Alternative universe
____________________Yedam melangkah masuk ke dalam markas tempat geng motor mereka melepak sambil menutup hidungnya.
Dia mengikuti langkah Jihoon dan Jeongwoo dengan keterpaksaan. Yedam memandang beberapa budak muda yang sedang merokok.
Dalam hati dia menggeleng kepala dengan tatapan judge. 'Haish...budak zaman sekarang.'
Plislah, mereka semua ni masih budak budak lagi. Pemandangan ini tidak boleh diterima akal sihat Yedam.
Jeongwoo duduk menyandar pada dinding.
Dan saat itu salah satu member geng motor menghulurkan sebatang rokok dan juga pengetik api pada Jeongwoo.
Alis Jeongwoo terangkat. "Tak nak."
"Alah woo. Try lah dulu. Aku tak pernah tengok kau cuba." Pujuk lelaki itu.
Jeongwoo memutar matanya malas. "Tak nak weh."
"Try je lah Jeongwoo." Pujuk dia lagi.
Bro, berhenti jadi syaitan.
"Fine!" Balas Jeongwoo sambil menyambut huluran lelaki itu.
Saat Jeongwoo ingin menyala pemetik api, Yedam cepat cepat tepis rokok itu dengan tatapan marah.
"Lebih baik jangan. Kau tahu tak apa yang ada dalam rokok ni?" Soalnya kesal.
"Nikotin, tar, karbon monoksida, arsenik, farmaldehid, plumbum, benzena, kadmium, hidrogen sianida dan aseton!"
Kata Yedam sambil memijak putung rokok itu berkali kali.
Budak budak motor lain memandangnya dengan pandangan bingung dan juga ada yang membisik.
"Yedam, selalunya kau merokok okay je." Celetuk lelaki yang memberi Jeongwoo rokok tadi.
"Tak! Kali ni tak okay?!"
Ucapnya sebelum berlari keluar dari sana, mengabaikan bisikan tak penting orang lain.
Dia benar benar tak tahan dengan bau asap rokok di tempat ni. Tak pasal pasal dia jadi perokok pasif.
Jeongwoo dan Jihoon saling berpandangan sebelum mengejar sahabat mereka. Mereka berdua memandang Yedam yang sedang mengambil nafas di tempat parking motosikal.
"Yedam, kenapa dengan kau hari ni?" Soal Jihoon.
Yedam menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.
"Aku mahu berhenti dari geng motor tak guna ni." Ucapnya penuh penekanan.
"Okay, kalau kau berhenti. Aku pun berhenti." Jawab Jihoon santai.
"Hah?!"
Jeongwoo menghela nafas. "Yaa, aku pun akan berhenti."
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fanfic"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?