Hujan di luar masih belum berhenti. Aroma kopi yang terhidang di atas meja cafe itu memasuki rongga bau Yedam dan Asahi.
Mereka memandang tepat ke arah Hyunsuk yang sedang mengaduk kopi dengan tenang.
"Ekhem. Encik, boleh pergi to the point sekarang? Apa yang sedang berlaku pada kami sebenarnya?"
Soal Asahi formal.
Hyunsuk tersenyum. "Kalian tentu nak tahu sangat macam kalian boleh terperangkap di sini, kan?" Soalnya.
Asahi dan Yedam mengangguk laju, sedang menunggu jawapan lelaki misterius ini.
Hyunsuk mengeluarkan sekeping kad dari syarikatnya.
"Sebelum aku beritahu perkara sebenar. Biar aku jelaskan dulu. Aku pegawai dari syarikat Timeline. Syarikat itu berkaitan dengan pengurusan dunia parallel."
"Kami menghantar pelanggan ke dunia parallel mengikut kemahuan mereka." Jelasnya sambil menghirup kopi yang masih panas itu.
Yedam dan Asahi sama sama menutup rapat bibir mereka. Tidak tahu harus bereaksi seperti apa.
Kerana situasi sekarang jadi semakin mengelirukan.
"Jadi apa kaitannya dengan kami?" Soal Asahi, seingatnya mereka tak pernah mengisi borang tentang benda pelik ni.
Hyunsuk tersenyum penuh maksud.
"Ada orang yang mengupah aku untuk hantar kalian berdua ke dunia ni." Jawabnya santai.
Yedam mengepal buku limanya, mendadak kesal dengan jawapan Hyunsuk.
"Siapa? Siapa orang tak guna yang hantar kami ke sini?" Soal Yedam frutasi.
Hyunsuk terkekeh kecil tanpa sedar. Jarinya bergerak menunjuk tepat ke arah Asahi dan Yedam.
"Orang yang hantar kalian ke sini adalah diri kalian sendiri yang datang dari masa depan."
Kata Hyunsuk.
Asahi tergelak sinis. "Tolong jangan buat lawak bodoh di sini." Desisnya.
Hyunsuk mengangguk acuh. "Suka hati kaulah nak percaya atau tidak. Urusan aku di sini adalah untuk jelaskan supaya kalian tak hidup seperti orang bodoh di sini."
Ucap Hyunsuk sambil memetik jarinya. Dan sontak itu muncul sepucuk surat di atas tapak tangannya.
Asahi dan Yedam terpana. Lelaki ini bukan ahli sihir, kan??
"Ini surat yang ditulis oleh kalian berdua dari masa depan. Tolong jangan buka sebelum kalian kembali ke dunia asal kalian."
Peringatan Hyunsuk kedengaran cukup tegas di telinga mereka berdua.
"Tapi bila? Bila kami akan kembali?"
Soal Asahi serius, mengingatkan yang Jihoon dan Haruto di dunia mereka masih lagi koma membuatkannya tak senang duduk setiap hari.
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fanfiction"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?