Tigapuluhempat

175 3 0
                                    

Aurora mengutip pakaiannya yang berterabur dia atas lantai dan menyarungkannya ke tubuh dengan tergesa-gesa, cuba untuk berbuat demikian sesenyap yang boleh. Jam di pergelangan tangan yang menunjukkan pukul 3 pagi itu dikerling sekilas, sesekali dia menjeling ke arah Henry yang sedang pulas tidur di atas katil. Sebelum Aurora melangkah keluar dari bilik Henry, sempat dia berdiri sejenak di hadapan pintu, memerhati wajah kacak Henry yang kelihatan sungguh tenang, membuatkan perasaannya terusik. Pantas dia menyelinap keluar dan menuju ke apartmennya di sebelah. 

Aurora cuba menutup pintu apartmen yang kelihatan malap dengan perlahan. Cuma cahaya dari lampu di satu sudut ruang tamu yang terpasang menjadi sumber cahaya. Ruang apartmen kedengaran agak hening. 

"Lambat balik? Ke mana tadi?" suara Aiden yang kedengaran tegas dan sedikit marah tiba-tiba menegur, membuatkan tubuh Aurora melompat, terkejut. Aurora menghalakan pandangannya ke arah Aiden yang sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu, memandang ke arahnya dengan raut wajah yang masam. Pandangan Aiden tajam terhala ke arahnya. 

"None of your business," jawab Aurora acuh tak acuh, berpura-pura dia langsung tidak terkesan dengan sergahan Aiden tadi. Booties yang dijinjit dilemparkan begitu sahaja ke dalam almari kasut di koridor, sebelum dia menapak mahu menuju ke bilik tidur. Jantungnya berdetak hebat, berharap yang Aiden tidak fikir yang bukan-bukan. Berharap yang haruman Henry tidak tersisa pada tubuhnya sehingga dapat dihidu Aiden. 

Aurora terkejut saat pergelangan tangannya direntap, menghalangnya dari berlalu, tubuhnya ditolak agar tersandar pada dinding. Wajah Aiden tunduk, hampir dengan wajahnya. Tubuh lelaki itu menindih tubuhnya. 

"Of course it's my business, Baby Girl," ujar Aiden dengan nada yang tegas dan dalam. Terdengar nafas Aiden turun naik dengan kasar, seakan menahan geram dan marah. Mata lelaki itu merenung Aurora tajam. 

"Id, please."

Aiden jungkit keningnya, bibirnya tersenyum sinis. "You're mine, Rory. I'm going to make sure of that. Awak pergi macam tu je tanpa dengar penjelasan saya. You should know that I am never letting you go easy, Aurora."

"Id, boleh kita cakap pasal benda ni esok? Please. Saya tak boleh deal with this right now. I need to shower," balas Aurora, cuba melepaskan dirinya dari genggaman Aiden. Aiden mendengus, lantas genggaman pada pergelangan tangan Aurora dilepaskan, membiarkan gadis itu berlalu menuju ke bilik. 

Di bilik air, Aurora membiarkan air hangat membasahi rambut dan tubuhnya. Matanya dipejam rapat, otaknya ligat memainkan semula adegan yang telah terjadi awal tadi antara dia dan Henry. Seakan masih terasa setiap sentuhan Henry yang perlahan dan menggoda di tubuhnya. Masih terasa kucupan lembut Henry di setiap inci dirinya. Jantung Aurora terasa bergetar dan berdetak hebat. Sungguh, tidak pernah dia merasakan sesuatu seperti itu. Tidak pernah mana-mana lelaki membuatkan Aurora rasa sebegitu. Cuma Henry. 

Aurora meraup air yang membasahi wajahnya, cuba membawa dirinya kembali ke realiti. Mahu disimpan apa yang berlaku dengan Henry malam itu ketat di dalam kotak memori. Adakah apa yang berlaku malam itu satu kesilapan? Entahlah. Cuma perasaan itu langsung tidak mahu hilang. Aurora tidak mahu perasaan itu mengawal dirinya. Namun setiap kali Aurora memejamkan matanya, dia terbayang semula susuk tubuh Henry menyentuhnya. Di cuping telinga terngiang deru nafas dan kata-kata menggoda yang dibisikkan Henry padanya. 

"I'm never gonna leave you lonely, Rory," bisikan Henry itu terngiang-ngiang di telinga Aurora. 

Shit! Apakah perasaan ini?

~~

Aurora mengeliat, meregangkan tubuhnya. Kepalanya berdenyut, cahaya matahari yang terang menyinari ruang bilik tidurnya itu membuatkan matanya terasa silau. Tubuhnya diputarkan, duvet ditarik rapat ke tubuh sehingga menutupi kepalanya. Kedinginan pagi itu membuatkannya dia semakin malas untuk bangkit. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now