Aurora membelek tubuhnya yang mengenakan fitted slacks berwarna nude Burberry, dipadankan dengan oversized turtleneck cashmere sweater nada sama The Row di dalam cermin. Di kakinya tersarung sepasang boots kulit tumit tinggi berwarna coklat. Rambutnya yang ikal sekadar diikat satu.
Setelah berpuas hati melihat penampilannya, Aurora menarik nafas dalam sebelum beg tangan Celine City Bag berwarna hitam disangkut ke bahu. Jam tangan Rolex di pergelangan tangan dikerling sekilas saat pintu apartmen dikunci dan dia melangkah menuju ke lif.
Hari itu adalah hari pertama dia memulakan internship di Emser Solutions. Dia tidak mahu terlewat. Mujur sahaja pejabat Emser Solutions tidak jauh dari bangunan apartmen jadi bolehlah dia berjalan kaki ke situ tanpa perlu risau dengan keadaan trafik semasa yang sibuk.
Saat menapak masuk ke tingkat sepuluh bangunan kaca pencakar langit itu, Aurora disambut oleh seorang gadis berambut perang di meja reception. Gadis itu tersenyum lebar dan menunjukkan Aurora ke mana dia harus pergi. Aurora perlu melaporkan diri kepada HR dan mengambil kad tag pekerja sebelum dia ditunjukkan ke ruangan kerja.
Sebelum ini, pertemuan pertama dengan HR telah memaklumkan Aurora tentang tugasan yang dia harus lakukan sepanjang tempoh internship. Mungkin tidaklah seberat tugasan lain, namun Aurora mahu menunjukkan kebolehannya. Tidak mahu dipandang serong dia dipilih untuk menyandang tugas itu hanya kerana dia mengenali Henry.
Sepanjang tempoh yang singkat di Emser Solutions setakat itu, masih tidak ada seorang pun pekerja yang memberitahu Aurora siapa atau apa posisi Henry di dalam syarikat itu. Aurora pun sudah cuba melihat latarbelakang syarikat itu namun tetap sahaja nama Henry tidak muncul di mana-mana, membuatkan Aurora sedikit curiga.
Apa sebenarnya bidang kuasa Henry di dalam syarikat itu sehingga dia mempunyai kuasa untuk mengesyorkan Aurora untuk posisi internship sebegitu. Bukannya apa, Emser Solutions bukanlah calang-calang syarikat, dengan portfolio dalam pelbagai industri di serata dunia. Sudah pasti mereka cuma mahu mengambil pekerja yang betul-betul layak dan mampu menyandang tugas yang bakal diberi.
Setelah selesai segala urusan di bahagian HR, Aurora ditunjukkan ke kubikel ruang kerjanya yang sederhana besar. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi empuk beroda sebelum suis ditekan untuk menghidupkan komputer di atas meja. Dia perlu mengaktifkan emel kerjanya dahulu. Hari pertama sebegitu, dia cuma disuruh untuk membiasakan diri dengan proses kerja di dalam pejabat itu sebelum dia diberikan tugasan sebenar. Dia juga telah ditugaskan untuk bekerja bersama dengan salah seorang executive assistant bernama Mia.
Aurora mengerling jam tangannya sekali lagi. Ruang pejabat itu sibuk namun tetap sahaja bersahaja. Sejak Aurora sampai tadi sehingga sekarang, kelibat Henry masih tidak kelihatan. Aurora menyandar pada kerusi, memerhati hiruk pikuk suasana di dalam pejabat itu. Mia juga telah menghilangkan diri setelah menunjukkan Aurora ruang kerjanya tadi.
Tidak lama kemudian terlihat Henry menapak masuk ke ruang legar pejabat itu dari entah mana. Di telinganya sebiji wireless earphone, bibirnya terkumat kamit, mungkin sedang berbicara di telefon. Tubuh tegapnya segak mengenakan sehelai kemeja lengan panjang Hugo Boss berwarna putih, dengan tie berwarna biru gelap dilapisi dengan sehelai vest nada sama seperti tie. Di kaki Henry tersarung sepasang slacks kelabu muda Zegna. Di belakang Henry, seorang lelaki berambut coklat keperangan segak mengenakan kemeja dan seluar slacks mengikutnya, sebiji ipad di tangan lelaki itu, menulis sesuatu pada tablet itu dengan alat yang kelihatan seperti sebatang pen.
Henry mula menapak ke kubikel Aurora, kebetulan waktu itu, Mia baru sahaja sampai di kubikelnya yang bersebelahan dengan kubikel Aurora. Terlihat Mia meletakkan beberapa fail di atas meja sebelum mengetik papan kekunci komputernya beberapa kali.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
Storie d'amoreSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...