Kini ku tahu bila cinta tak bertumpu pada status
Semua orang tahu bila kita sepasang kekasih
Namun status tak menjamin cinta.
Kini ku tahu bila cinta tak bertumpu pada lidah
Lidah bisa berkata namun hati tak sejalan
Kata-kata tak menjamin cinta.
Untuk apa cinta tanpa perbuatan
Untuk apa cinta tanpa pembuktian
Untuk apa status kita pertahankan
Bila sudah tak lagi cinta.
- Untuk Apa, Maudy Ayunda
Mercedes AMG CLA45 S Coupe berwarna hitam meluncur masuk ke perkarangan rumah agam dua tingkat berkonsep moden sebelum diparkirkan di dalam indoor garaj khas. Aurora melangkah perlahan keluar dari kereta dan menaiki tangga menuju ke ruang utama rumah itu dari garaj.
Dengan ketiadaan sebuah kereta di dalam garaj dan suasana hening mengisi rumah luas itu, Aurora sudah dapat tahu tiada sesiapa di rumah. Beg tangan Celine Belt diletakkan bersahaja di atas salah sebuah kerusi sebelum tubuhnya dihempas di atas sofa. Runsing semalam masih belum lagi hilang, walaupun semalaman dia menghabiskan masa di rumah Henry, berbual, meluah segala apa yang terbuku di hati. Mujur sahaja Henry seorang yang mudah untuk dijadikan teman untuk meluahkan perasaan. Sedikitpun Henry seperti tidak terkesan saat mereka berbual mengenai Aiden.
Aurora menghela satu nafas yang panjang. Kepalanya yang tidak pening dipicit-picit. Matanya dipejam rapat. Mujur sahaja hari itu hari Ahad. Jadi dia punya masa untuk berehat, jika Daddynya benarkan, mungkin sahaja dia boleh ambil cuti esok.
Ah, Daddy dan Mommy. Macam mana pula hendak bagitau kepada orang tuanya yang hubungan dia dan Aiden sudah berakhir? Aurora berkira-kira untuk memberitahu kedua orang tuanya untuk memutuskan tali pertunangan. Tidak ada gunanya lagi hendak diteruskan jika hubungan dia dan Aiden sebegitu. Lebih mudah untuk Aurora sebegitu, Aiden dengan Ilys Saira, dan Aurora dengan Henry.
"Rory," panggil satu suara garau dengan lembut membuatkan Aurora terkejut. Matanya yang sejak tadi tertutup rapat, membuntang, terbuka luas. Tubuh yang berbaring di sofa, terus duduk menegak 90 darjah. Kepalanya ditoleh ke arah koridor yang menuju ke pintu utama.
Terasa hendak tercabut jantung Aurora saat melihat susuk tubuh Aiden yang kaku berdiri. Wajah Aiden kelihatan pucat, rambutnya kusut masai. Pantas Aurora bangkit dari sofa dan berdiri menghadap Aiden.
"Awak buat apa kat sini?"
"Guard bagi saya masuk tadi."
"That was not my question, Aiden," balas Aurora tegas. Wajah Aiden dijeling sekilas sebelum Aurora mulai melangkah menuju ke dapur. Sungguh dia terlalu penat untuk berhadapan dengan Aiden hari itu. Dia tidak punya tenaga untuk Aiden hari itu. Aiden mengekori langkah Aurora yang sedang membuka peti sejuk dan menuangkan segelas air, langsung tidak mengendahkan Aiden yang sedang menyandarkan bahunya pada dinding.
"Rory, we need to talk. Please."
"There is nothing to talk about, Id. Cuma satu je, I want this to be over. Kita putus je, Id. It's the best for us," ucap Aurora mendatar. Kali ini, matanya merenung wajah Aiden yang kelihatan terkejut.
"Rory, please don't. Saya tak nak lepaskan awak."
Aurora tarik nafas dalam, matanya dipejam rapat. "Awak tak nak lepaskan saya sebab awak hanya mahu memiliki saya, atau sebab awak betul-betul sayangkan saya dan nak bersama saya seumur hidup awak?"
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomanceSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...