Aurora memandang sekilas telefon bimbit yang bergetar di atas meja. Sesekali dia menjeling ke arah Aiden yang sedang leka dengan ipad di dalam tangan sambil berbaring di sebelahnya. Telefon bimbit dicapai dan skrin diketik beberapa kali.
HENRY DEAN: Busy?
HENRY DEAN: Id ada bagitau bila dia balik?
HENRY DEAN: You can't avoid me forever, Rory.
HENRY DEAN: Rory, see me in my office on Monday.
Pesanan ringkas bertalu-talu dari Henry itu dibaca satu persatu. Aurora menggigit bibirnya, berfikir.
Nak reply ke tak?
AURORA IRINA: Hez. Please. Can we just move on?
HENRY DEAN: We need to talk.
AURORA IRINA: Not when Id is around. Id tak perlu tahu apa yang terjadi.
HENRY DEAN: Fine, then text me je.
AURORA IRINA: Hez, just not now.
"Siapa tu?" pertanyaan Aiden itu membuatkan Aurora terkejut. Hampir sahaja telefon bimbitnya terpelanting dari tangan.
"Um, Hez ni tanya bila awak balik."
Aiden kerut dahi. Telefon bimbitnya dicapai dan dilihat sekilas. Melihat jika ada pesanan ringkas dari Henry yang terlepas pandang. Tiada.
"Kenapa dia tanya awak tapi tak tanya saya?"
Aurora jungkit bahu.
HENRY DEAN: Saya cuma nak bagitau awak yang I am sorry for what happened that night.
HENRY DEAN: It was an accident. But it really isn't a mistake.
HENRY DEAN: There's something I need to tell you, Rory. But not through text.
AURORA IRINA: I'll see you at the office Hez.
~~
Aurora duduk di salah sebuah bangku di bawah rimbunan pokok di Hyde Park. Cuaca yang agak dingin itu membuatkan bahang matahari yang terang bersinar langsung tidak terasa. Sengaja Aurora memilih untuk keluar bersendirian hari itu, menolak pelawaan Henry untuk makan tengah hari bersama dia dan Aiden. Mahu mengelakkan diri dari Henry buat seketika.
Sudah dua hari berlalu, namun apa yang berlaku malam itu masih segar di ingatan. Setiap kali memori itu kembali di kotak mindanya, hati Aurora bergetar. Perasaan yang aneh menyelinap dalam dirinya, berbeza dengan apa yang pernah dirasakan dengan Aiden sehinggakan Aurora sendiri tidak pasti apa yang dia rasakan itu.
Selama ini dia dan Henry memang akrab. Malah, terlalu banyak perkara yang dia telah kongsikan bersama Henry yang tidak mampu dikongsikan dengan Aiden. Henry dan dirinya lebih banyak persamaan, Henry lebih memahami dirinya membuatkan Aurora berasa senang dan mudah untuk berbicara dengan Henry. Terlalu berbeza dengan Aiden. Bersama dengan Aiden merasakan dirinya seringkali dicabar, membuatkan segalanya tentang hubungan mereka berdua begitu mengujakan. Tapi entah mengapa, sejak terpisah jauh, perkara itu sedikit sebanyak hilang sedikit demi sedikit.
Ugh, Henry!
Henry begitu lembut dengannya. Membelainya penuh kasih sayang dan kelembutan, namun pada yang sama setiap sentuhan yang lembut itu mengasyikkan dan menggoda membuatkan Aurora mahukan lebih lagi dan lagi. Aurora sendiri tidak faham apa yang ada pada cara Henry sehingga mampu membuatkannya rasa ketagihan sebegitu. Seakan candu. Terasa meremang bulu roma Aurora saat mengingati semula setiap sentuhan Henry pada malam itu.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomantizmSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...