Don't forget to vote 😉
___________________Hiiro dan Asahi sontak panik mendengar perkataan 'pingsan' lalu berlari keluar.
Hana membetulkan baju t-shirt nya yang terangkat sedikit semasa dalam proses memasang perban tadi lalu ikut berlari ke arah ruang tamu.
Riak wajah Hana mendadak panik melihat tutor anak tirinya yang sedang pingsan di atas riba Haruto.
Asahi mendekati Yedam, tubuh pemuda pucat itu digoyang lembut.
"Hei, Yedam, bangun." Asahi menepuk pipi Yedam berkali kali dengan perasaan cemas.
Hiiro tidak tinggal diam, dia meraih kunci keretanya yang terletak di atas meja.
"Tiada pilihan lain, kita kena hantar dia ke hospital."
Ucapnya.
.....
"Jangan risau, dia hanya terlalu penat."
"Berdasarkan analisis saya, pesakit ni mungkin belum tidur selama 4 hari..."
Samar samar suara seseorang berdenyut di telinganya saat kesedaran Yedam kembali menguasai tubuhnya.
Yedam membuka kelopak matanya yang terasa berat, aroma ubat memasuki indera bau-nya.
Anak matanya jatuh pada Hiiro, Hana serta dua anak lelaki mereka yang sedang bercakap sesuatu dengan seorang doktornya berjas putih.
Mereka berlima berdiri tak jauh dari katil hospital nya.
Yedam memandang keadaan sekitarnya yang, sial...dia berada di hospital.
"Huh, dia dah sedar..."
Haruto dan Asahi pantas berlari mendekati katil pesakit yang menempatkan tutor muda itu.
"Kau okay kan, Yedam?" Soal Asahi.
"Pukul berapa sekarang ni?"
Bukannya menjawab soalan Asahi, lelaki itu malah bertanya balik. Dia memandang sekitar dinding bilik rawatan yang ditempatinya, cuba mencari jam.
"Sudah nak masuk pukul 11 sekarang ni...kau pingsan selama 1 jam tadi."
Balas Haruto sambil menilik jamnya.
Sontak itu anak mata Yedam membesar, dia pantas menarik selimut yang menutupi tubuhnya lalu buru buru bangun tapi di tahan Hiiro.
"Yedam, kamu baru saja bangun. Lebih baik jangan ke mana mana." Kata Hiiro sambil menahan lengan Yedam.
Pemuda Bang itu pantas menggeleng laju.
"T-tak, adik aku mungkin sedang tunggu di rumah. Dia mungkin sedang cemas sekarang ni kalau aku tak balik lagi..."
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Hayran Kurgu"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?