Aiden cuba mendail nombor telefon Aurora buat sekian kali, namun tetap gagal tidak berjawab. Baru sahaja tadi dia ternampak kelibat GT-R berwarna hitam membelah jalan raya dengan laju, tetapi sekarang sudah hilang dari pandangan. Aiden cuba memecut Porsche agar dapat mengejar kereta itu namun tetap gagal. GT-R sudah terlalu jauh di hadapan. Tetapi Aiden sudah dapat mengagak ke mana arah tuju GT-R hitam itu. Pantas pedal minyak ditekan, menuju ke Bukit Mata.
Porsche Macan Turbo dipacu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah, terlihat kelibat Mercedes dan GT-R yang sentiasa dipandu Aurora diparkir di tempat letak kereta yang telah direserved terlebih dahulu. Porsche diletakkan di ruang kosong sebelum Aiden menapak naik menuju ke lobi Pullman. Seperti biasa, tanpa dia perlu berkata apa-apa, sudah ada concierge yang menemaninya untuk naik ke tingkat suite Aurora.
"Siapa bagi awak naik atas?" tanya Aurora saat pintu suite dikuak setelah mendengar ketukan. Terlihat Aiden sedang berdiri di hadapan pintu suite, kelihatan sedikit mengah.
"Muka saya dah selalu kat sini kan? Orang tahu saya siapa," jawab Aiden mendatar, seraya menolak pintu suite untuk memberikannya laluan untuk masuk. Aurora melangkah ke sisi, memberikan ruang untuk Aiden masuk sebelum dia menapak masuk ke dalam, Aiden mengikutnya tidak jauh di belakang.
"Rory," panggil Aiden dengan nada yang serius, namun tidak diendahkan oleh Aurora. Dengan sekelip mata tangan Aiden merentap pergelangan tangan Aurora, menghalang Aurora dari terus melangkah. Tubuh Aurora ditarik rapat ke tubuhnya.
"Rory, can we talk for a moment?"
Aurora merenung wajah Aiden tajam, keningnya dijungkitkan. "Awak nak cakap apa lagi ni?"
Aiden melepaskan nafasnya berat. "Pasal tadi."
Aurora tersenyum nipis. "It's okay, Id. Awak tak perlu nak explain apa-apa pada saya. Saya tak nak terjebak dalam drama ni."
"Are you jealous, Rory?"
Aurora tergelak kecil. Jealous? Please.
"Saya tak perlu nak jealous pada sesiapa, Id. Please. Saya cuma tak suka kena attack pasal benda petty macam tu. Gaduh pasal lelaki? Please, I don't have time for that."
"Walaupun lelaki tu saya?"
"Id, sebelum ni kita dah pernah berbincang pasal benda ni kan? If you want her, then get her. If you want me, then make me stay. That is all. Tak perlu nak complicate benda yang simple."
Aiden membelai rambut Aurora, menguak rambut gadis itu ke belakang, sebelum pipi mulus Aurora dielus lembut. "So, awak tak kisah kalau saya masih simpan dia?"
Aurora jungkit keningnya sebelah. "Well, be my guests. Tapi awak sendiri tahu apa akan terjadi kalau macam tu. Remember Aiden, saya bukan macam mana-mana perempuan dalam koleksi awak. Awak pun saya boleh jadikan hanya salah seorang dari dalam koleksi saya."
Aiden ketap bibir, lantas tersenyum sinis. "Mmm...I can't let that happen. I only want you all to myself. Nobody else but you. Saya tak perlukan orang lain, kalau awak seorang dah buat saya sibuk dahagakan awak. I only need you, Baby Girl," ujar Aiden, menarik tubuh Aurora agar lebih dekat ke tubuhnya. Tangan Aiden menjalar ke dalam kemeja oversized yang dikenakan Aurora yang hanya menutup tubuh itu sehingga ke pangkal paha, langsung tidak mengenakan seluar. Aiden sedikit teruja dan terkejut saat merasakan Aurora hanya mengenakan thong di bawah kemeja di tubuhnya itu. Punggung Aurora diramas lembut, bibir Aiden menguntum senyuman nakal.
"So sexy, Baby Girl. Macam mana awak expect saya ada masa untuk orang lain when this is what you're doing to me? You're so addictive, Baby Girl," bisik Aiden menggoda, mendekatkan wajahnya ke wajah Aurora.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomanceSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...