Duapuluhenam

172 3 0
                                    

Ku tak ingin ada benci

Ku tak ingin ada caci. 

Kenangan kita takkan ku lupa

Pernah bahagia bersama. 

Semua akan selalu ku ingat

Kita pernah bersatu dalam satu cinta

Dan kini kita harus terpisah. 

Aku pergi. 

: Aku Pergi, Alika

"Kita nak ke mana ni?" tanya Aurora, membiarkan tangannya di dalam genggaman Aiden, dipimpin Aiden menyusuri ruang pejalan kaki di Waterfront. Waktu senja dengan matahari yang mulai berlabuh membuatkan pemandangan kelihatan sungguh cantik dan romantis. 

"Surprise," jawab Aiden pendek, satu senyuman lebar terukir di wajahnya. Sejak dia menjemput Aurora di Pullman tadi, dia masih berahsia ke mana arah tuju mereka. Cuma Aurora tahu, Aiden menyuruhnya untuk bersiap untuk makan malam. 

Langkah Aiden akhirnya terhenti saat mereka berdua sudah berdiri di hadapan pintu jeti menuju ke sebuah kapal persiaran kecil yang berlabuh di salah satu jeti di Waterfront itu. Aurora memandang Aiden keliru. 

"Here?" tanya Aurora. Aiden angguk. Pantas jemari Aurora dicapai dan ditarik menuju ke tangga untuk menaiki kapal persiaran yang dihias indah itu. Saat sudah berada di atas dek kapal, Aurora mengerutkan dahi, melihat hanya mereka berdua dengan kru kapal sahaja di atas kapal itu. 

"I booked this only for us two," ujar Aiden tanpa perlu Aurora bertanya. Tidak lama kemudian, seorang pelayan membawa dua gelas Moet Chandon, dengan sebiji strawberry di dalam setiap gelas. Aiden mengangkat gelasnya, menunggu untuk Aurora melagakan gelasnya. 

"To us," kata Aiden tersenyum. 

"To us."

Mereka berdua mengambil tempat duduk di meja di hadapan kapal itu, menikmati pemandangan Sungai Sarawak dengan matahari senja yang membuatkan langit berubah warna menjadi oren, sebelum kapal itu mulai bergerak menyusuri sungai. 

Saat selesai makan malam, champagne dituang lagi ke dalam gelas. Kali itu, kapal itu sedang menyusuri kawasan bandar Kuching yang dilimpahi lampu warna warni. Masih juga Aurora tidak tahu kenapa tiba-tiba Aiden membuat makan malam istimewa sebegitu. Adakah Aurora terlupa tarikh penting? Birthday Aiden? Juga bukan.

Aurora menapak ke pagar sisi kapal itu, membiarkan wajahnya ditampar angin malam, tubuhnya disandarkan pada pagar. Champagne yang bersisa di dalam gelas diteguk sehingga habis sebelum di berikan kepada salah seorang kru pelayan tidak jauh dari situ.

Aurora terkejut saat merasakan tubuhnya yang mengenakan dress backless halterneck bertali halus panjang berwarna hitam itu dirangkul dari belakang. Rambutnya yang disanggul bersahaja memudahkan Aiden untuk mengucup lembut bahu dan tengkuknya yang terdedah. Terasa meremang bulu roma Aurora saat merasakan Aiden melurutkan jemari pada tengah belakangnya yang turut terdedah itu.

"Id," ujar Aurora lembut saat merasakan Aiden menggigit lembut lehernya.

"You're so sexy tonight, Baby Girl. Kalau kita tak openly in public right now, I would have you now," bisik Aiden ke telinga Aurora membuatkan Aurora tertawa kecil.

Aiden memalingkan tubuh Aurora, agar wajah Aurora bertentangan dengannya. Dibiarkan belakang Aurora bersandar pada pagar kapal, tubuhnya dirapatkan ke tubuh Aurora sehinggakan Aurora dapat menghidu semerbak haruman seksi Tom Ford yang dipakai Aiden serta deruan nafas hangat Aiden. Tangan Aurora mengenggam bahu Aiden, matanya merenung tepat ke anak mata Aiden. Jemari Aurora mulai turun ke butang-butang kemeja navy blue Ralph Lauren berlengan panjang yang dipadankan dengan slacks nada sama. Sengaja Aurora menggigit bibirnya dengan menggoda membuatkan Aiden memaut dagunya sebelum mengucup seulas bibirnya dalam dan perlahan.

"I love you," bisik Aiden saat kucupan yang dibiarkan bertaut lama itu terlerai. Aurora mengetap bibirnya.

"It's okay if you're not ready to say it. Saya faham. I just want you to know how I feel," sambung Aiden lagi, perasan akan kegugupan di wajah Aurora.

Jemari Aurora dicapai, dikucup lembut. Tangan Aiden mengenggam erat tangan Aurora, matanya merenung wajah Aurora penuh erti.

"Rory, when our lips first touched, you made me feel something different. Saya tak pernah menyangka yang setelah sekian lama cuba untuk mencari awak sejak kita jumpa tanpa sengaja di Paragorn, saya akhirnya bertemu dengan awak. Dan saya tak sangka yang saya berjaya jadikan awak girlfriend saya. You make me so happy when you agreed to be all mine."

"You changed me to become a different person when I'm with you, Rory. You made me feel what I never thought I could ever feel before. I never realised that I could fall in love until I met you. You're the first girl that I could fall in love with. And I feel very lucky."

Aurora menarik nafasnya dalam saat menyedari Aiden menyeluk poket seluar slacksnya dan mengeluarkan sebiji kotak kecil berwarna merah bertulis 'Cartier'. Jantung Aurora mulai berdegup laju. Pandangannya mulai berpinar.

"Aurora Irina, can I keep you and never let you go? Can I hold your hands and hug you tight? Can I wake up every morning to see your beautiful face next to mine? Can you be mine for the rest of my life? Baby Girl, be my wife?"

Aurora menekup mulutnya. Mujur sahaja tiada orang lain di situ ketika itu. Sungguh dia tidak tahu hendak berkata apa.

Jemari Aiden yang sedang memegang kotak merah itu digenggam erat. "Id, we need to talk," ujar Aurora perlahan. Wajah Aiden serta merta berubah.

"Id, kenapa terburu-buru nak propose dengan saya ni? I thought we're taking things slow?"

"I know we're taking things slow, Rory. But I want you! I want to marry you!"

"Awak nak kahwin dengan saya sekarang? Like now? Seriously?" tanya Aurora seakan tidak percaya. Hubungan mereka berdua baru sahaja beberapa bulan. Betul-betul serius pun tidak juga. Kenapa tiba-tiba Aiden mahu melamarnya?

"Saya nak awak dalam hidup saya, Rory. Forever," ucap Aiden lirih. Aurora mengetap bibirnya.

"There is something I need to tell you, Id," ucap Aurora perlahan, membuatkan Aiden merasa cemas.

"Sebelum kita kenal, saya dah submit application nak transfer campus. And two days ago, saya dapat email dari Westwood yang application saya dah di approve. Id, I'm moving to Australia in two weeks."

Aiden merenung wajah Aurora tajam. Minda Aiden mula berfikir pantas, cuba membuat percaturan.

"Apa masalahnya? More reason for you to accept my proposal! We can do the long distance thing. Saya boleh travel ke sana jumpa awak bila-bila masa. Tak jadi masalah pun kalau awak ke sana, Rory."

Aurora melepaskan keluhan berat. Hubungan jarak jauh bukanlah dalam rancangannya. Dia tidak mahu terkongkong dalam jalinan yang tidak pasti jika berjauhan. Sekalipun sekarang Aiden mengatakan yang dia sanggup berulang alik, bermacam benda yang boleh berlaku bila masanya sampai nanti.

"I don't want us to break up, Id. Tapi saya tak nak jadi fiancee awak for the time being kalau kita terpaksa berjauhan awak faham tak? Can we please give it time?"

Aiden mendiamkan diri, matanya memandang wajah Aurora tanpa berkata apa-apa. Bibir mereka terkunci, cuma bunyi deruan ombak dari enjin kapal yang didengari.

Aiden berfikir sejenak. Patut atau tidak patut dia berterus terang sahaja kepada Aurora tentang status dirinya? Jika Aurora pergi terlebih dahulu ke Australia sebelum menjadi tunangannya, lalu bagaimana jika dia masih dipaksa untuk bertunang dengan Ilys Saira oleh kedua orang tua nya?

"Berapa lama awak di Australia nanti?" tanya Aiden perlahan. Ada bunyi luka di suaranya.

Aurora meraih lengan Aiden dan memaut pipi Aiden. Pipi jejaka itu yang ditumbuhi rerambut halus diusap lembut.

"I'll be gone maybe for a year. Maybe less. Saya tak pasti lagi, Id."

"Well, we do have two weeks until you leave. Let's make the most of it then," balas Aiden akhirnya, menarik tubuh Aurora erat ke dalam pelukan sebelum mengucup seulas bibir itu lagi.

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now