Alternative universe
____________________Jihoon menghirup susu kotaknya dengan tenang. Dia mengedarkan pandangan ke arah orang ramai yang sedang memasuki kawasan kantin.
Jihoon menyiku lengan Asahi. "Weh, Ruto tak datang hari ni?" Soalnya.
Asahi menggeleng tak tahu. Dia juga bingung kenapa pemuda itu tidak menampakkan diri dari tadi lagi.
"YEDAM!!!"
Dan saat itu juga Jeongwoo datang berlari ke arah meja makan mereka dengan sorot mata yang cukup panik.
Jeongwoo merangkul lengan Yedam dengan panik.
"SEMBUNYI...CEPAT!"
"H-hah? Kenapa?"
Yedam blur saat Jeongwoo menariknya untuk bersembunyi di bawah meja dengan riak wajah yang cukup cemas.
Jihoon dan Asahi yang tidak paham keadaan pun ikut bersembunyi di bawah meja bersama Jeongwoo yang tampak pucat.
"Kenapa Woo?" Soal Jihoon dengan nada separuh berbisik.
"Y-Yoshi. Dia dah sihat. DIA DATANG SEKOLAH HARI NI! Dia sedang cari Yedam sekarang ni." Jelas Jeongwoo yang mendapat pandangan bingung dari Yedam dan Asahi.
Siapa pula Yoshi ni..?
"APA??" Manik mata Jihoon membesar. Dia jadi ikut panik.
"Shhh! Perlahankan suara kau." Jeongwoo berbisik sambil mengintai di celah meja kantin.
"Sape Yoshi ni?" Soal Yedam tak paham.
"Yedam? Kau tak ingat??"
Jihoon memandang sahabatnya tak percaya. Pening dengan sikap sahabatnya yang seolah-olah seperti orang lain.
"Kau kena amnesia ke? Yoshinori, musuh terbesar kau. Bulan lalu kalian berdua balapan motosikal dan kau dengan sengajanya langgar dia hingga dia kemalangan teruk." Kata Jihoon yang dibalas anggukan dari Jeongwoo.
"Berminggu-minggu dia kena rawat dekat hospital! Hari ni pun dia datang guna tongkat!" Jelas Jeongwoo bersungguh-sungguh.
"Dia dah janji yang bila dia datang sekolah, dia akan balas dendam!" Sambung Jeongwoo lagi.
Asahi mencibir. "Kalau dia pakai tongkat buat apa takut?" Komennya.
Jeongwoo menghela nafas. "Tak kira lah. Bila namanya mahu balas dendam... ianya tentu perkara buruk." Jelas Jeongwoo.
Yedam menggaru lehernya. Bingung harus bereaksi macam mana kerana dia bukannya Yedam yang di cari lelaki bernama Yoshi itu.
"Tapi aku--"
"SHHH! Dia dah datang..." Jihoon membekap mulut sahabatnyasaat manik matanya menangkap sosok seorang lelaki yang bertongkat.
Lelaki itu tampak marah, dia memandang sekeliling ke arah kawasan kantin.
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fiksi Penggemar"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?