1 bulan yang lalu...
Seorang remaja lelaki bersandar pada kerusi kayu dengan helaian nafas, riak wajahnya agak gelisah saat ini.
Sedari tadi Haruto asyik menilik jam yang tergantung pada dinding ruang tamu dengan perasaan panik.
Sudah nak masuk pukul 1 pagi namun sang ayahnya masih belum pulang. Padahal hari ni bukan syif ayahnya untuk bertugas di hospital.
"Patut ke aku talefon appa."
Guman Haruto sambil meraih talefonnya yang berada di atas meja.
BRAK?!
Belum sempat dia ingin mendail nombor ayahnya, pintu rumahnya dibuka kasar oleh seseorang.
Anak mata Haruto melebar besar saat sorot matanya jatuh pada Hiiro-ayahnya yang sedang berdiri muka pintu dengan badan yang penuh keringat.
Tak-lelaki tu tak sendirian.
Hiiro sedang memapah lengan seorang lelaki muda.
Lelaki muda itu tampak pingsan dengan perutnya yang bocor darah. Luka bahagian perutnya terlihat seperti kesan ditikam.
Dan di sebelahnya ada seorang wanita yang sedang menahan tangisnya.
Keadaan mereka bertiga tampak berantakan bersama baju yang dinodai darah, entah darah milik siapa.
"Siapa--"
"Haruto, ambikkan air panas dan kain basah serta peralatan menjahit. Cepat."
Pinta Hiiro laju sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya dan membaringkan remaja yang sedang pingsan itu aras sofa.
Haruto hanya mengangguk lalu berlari ke arah dapur untuk mengisi air panas dan memberikannya pada wanita yang berdiri bersebelahan ayahnya.
"T-terima kasih..."
Balas wanita itu sambil menundukkan kepalanya.
Haruto hanya mengangguk lalu mengambil peralatan menjahit di dalam laci almari dan menyerahkan pada Hiiro yang sedang membuka kacing baju remaja lelaki itu.
"Apa yang appa mahu lakukan?" Soalnya.
"Bersihkan luka ni dan jahit kesan tikaman yang terbuka ni bahagian perut dia."
Jawab Hiiro santai.
Haruto membeku di tempatnya, dia tidak faham kenapa lelaki ini boleh tertikam dan apa kaitannya dengan Hiiro.
"Appa, siapa mereka?" Soal Haruto lagi.
"Dia bakal eomma kamu yang baru dan ini anak lelakinya, Asahi."
"HAH?!"
Haruto tergaman besar.
Malam itu ayahnya membawa keluarga barunya pada pukul satu pagi kerana satu alasan.
01/12/2021
______
Don't forge to vote
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fanfiction"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?