𝟏𝟎: he never know

271 61 45
                                    

Jihoon menaruh barangan dapur yang dibelinya tadi atas kabinet dapur

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Jihoon menaruh barangan dapur yang dibelinya tadi atas kabinet dapur. Dia menuju ke arah bilik ibunya, berniat bertanya keperluan ibunya.

"Eomma--"

Kleck.

"Kau mahu tahu sesuatu tak? Budak bodoh tu bukan anak kandung aku pun sebenarnya."

Deg!

Jihoon yang asalnya ingin melangkah masuk ke dalam bilik ibunya...mati langkah mendengar ucapan wanita itu.

Dengan tatapan kosong, Jihoon memandang Mina yang sedang berbual dengan seseorang melalui talefon.

Wanita itu bahkan tidak menyedari kehadiran Jihoon di muka pintu kerana terlalu leka bersembang.

Jihoon membuka sedikit celah pintu, berniat untuk mendengar perbualan wanita itu dengan sahabatnya

Dia berharap sangat...ini hanya sebuah kesalahfahaman.

"Yaa, aku terpaksa urus anak kandung kepada arwah suami aku tuu."

"Hmm, aku kahwin dengan lelaki tak guna tu pun sebab malas kerja. But in the end, dia mati awal dan terpaksa aku duduk dengan anak kandung dia--"

"--huh, terpaksa aku tinggal dengan budak tu.

Tawa Mina tanpa rasa bersalah.

Jihoon yang mendengarnya mengepal buku lima, cuba menahan emosinya yang mendadak naik.

"Tapi an mina, kalau kau tak suka budak tu. Hantar jelah dia pada eomma kandung dia."

Sayup sayup terdengar suara wanita lain di sebarang talian.

"Tak nak ah, walaupun aku tak suka budak tu... sekurang-kurangnya dia boleh jadi maid aku dekat rumah ni haha haha."

"Hah lagi pun dia mana pernah jumpa dengan eomma kandung dia--lahir lahir je appa dia bawak lari dan kahwin dengan aku--"

"Tapi siapa eomma kandung dia?" Soal orang yang dihubungi Mina.

"Hmm, kau ingat tak classmate kelas aku dulu. Kang Jieun namanya."

Jihoon mengepal tangannya dengan perasaan marah dan kecewa.

Ah...jadi selama ni dia diperbodohkan?

.....


Brak!

Brak!

Brak!

"Sial, tak guna!!"

Jihoon tertawa keras di dalam bilik airnya sambil memukul kepalanya sendiri, dia bahkan menghantam kepalanya pada dinding bilik air.

Tak berapa lama kemudian, Jihoon kembali bangun berdiri lalu membuka paip air.

friends ; treasureTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang