Hanya bunyi dentuman suara sudu dan pinggan kedengaran di ruangan dapur itu.
Keluarga kecil yang tinggal di rumah sewa itu sedang makan malam dengan tenang di meja makan.
Hana-ibu tiri Haruto yang duduk bersebelahan Hiiro memandang Haruto dan Asahi sekilas.
"Haruto." Panggilnya lembut.
"Hmm."
"Haruto, berhenti pulang sekolah sendirian, ya."
Pinta Hana dengan wajah berharap. Risau melihat anak tirinya yang berkaki tiga saat ini selalu pulang sendirian menggunakan bas awam.
"Kamu boleh pulang dengan Asahi...dia bawa motosikal..." Sahut Hiiro sambil memandang anak lelakinya yang tampak berfikir.
Haruto tersenyum nipis. "Takpe, appa. Haruto dah terbiasa..."
Ucap Haruto pelan sambil menyambung memakan sup rumpai laut yang dimasak Hana.
Hana mengigit bibir bawahnya sambil memandang Hiiro, menyuruhnya memujuk sang anak.
Hiiro mengangguk kecil.
"Haruto, appa rasa lebih baik kamu pulang dengan Asahi saja. Keadaan kaki kamu sekarang ni agak-"
"Appa tahu kan yang Haruto dah besar...lagi pun Haruto tak nak menyusahkan Asahi." Elak Haruto lagi.
Lagi lagi, lelaki itu cuba memberi alasan membuatkan ibu bapanya hanya pasrah.
Tanpa Haruto sedari, Asahi dari tadi lagi memandangnya dengan pandangan tidak terbaca.
'Menyusahkan? Bukankah itu memang tanggunjawab aku sebagai abang kau?' Batin Asahi.
.....
Seperti biasa, rutin Haruto mengemas peralatan memasak di dapur setelah selesai makan malam.
Saat Haruto ingin melangkah keluar dari dapur, lengannya ditahan oleh Asahi yang entah muncul dari mana.
Dahi Haruto berkerut. "Apa dia, Asahi?" Soalnya sembari memandang Asahi lama.
"Kau boleh panggil eomma aku dengan panggilan eomma tapi kenapa kau tak boleh panggil aku dengan panggilan hyung?"
Soal Asahi, tanpa sedar dia semakin kuat mengcekam pergelangan tangan Haruto.
"Sebab..."
Belum sempat dia ingin bersuara, suara Hana yang lantang kedengaran dari ruangan tamu.
"HARUTO. YEDAM DAH DATANG!" Laung wanita cantik itu dari luar.
Bang Yedam, tutor Haruto bagi subjek math yang selalu datang pada hari rabu dan khamis.
Haruto membuang pandang ke arah lain, sembari menepis gengaman tangan Asahi darinya kasar lalu berlalu pergi.
Berlalu pergi meninggalkan Asahi yang menghela nafas kesal di ruangan dapur sendirian, lagi lagi dia ditolak.
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fiksi Penggemar"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?