Tigabelas

290 6 0
                                    

Notifications

Aurora Irina Ferhad accepted your friend request. (Sunday 2.45am)

Aiden mengerling ke arah jam pada sudut kecil skrin komputer riba yang menunjukkan pukul 3.10 pagi. Sudah 15 minit berlalu sejak Aurora online. Masih bangunkan gadis itu?

Rokok dicelah bibir disedut dalam sebelum asap dilepaskan. Jemari Aiden lincah menavigasi mouse pad dan papan kekunci pada komputer ribanya. 

Instant Message

Aiden Raziq Malik: Thank you for finally approving my friend request. 

Instant message Aiden itu tidak berbalas setelah lima minit berlalu. Mungkin Aurora sudah tidur. Macbook yang diletakkan di atas meja itu ditutup. Telefon bimbit yang diletakkan di sisi komputer riba itu dicapai sebelum dia melangkah menuju ke katil. Telefon bimbit diletakkan di atas meja sisi katil sebelum tubuhnya dibaringkan ke atas katil dengan perlahan. Enggan mengejutkan Ilys Saira yang sedang tidur pulas, berselimut di sisinya. 

Baru sahaja Aiden hendak melelapkan mata, telefon bimbitnya bergetar di atas meja sisi membuatkan niatnya untuk tidur terbantut. Pantas tangannya mencapai telefon bimbit. Ada notifikasi pada aplikasi Instant Message facespace!

Instant Message

Aurora Irina Ferhad: You're welcome. 😉

Aiden Raziq Malik: Tak tidur lagi?

Aurora Irina Ferhad: Not really. Awak? Up to something naughty?

Aiden Raziq Malik: Baru nak tidur lah ni. Maybe you're up to something naughty. 

Aurora Irina Ferhad: HAHA. Takdelah. I'm a good girl 😇

Aiden Raziq Malik: Yelah tu. Rory, may I please have your phone number?

Aurora Irina Ferhad: Ya tak ya! Tadi tak sempat kan? Lupa pulak. 

Aiden Raziq Malik: Yearp. 

Aurora Irina Ferhad: Why don't awak bagi saya nombor awak, nanti saya text awak?

Aiden membalas instant message Aurora itu dengan nombor telefonnya. Namun setelah sepuluh minit berlalu, skrin telefon bimbit Aiden kekal sepi tanpa sebarang interaksi terbaru dari Aurora. Tanpa sedar, Aiden akhirnya terlena. 

~~

Aiden terbangun saat terdengar keriuhan dari tingkat bawah beach house milik Mark itu. Dia mengeliatkan tubuhnya, di saat itu dia baru tersedar ada gadis yang sedang enak di buai mimpi di sebelahnya. Perasaan yang mula-mula teruja, bertukar agak hampa setelah dia mulai ingat yang gadis itu adalah Ilys Saira dan bukan Aurora Irina. 

Dasar!

Tangan Ilys Saira yang melingkari pinggangnya dialihkan perlahan, tidak mahu mengganggu tidur gadis itu. Aiden melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum mengenakan sepasang seluar pendek khaki paras lutut Dsquared yang dipadankan dengan kemeja linen polos berwarna biru muda 120%, lengan baju kemeja itu dilipat sehingga ke siku. Kacamata hitam Bulgari diletakkan di atas kepala sebelum dia menapak keluar dari bilik. 

Sempat Aiden mengerling jam tangan saat melihat matahari sudah terik dan tegak di langit saat dia menapak ke tingkat bawah. Terlihat pintu yang menghala ke patio yang menuju ke jeti di atas air sudahpun terbuka luas. Matanya menangkap kelibat Mark yang sedang berdiri di hadapan grill yang sedang berasap. Faiq pula sedang berdiri di pagar patio, matanya melilau ke laut, seperti mencari-cari sesuatu. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now