Sepuluh

316 10 0
                                    

Suasana malam di hari Jumaat sekitar Bandar Kuching terang benderang dengan simbahan cahaya lampu di jalan raya. Jalan raya sibuk dengan aliran trafik lebih-lebih lagi di kawasan City Center. Terlihat deretan kereta sedang beratur panjang untuk masuk ke tempat letak kereta bawah tanah Plaza Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan Padang Merdeka. 

Awal tadi Pitt sudah menghubungi Aiden agar bertemu dengannya di Plaza Merdeka sahaja. Kerana Vellfire Mark diparkirkan tepat di hadapan pintu pagar, Aiden, Faiq dan Mark bersetuju untuk menaiki kereta itu untuk ke Plaza Merdeka. Aiden yang akan memandu. 

Mata Aiden meliar ke arah deretan kereta yang berhenti di sisi jalan betul-betul di hadapan bangunan Plaza Merdeka. Mencari ruang kosong yang cukup muat untuk meletakkan Vellfire. Mujur terdapat satu ruang kosong di hadapan sebuah butik yang menghadap jalan utama itu. 

AIDEN RAZIQ: Pitt, aku dah sampai depan PM ni. 

Dari jauh, mereka bertiga di dalam Vellfire Mark itu dapat mendengar deruman enjin kereta twin turbo V6 yang semakin nyaring saat demi saat berlalu. Dari cermin pandang belakang, mata Aiden menangkap kelibat sebuah Nissan GT-R berwarna pearl black sedang menghampiri mereka. Kebetulan ruang di hadapan Vellfire kosong, GT-R memberi isyarat untuk membelok sebelum diparkirkan dengan mudah sekali. 

Boleh tahan driver kereta ni, pandai handling kereta. 

"50 bucks driver kereta ni over 40s," ujar Faiq. Tiga pasang mata di dalam Vellfire itu memerhati dengan penuh khusyuk pintu tempat duduk pemandu GT-R di sebelah kanan yang diparkirkan di hadapan mereka itu. 

"What if bukan driver dia yang keluar?" ujar Aiden pula, setelah pintu pemandu masih juga belum dibuka setelah beberapa minit berlalu. 

"Sabarlah, Id," balas Faiq. Matanya merenung penuh khusyuk kereta sports di hadapan. 

"No way," ucap Mark perlahan saat melihat pintu pemandu GT-R itu tadi terkuak. Seorang gadis tinggi lampai, mengenakan skinny jeans, tshirt dan sepasang sneakers menapak keluar dari tempat duduk pemandu. Rambut gadis itu dibiarkan lepas, kepala gadis itu ditutup dengan cap jadi wajah gadis itu tidak kelihatan. 

Telahan mereka bertiga sama sekali meleset. Yang disangka lelaki korporat berumur 30-40an yang akan keluar, rupa-rupanya seorang gadis muda lingkungan awal 20-an. 

Mata Aiden tertancap lama pada susuk gadis itu. Dilihat lenggok gadis itu yang menyelitkan sedikit juraian rambut ke belakang sebelum melangkah menuju ke Starbucks selang beberapa buah unit kedai dari mana mereka berhenti. Kening Aiden berkerut. Kenapa macam pernah nampak?

Deringan telefon bimbit Aiden mematikan lamunannya. Skrin dilihat sekilas sebelum butang hijau ditekan. 

"Id, kau kat mana ni?" terdengar suara Pitt bertanya di hujung talian. 

"Aku kat depan PM ni. Betul-betul kat depan tu. Aku guna kereta Vellfire Mark. Kau kat mana?"

"Lah, kau rupanya kat belakang tu. Aku kat dalam GT-R hitam ni. Kau datang sini jumpa aku," balas Pitt sebelum memutuskan talian. 

"Pitt mana?" tanya Faiq sebaik sahaja Aiden menyimpan semula telefon bimbitnya di konsol. 

"Dia kat dalam GT-R tu," jawab Aiden ringkas sambil tangannya menggagau di konsol, mencari walletnya. 

"Whoa, boleh tahan Pitt sekarang. Girlfriend dia ke?" serkap jarang Mark. Aiden sekadar membalas dengan satu tawa kecil sebelum keluar dari perut Vellfire dan melangkah ke arah GT-R hitam itu. 

Aiden menyalakan sebatang Marlboro Light dengan Zippo metallic blue miliknya sambil melangkah menuju ke arah tempat duduk penumpang GT-R itu. Tingkap di turunkan dari dalam, menampakkan wajah Pitt yang sedang tersengih lebar. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now