ha?"
Omel Jihoon tanpa henti, dia yang kebetulan ingin lalu lalang di sini tidak sengaja melihat remaja ini memanjat tiang jambatan.
"Aku pergi dulu."
Pamit Haruto sambil meraih tongkatnya, tidak ingin berlama di sana.
"Woi, tunggu budak?!"
Haruto berjalan pergi meninggalkan Jihoon sambil mengangkat tangan kanannya acuh.
"Harap tak bertemu lagi."
Laung Haruto dari jauh.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.