Asahi dan Haruto turun dari teksi sambil memapah Yedam yang masih lagi belum sedarkan diri.
Setelah tiba di Busan tadi, mereka sempat berterima kasih pada Jihoon saat turun dari kereta api sebelum mereka benar benar berpisah di sana.
Saat ini, mereka bertiga berdiri di hadapan sebuah apartmen mengikut lokasi yang diberi Hana di dalam suratnya.
"Asahi, betul ke tempat ni?" Soal Haruto sambil membetulkan gengaman tongkatnya.
Asahi sekadar mengangguk sambil mengheret badan Yedam masuk ke dalam diiringi Haruto dari belakang.
Mereka mendekati kaunter di mana seorang lelaki yang bertugas sedang membelek buku dengan penuh fokus.
Asahi berdehem kecil, cuba mengalihkan perhatian lelaki di hadapannya itu. Penjaga itu memandang ke arah mereka bertiga dengan senyuman kecil.
"Ada apa yang boleh aku bantu?" Soal lelaki itu ramah.
"Erm...kami anak kepada Hana dan Hiiro. Mereka berdua pernah menyewa apartmen kosong di sini, kan?" Soal Asahi ragu ragu.
Gerakan pemuda berkaca mata itu terhenti dari membelek buku tebal miliknya. Dia memandang Haruto, Asahi serta Yedam yang sedang dipapah mereka berganti.
"Ah...jadi kalian anak mereka berdua?" Kata Jaehyuk dengan senyuman nipis.
"Kejap--aku cari kunci untuk bilik yang mereka sewa hari tu."
Kata Jaehyuk-penjaga bangunan itu sambil membongkokkan badannya ke bawah meja lalu mengambil sebuah bakul biru bersaiz besar.
Bakul bersaiz besar yang menyimpan berpuluh puluh anak kunci itu diletak atas mejanya. Dia membelek isi di dalam bakul itu.
"Jadi...di mana mereka sekarang?" Soal Jaehyuk basa basi, tangannya masih bergerak mencari kunci yang betul di dalam bakul biru itu.
"Mereka sudah mati." Jawab Asahi santai.
Haruto yang mendengar ucapannya menundukkan kepalanya dengan perasaan yang sesak.
Lelaki itu sekadar mengangguk kecil tapi tidak boleh menyembunyikan gerakan kakunya. Mungkin agak terkejut dengan jawapan Asahi.
Setelah mencari anak kunci yang benar, lelaki itu menyerahkannya pada Asahi dan Haruto.
"Ini dia..kunci bilik no. 123. Bilik itu di tingkat 2, ianya benar benar bersebelahan tangga."
Kata Jaehyuk. Dia melirik ke arah Yedam yang masih pingsan di pangkuan Asahi dan Haruto.
'Pelik, tak silap aku ahjumma Hana kata anak dia ada dua orang je.' Batin Jaehyuk.
"Kalau tiada apa apa, kami pergi dulu ya."
Pamit Haruto.
"Eh, tunggu sebentar-"
KAMU SEDANG MEMBACA
friends ; treasure
Fanfiction"Kau percaya kalau dunia parallel tu wujud?" Di saat mereka hampir hilang segala-galanya, sebuah keajaiban berlaku. Genre:: angst, brotherhood, friendship, little fantasy main role; haruto, asahi, yedam, jihoon start; 1/12/2021 end; ?