Jeongwoo melangkah masuk ke dalam markas untuk mereka semua berkumpul. Badannya berpeluh kerana penat bekerja.Dia bersandar pada dinding bilik rehat sambil merenung dinding dengan tatapan yang kosong. Tangannya bergerak mencampai talefon yang disimpan di dalam beg sandangnya.
Jeongwoo menghela nafas sebelum membuka semula pesanan yang di hantar abangnya semalam.
Yedam hyung
Jeongwoo, aku tak pernah ajar kau jadi pembunuh.
Aku kecewa dengan kau.
Jeongwoo memejam matanya sesaat, tubir matanya terasa panas saat ini.
Dia tak tahu macam mana Yedam tahu dia pernah membunuh seseorang atau apa.
Jeongwoo kecewa.
Kecewa pada dirinya kerana sudah pergi sejauh ni ke arah jalan neraka.
"Hyung, kau dekat mana sekarang ni...?" Gumannya cukup pelan.
"Jeongwoo!!"
Badan Jeongwoo menegak saat suara Yoonbin kedengaran dari bekakang.
"Bos Akio panggil kau. Kita ada tugas baru."
.....
"Yedam hyung, bangun!"
Panggil Haruto sambil mengetuk pintu bilik yang ditempati tutornya itu. Terdengar sahutan dari dalam.
"Ya."
Hari masih pagi bahkan langit belum lagi cerah, Asahi dan Haruto sudah bangun pagi untuk siapkan sarapan.
Hanya bubur nasi dan beberapa bungkus biskut yang menjadi sarapan bertiga.
"Lepas ni kita pergi beli barangan dapur..." Kata Asahi sambil menyusun 3 mangkuk berisi bubur nasi di atas meja bulat.
Haruto mengangguk laju hingga poni rambutnya yang panjang jatuh menutupi matanya.
Asahi menghela nafas. "Sebelum pergi ke kedai, kita potong rambut kau dulu." Ucapnya sambil menarik kerusi untuk duduk.
Lagi lagi Haruto hanya sekadar mengangguk.
Jika dulu Minho yang selalu memotong rambut Haruto maka biarlah Asahi yang mengganti peranan lelaki dewasa itu.
Tak lama kemudian, Yedam keluar bersama senyuman yang lebar tapi tak dapat dimungkiri matanya cukup merah.
Lelaki itu duduk di sebelah Asahi.
Asahi tersenyum kecil ke arah Yedam seolah olah mereka berdua tidak pernah tahu tentang kejadian semalam.
Ya, masih terngiang-ngiang lagi ucapan Asahi semalam hingga Yedam tak mampu untuk tidur lena.
'Lebih baik jika Haruto tak tahu budak yang tembak appa hari tu sebenarnya adik Yedam...'
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fanfiction"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?